Soal Jawab Wikicara #4 : Nak tau cara buat duit?


Saya rasa ramai yang nak tau berkenaan soalan ini. Terima kasih kepada Encik Abdul kerana bertanya berkenaan cara buat duit. Walaubagaimana pun, beliau tidak menyatakan secara spesifik sama ada buat duit secara online ataupun secara offline.

Saya akan cuba jawab untuk kedua-dua bahagian dengan memberikan beberapa rujukan untuk bacaan tambahan.

Ok.

Sebenarnya terlampau banyak cara untuk buat duit. Anda hanya perlu menjadi sedikit kreatif dan menggunakan peluang yang sedia ada untuk buat duit. 

Jika anda lihat, zaman sekarang adalah zaman teknologi dan tempat bekerja bukan lagi satu benchmark yang menjamin gaji yang lumayan. Kini ramai yang hanya berkerja dari rumah tetapi mampu buat duit jauh lebih banyak dari orang yang bekerja di tempat tertentu.


Saya kongsikan cara buat duit secara online dahulu.

Anda boleh buat perniagaan secara dropship.
Anda boleh buat blog.
Anda boleh menjadi freelance.
Anda boleh guna aplikasi buat duit.
Anda boleh mulakan Youtube Channel.
Anda boleh jual barang online.
Anda boleh sertai program affiliate.
Anda boleh jadi online personal shopper.
Anda boleh jadi mystery shopper.

Seterusnya cara buat duit secara fizikal..ini lebih banyak pilihan..tapi saya akan senaraikan beberapa sahaja kerana anda hanya perlu lihat disekeliling anda dan mulakan tindakan..

Anda boleh buka perniagaan jual topup
Anda boleh menjadi pemandu Uber / Grab
Anda boleh berniaga di pasar
Anda boleh menjual burger

Klik link untuk penerangan yang lebih detail tentang setiap cara buat duit secara online. Anda boleh cuba semua dan pilih yang terbaik dan yang paling anda selesa lakukan. Bagi saya sendiri, saya memilih untuk buat blog. Sekadar contoh.

Walaubagaimana pun, cara buat duit yang saya kongsikan ini hanyalah sebagai 'peta'. Anda tak akan sampai ke 'destinasi' sekiranya anda tak mula bergerak.

Dengan erti kata lain, anda perlu bertindak dan berusaha untuk buat duit.

Tiada cara mudah untuk buat duit

Walaupun banyak artikel di luar sana menunjukkan cara mudah buat duit, hakikatnya, ia tidak semudah yang ditulis dan diungkapkan. Yang ada hanyalah peluang dan anda perlu berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh 😁 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top