Cara Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Cara Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali

Pernah tak anda menerima telefon daripada nombor yang tidak dikenali? Dan dalam kebanyakan masa pasti anda berat untuk menerima panggilan tersebut kerana ianya daripada nombor telefon yang tidak dikenali. Tetapi bagaimana jika panggilan tersebut merupakan panggilan kecemasan daripada seseorang yang anda kenali?

Saya sendiri sangat keberatan untuk menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Apabila menerima panggilan yang tidak dikenali, saya terus terfikir panggilan tersebut adalah panggilan berkaitan pelbagai promosi insuran dan takaful. Meskipun insuran dan takaful itu baik untuk diri kita, tetapi jika hampir setiap minggu ada sahaja panggilan berkaitan takaful, saya rasa itu agak keterlaluan. Jika anda adalah seorang perempuan, pastinya lebih banyak ragam panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali termasuk panggilan daripada lelaki-lelaki yang 'mencuba nasib'.

Pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk kita semak pemilik nombor telefon yang tidak dikenali. Kita boleh mengenalpsati pemilik nombor telefon yang tidak dikenali dengan menggunakan Truecaller.




Apa itu Truecaller?

Truecaller adalah laman web (dan aplikasi android) yang boleh digunakan untuk mengesan nombor telefon yang tidak dikenali. Truecaller boleh digunakan secara percuma. Kita hanya perlu log masuk dengan menggunakan akaun Gmail kita dan kita sudah boleh menggunakan laman web ini. Saya cadangkan anda terus cuba semak no telefon anda sendiri terlebih dahulu di laman web ini. Anda pasti akan terkejut melihat keputusannya.

Sebagai contoh, saya cuba semak no telefon emak saya dan saya dapati maklumat no telefon tersebut ada di Truecaller!

Cara Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali
Anda boleh gunakan cara yang sama untuk menyemak nombor telefon yang anda tidak kenali. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tidak semua nombor ada maklumat di Truecaller. 

Ok?

Oh ya, jika anda periksa nombor telefon anda dan dapati maklumat yang dipaparkan kurang menyenangkan anda, anda boleh mohon kepada Truecaller untuk Unlist nombor telefon anda daripada sistem Truecaller. Anda hanya perlu isi borang ringkas di Truecaller Unlist

Cara Semak Pemilik Nombor Telefon Yang Tidak Dikenali


Ok.

Kini anda tidak perlu terlalu risau sekiranya anda dihubungi oleh orang tidak dikenali. Semak dahulu nombor telefon tersebut. Sekiranya nama yang terpapar merupakan orang yang dikenali, anda boleh hubungi semula nombor telefon tersebut. Sekiranya nombor tersebut tiada dalam data ataupun nombor dengan nama yang tidak dikenali, saya cadangkan elok untuk panggilan tersebut tidak dijawab.

Itulah cara untuk semak nombor telefon yang tidak dikenali. Terima kasih kerana membaca artikel ini dan kongsikan dengan rakan-rakan supaya informasi ini dapat dipanjangkan kepada orang lain juga :-)

21 ulasan:

  1. baru tahu ada sistem macam ni, bukan apa sebab dah pernah kene gangguan x patut pada talian whasup saya...huhu geram je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh la cek sape yang telefon tu..kalau suspicious beleh terus blok aje :-)

      Padam
    2. tu la....tp bila pikir balik malas nak ambik tahu dah...sebab sy terus block nombor tu

      Padam
  2. Betul2 berkesan tapi masalahnya ada number yang tidak didaftarkan. Tidak dpt track.

    BalasPadam
  3. Boleh tak saya dapatkan maklumat lokasi pemanggil setelah saya ketahui nombor tel

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. BOLEH CHECK KAN NO TEL SAPE IAITU PENAMA PEMILIK NO TERSEBUT 01151232773

      Padam
  5. Salm saya mohon bantuan tolong cek kn no yg sy bg ni 0109564318 dia tipu saya jual hp sy dah bankin tpi snyap mcm tu ja ..saya nak cria maklumat dia dan nk jumpa sndiri mohon ya sb ho dy tak bly saport link ni untk cek mohom klu dapt sape org nya mohon emil sy zanazul5592@gmail.com ..bukan sy je tekena sblum ni dah 3.4 org...#kitatolongsamatolong##

    BalasPadam
  6. sya nak mintak tolong .. Boleh sya nak tahu sia pemilik no ni +6014-9485761

    BalasPadam
  7. Kalau nak tahu nama orang tu pulak macam mana

    BalasPadam

Back To Top