Jika anda mencari sumber pendapatan tambahan, menjadi agen topup atau agen pembayaran bil adalah satu pilihan yang baik. Perniagaan ini boleh dimulakan hanya dari rumah serta dengan kos pendaftaran yang sangat minimum. Selain itu, bisnes ini tidak memerlukan strategi yang terlalu rumit kerana topup dan bil adalah 2 perkara yang orang ramai sentiasa guna dan bayar dalam apa jua keadaan sekalipun.
Tambahan lagi jika kawasan anda terletak di kawasan yang berjauhan dengan pekan atau bandar, bisnes seperti ini bukan sahaja dapat menjana sumber pendapatan tambahan, tetapi dalam masa sama membantu memudahkan penduduk setempat untuk membeli topup dan membayar bil bulanan.
Pada kali ini saya akan kongsikan cara untuk menjadi agen topup dan pembayaran bil. Saya juga akan ceritakan pengalaman menggunakannya kerana saya sendiri sudah lebih kurang 6 bulan menjadi agen topup dan pembayaran bil.
Setakat ini, cara untuk menjadi agen topup dan pembayaran bil paling mudah dan dengan kos yang minimum adalah dengan menyertai PayHere by GHL.
PayHere by GHL
PayHere menggunakan platform epay sebagai medium pembayaran. Tiada sebarang syarat khas untuk kita menyertai PayHere. PayHere adalah pembayaran bil dan pembelian topup menggunakan aplikasi PayHere pada telefon android dan iOS. Tiada laman web, hanya menggunakan aplikasi Payhere. Tanpa aplikasi, kita tidak boleh menggunakan. Untuk mendaftar di Payhere, anda hanya perlu daftar di laman web PayHere.Â
Kemudian, anda akan menerima satu emel daripada PayHere yang memberikan USERNAME anda untuk anda aktifkan akaun anda. Untuk mengaktifkan akaun, anda perlu memasang aplikasi Payhere ke dalam telefon pintar anda terlebih dahulu. Selain itu anda juga dikehendaki untuk mengemukakan salinan kad pengenalan atau passport sebagai pengesahan identiti anda.
Dari segi pembayaran, pembayaran permulaan sebanyak RM106 (termasuk GST) diperlukan dan anda perlu masukkan RM200 ke dalam akaun PayHere anda. Tetapi untuk masa yang terhad (terawal) anda tidak perlu membayar RM106 dan hanya perlu masukkan RM200 ke dalam akaun Payhere anda.Â
Setelah itu, anda boleh terus gunakan Payhere untuk membeli topup ataupun membuat pembayaran bil.
Berapa komisen yang diperolehi?
Komisen berbeza untuk setiap pembayaran bil dan topup. Tetapi mengikut apa yang diberitahu oleh pihak Payhere, komisen bermula dari 2%. Ini bermakna, katakan anda membuat pembayaran bil rumah anda RM100, anda akan dapat RM2 kembali ke akaun Payhere anda. Jadi anda sebenarnya bayar hanya RM98. Itu jika anda bayar bil utiliti rumah anda. Katakan pula anda buka perniagaan pembayaran bil di kawasan perumahan anda, setiap orang yang bayar bil RM100 anda akan dapat RM2. Itu hanyalah contoh. Bil dan topup adalah keperluan semua orang, jadi anda hanya perlu sediakan servis dan buat sedikit promosi.Â
Bulan depan mungkin bil utiliti rumah anda semua boleh dibayar hanya dengan komisen yang terkumpul ;-)
Tetapi..
Pihak Payhere tidak membuka sebarang program affiliate untuk mencari agen baru. Saya berkongsi tentang cara untuk menjadi agen topup dan pembayaran bil ini kerana saya percaya ianya sangat bermanfaat kepada orang lain.
Jika anda ingi gunakan untuk kegunaan sendiri pun tiada masalah. Aplikasi ini seolah-oleh baucer / diskaun setiap kali anda membuat pembayaran bil.Â
Jadi tunggu apa lagi, bertindak sekarang untuk lebih penjimatan ;-)
mcm mana kita nk tebus keuntungan dari komisen jualan?
BalasPadamPM ME
BalasPadamMCM MANA NAK TAHU KOMISEN TU DAH MASUK?
BalasPadamHarga bayaran permulaan rm106 tu masih dipakai lagi ke buat masa sekarang ini? Atau ada kenaikan
BalasPadam