Cara Buat Duit Dengan Smartphone


Cara Buat Duit Dengan Smartphone. Hampir semua orang kini mempunyai telefon pintar atau smartphone. Tetapi ramai yang menggunakan smartphone hanya untuk kegunaan seharian sebagai medium perhubungan. 

Tidak ramai yang menggunakan fungsi penuh sesebuah telefon pintar. Ini kerana banyak lagi fungsi yang boleh digunakan dan salah satunya adalah kita boleh buat duit dengan smartphone.

Saya percaya tidak ramai yang mengetahui bahawa hanya dengan mengguna smartphone pun boleh menjana pendapatan sampingan.

Bagaimana cara buat duit dengan smartphone?

Secara umumnya terdapat 4 cara kita boleh buat duit dengan smartphone.

Jual Gambar

Jika anda seorang yang suka mengambil gambar dan berkongsi di media sosial, anda sebenarnya boleh menggunakan kebolehan anda mengambil gambar dengan smartphone dan kemudiannya upload gambar tersebut ke dalam aplikasi seperti Clashot dan juga Foap yang mana gambar-gambar tersebut akan disenaraikan sebagai gambar untuk dijual.

Teknik buat duit dengan gambar smartphone ini sesuai dengan orang yang mempunyai smartphone dengan spesifikasi yang baik dan mempunyai kebolehan untuk mengambil gambar dengan gaya yang kreatif.

Aplikasi Duit

Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang boleh membantu anda buat duit. Ada aplikasi buat duit yang berbayar dan ada juga yang percuma. Antara aplikasi duit yang berbayar adalah seperti Jutawanapp dan juga Aplikasi Duit.

Saya memilih untuk menggunakan aplikasi percuma sahaja. Terdapat ratusan aplikasi buat duit percuma yang boleh anda cuba. Salah satu aplikasi yang terbaik adalah aplikasi Whaff Reward dan juga Whaff Locker. Saya sendiri menggunakan aplikasi ini dan dah berjaya buat duit lebih kurang $100 hanya dari aplikasi ini secara santai.

Ada yang telah berjaya buat duit sehingga $25k hanya dengan menggunakan aplikasi Whaff Reward ini.

Saya akan terangkan secara ringkas apa itu aplikasi Whaff Reward.

Whaff Reward adalah aplikasi yang mempromosikan aplikasi dan permainan. Anda perlu pasang dan guna aplikasi yang disenaraikan dan anda akan dibayar dalam dolar. Apabila jumlah yang terkumpul telah mencapai nilai minimum yang diperlukan, anda boleh cashout ke akaun Paypal anda.

Saya ada kongsikan pengalaman saya menggunakan aplikasi Whaff Reward dalam artikel sebelum ini. Dan jika anda nak belajar cara untuk membuat akaun Paypal, anda boleh baca artikel tentang cara buat akaun Paypal di sini.

Ini adalah antara cara yang paling mudah untuk anda buat duit dengan smartphone. Tiada modal diperlukan.

Anda hanya perlu muat turun aplikasi Whaff Reward di Google Play, daftar menggunakan akaun Facebook dan gunakan kod BH10803 untuk mendapat $0.30 anda yang pertama.




Online Survey

Ramai yang menganggap bahawa semua laman web online survey adalah SCAM. Sebenarnya tanggapan itu kurang tepat. Ada laman web yang SCAM dan ada juga yang betul-betul memberikan pendapatan tambahan. Ada online survey panel yang membenarkan anda untuk menjawap soalan menggunakan smartphone.

Ini akan memudahkan anda untuk menjawap online survey di mana-mana sahaja. Lebih kerap anda menjawab survey yang diberikan, lebih cepat anda dapat kumpul mata dan boleh redeem baucer ataupun duit.


Jual Topup

Anda juga boleh menjual topup dengan menggunakan smartphone anda. Anda boleh mendaftar di mana-mana agen jualan topup secara online dengan kadar yuran permulaan yang murah dan ada yang percuma. Setiap jualan topup anda akan dapat potongan harga antara 3%-5% bergantung kepada jenis telco. Ia bukan sahaja dapat menjana pendapatan tetapi juga dapat memberi penjimatan kepada anda.

Teknik lain untuk menjual topup adalah dengan menggunakan laman web Shopback. Setiap pembelian topup melalui Shopback akan dapat cashback 1.5% untuk pengguna ulangan dan 3.5% untuk pengguna baru.

Itulah 4 cara untuk buat duit dengan smartphone. Walaupun ianya mungkin tidak menjadikan anda kaya raya, tetapi dengan usaha yang konsisten, duit yang diperolehi cukup untuk dijadikan pendapatan tambahan untuk menampung kos bil internet dan topup setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top