Nak buat duit dengan Youtube tapi tak tahu nak buat video? Rasanya semua orang tahu bahawa kita boleh buat duit dengan Youtube. Tapi kita tidak akan dapat buat duit dengan Youtube tanpa video!. Walaupun ramai yang tahu, tapi tidak banyak yang cuba secara serius untuk buat duit dengan Youtube. Sebab utamanya adalah membuat video sangat leceh dan memakan masa yang lama 😓
Pada kali ini saya akan kongsikan cara paling mudah untuk buat video Youtube. Cara ini tidak memerlukan anda untuk tahu berkenaan edit video yang rumit. Hanya sedikit kemahiran asas diperlukan. Selain itu cara ini juga tidak memerlukan anda menayangkan muka anda di Youtube kerana saya pasti bukan semua orang suka dirinya terdedah di Youtube.
Setiap video boleh disediakan dalam masa kurang 15 minit (video berdurasi 5 minit) atau 30 min (video berdurasi 15 minit). Jika anda nak sediakan video tanpa suara latar, masa yang diambil adalah lebih cepat.
Apakah cara yang saya maksudkan?
Cara paling mudah buat video Youtube adalah dengan mengambil rakaman skrin komputer anda. Sebagai contoh, anda ingin tunjukkan cara untuk membeli barang di Aliexpress, anda hanya perlu rekod skrin komputer anda semasa anda membeli di Aliexpress. Persoalannya sekarang adalah bagaimana nak rekod skrin komputer? Menggunakan kamera ke?
Bukan.
Anda hanya perlukan satu perisian (software) untuk membolehkan anda merakam apa yang anda lakukan di skrin komputer anda. Walau bagaimanapun pada kali ini saya akan kongsikan satu perisian yang saya rasa terbaik untuk anda buat video dengan merakam apa yang anda lakukan di komputer. Ianya juga adalah perisian yang saya sendiri guna. Perisian yang saya maksudkan adalah Screencast-O-Matic.
Memperkenalkan Screen-O-Matic
Screencast-O-Matic boleh gunakan secara percuma tetapi anda hanya boleh merakam video maksimum 15 minit dan terdapat logo Screencast-O-Matic pada video anda. Saya sendiri membuat langganan untuk $29/3 tahun. Sasaran saya adalah untuk mendapatkan $29 (atau lebih) dengan video di Youtube dalam masa 3 tahun. Jika anda ingin mencuba terlebih dahulu, boleh mulakan dengan yang percuma sahaja, tetapi anda tidak boleh edit rakaman yang anda buat serta maksimum 15 minit sahaja.
Saya cadangkan anda guna versi penuh Screencast-O-Matic kerana banyak tools tambahan yang anda boleh gunakan untuk mengedit video yang anda ambil.
Jika anda ingin gunakan versi penuh, anda boleh memilih untuk membuat langganan sebanyak $15 setahun atau $29 untuk 3 tahun. Pada saya ini adalah satu pelaburan yang sangat berbaloi. Ini adalah kerana dengan modal yang rendah kita dapat membuat video dengan lebih mudah dan upload ke Youtube. Saya hampir pasti dalam setahun pasti sekurang-kurangnya kita akan dapat balik modal nilai $15 yang kita gunakan untuk membeli perisian ini.
Versi penuh juga membolehkan anda untuk merakam video tanpa had serta anda boleh edit video anda terus selepas rakam. Berikut adalah perbandingan antara versi percuma dan berbayar.
Katakan anda merakam desktop anda 5 minit, 5 minit lagi diperlukan untuk edit video (potong mana yang tidak berkenaan atau letakkan muzik latar) dan 5 minit lagi diperlukan jika anda nak letakkan suara latar.
Bagaimana nak letak suara latar?
Mudah sahaja. Mainkan video yang anda rakam tadi dan dalam masa sama rakam suara anda bercerita tentang video tersebut dengan menggunakan telefon pintar. Atau anda juga boleh gunakan tool Narrate yang sedia ada jika anda menggunakan versi penuh Screencast-O-Matic. Setelah selesai rakam suara, pilih rakaman suara anda dan gabungkan dengan video tadi. Siap! Video anda kini dah boleh di upload ke YouTube.
Oh ya, bila anda buat video banyak dalam YouTube channel, jangan lupa untuk promosikan video anda :-) Lagi ramai orang yang tonton video anda, lagi cepat balik modal pelaburan anda guna Screen-O-Matic dan seterusnya menjana pendapatan pasif dengan video.
Jika anda serius nak cuba buat duit dengan Youtube, ini adalah salah satu cara yang paling mudah untuk anda cuba 👍 Cuba Screencast-O-Matic hari ini secara percuma dan jika anda rasakan ianya mudah dan bermanfaat, saya cadangkan untuk dapatkan versi penuh akaun Screencast-O-Matic.
Muat turun perisian Screencast-O-Matic secara percuma di sini - Screencast-O-Matic
Muat turun perisian Screencast-O-Matic secara percuma di sini - Screencast-O-Matic
menarik. terima kasih
BalasPadamterima kasih tuan :-) Boleh la dipraktikkan jika nak buat duit dengan Youtube :-)
Padam