Bisnes burger dahulunya hanya dianggap sebagai 'bisnes terpaksa' yang hanya dilakukan oleh orang yang tidak dapat kerja di syarikat besar dan sebagainya. Tetapi apa yang menariknya, bisnes burger kini bukanlah lagi satu pekerjaan kelas bawahan sebaliknya bisnes burger sebenarnya dapat menjana pendapatan lebih tinggi berbanding bekerja di pejabat. Ini adalah kerana burger merupakan makanan 'evergreen' yang tidak lapuk di telan zaman yang sentiasa mempunyai permintaan tidak kira di mana pun kita berada.
Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa jenis bisnes burger yang saya dapati mempunyai rasa dan konsep yang menarik dan dalam masa sama saya nak kongsikan pendapat saya tentang cara untuk memulakan bisnes burger. Saya bukanlah orang yang pakar untuk bercerita tentang bisnes burger ini kerana sudah ada orang yang lebih pakar untuk bercerita tentang bisnes burger.
Burger Bakar
Burger bakar mula popular sejak beberapa tahun yang lepas. Dan sejak dari itu pelbagai jenis bisnes burger bakar tumbuh. Apa yang istimewanya bagi saya burger bakar ini adalah setiap daging burger itu disediakan dan diuli sendiri. Ini pastinya lebih segar dan sedap untuk dimakan.
Burger Roti Hitam atau berwarna
Bagi saya burger roti hitam merupakan satu inovasi dalam bisnes burger tetapi dalam masa sama merupakan satu risiko dalam bisnes burger. Ini adalah kerana kebanyakan orang suka kepada perkara yang rutin berbanding untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain itu ada juga yang membuat burger roti dengan pelbagai warna sebagai tarikan kepada pelanggan.Â
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan bisnes burger.
1. Kajian awal
Lakukan sedikit kajian ditempat anda ingin memulakan perniagaan. Jika di kawasan anda telah ada gerai burger, perhatikan tentang apa penambahbaikan yang anda boleh lakukan untuk lebih menonjol daripada gerai sedia ada. Sebagai contoh dengan menyediakan sos rahsia anda sendiri akan menonjolkan ciri-ciri kelainan burger anda berbanding burger orang lain.Â
2. Ilmu bisnes burger
Berapa ramai yang masuk memulakan bisnes burger tanpa ilmu yang tepat dan akhirnya bisnes tersebut terbengkalai begitu sahaja. Dapatkan bahan bacaan yang betul seperti ebook Bisnes Burger atau dengan mempelajari dari orang yang lebih berpengalaman untuk mengenal selok belok dunia bisnes burger.
3. Kreativiti
Serlahkan kreativiti anda di dalam masakan anda. Berikan sesuatu kelainan dalam burger anda yang boleh menjadi pengikat pelanggan kepada burger anda. Sebagai contoh, daging burger dimasak bersama-sama sos khas yang akan menyerlahkan lagi rasa daging burger tersebut. Atau anda boleh buat burger dengan pelbagai bentuk dan bukan hanya sekadar bentuk bulat dan bujur. Kreativiti inilah yang akan menyerlahkan bisnes burger anda.
4. Tempat untuk bisnes burger
Semua bisnes memerlukan tempat yang sesuai. Sedap macam mana pun burger anda jika tidak dijumpai pelanggan, tidak akan mendatangkan untung kepada anda. Pastikan tempat yang anda pilih tidak terlalu banyak persaingan dan dapat dilihat oleh orang ramai. Antara tempat yang boleh anda mulakan bisnes burger anda adalah di pasar malam, berhampiran stesen bas, di kawasan perniagaan perumahan taman dan sebagainya.Â
5. Modal
Berapa modal untuk memulakan bisnes burger? Pertama sekali ianya bergantung kepada model bisnes burger anda. Jika anda hanya menggunakan gerai sebagai permulaan, modal adalah lebih kecil berbanding memulakan sebuah bisnes restoran burger. Persoalan berapa modal yang perlu dilaburkan untuk permulaan dan apakah terdapat cara dan teknik untuk mengurangkan kos ada diterangkan di dalam ebook Bisnes Burger.
6. Pembekal
Untuk memulakan bisnes burger secara berterusan, pastikan bahan mentah tidak akan putus. Oleh itu, kita perlulah mencari pembekal yang boleh dipercayai dan dapat membekalkan bahan mentah setiap kali kita memerlukannya. Dalam masa sama cari pembekal yang menawarkan kos bahan mentah yang berpatutan.
7. Dan beberapa persoalan lain yang anda perlu tahu..
- Apakah persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi sesebuah bisnes burger yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4-5 angka sebulan?
- Bagaimana cara terbaik untuk mencari dan mengurus pekerja bisnes burger anda dengan mudah tanpa anda perlu sendiri jadi ‘pekerja’ perniagaan burger anda.
- Bagaimana untuk jadikan bisnes burger anda sebagai salah satu sumber pendapatan pasif anda.
- Bagaimana buat bisnes burger tetapi tiada di gerai burger, atau anda sedang tidur sekalipun, duit tetap masuk.
Semua cara ini dan banyak lagi perkara yang dikongsikan untuk memulakan bisnes burger ini ada di tunjukkan secara terperinci dalam ebook - Bisnes Burger : Rahsia Menjana 5 Angka Dengan Bisnes Burger
Terima kasih kerana membaca Cara Belajar Buat Bisnes Burger. Saya harap ianya sedikit sebanyak memberikan anda inspirasi untuk melakukan langkah pertama dalam melaksankan impian sebagai pengusahan burger yang berjaya.Â