Cara Mengelakkan Tertipu dengan Jobdirumah

kerja dari rumah tanpa modal

Jika anda taipkan 'kerja dari rumah' pada enjin carian Google, antara yang teratas dalam senarai keputusan carian adalah laman web Jobdirumah. Adakah anda telah menyertai Jobdirumah? Adakah anda rasa tertipu? Pastinya ramai yang telah memberikan review Jobdirumah berdasarkan pandangan mereka. Pada kali ini saya akan menerangkan Review Jobdirumah sejujur yang saya boleh bagi berdasarkan pendapat dan pengalaman saya sendiri. Mungkin akan ada sesuatu yang anda baru tahu berkaitan Jobdirumah.

Untuk pengetahuan anda, Jobdirumah adalah platform untuk semua rakyat Malaysia menyertai program 'kerja dari rumah'. Dan kebanyakan review Jobdirumah yang saya baca hanya memberikan yang indah-indah berbanding keadaan sebenar apabila menyertai Jobdirumah.


Satu perkara yang paling penting yang anda perlu tahu adalah, Jobdirumah ini bukanlah platform yang memberikan anda kerja tetapi merupakan platform yang memberikan anda 'senarai kerja' yang ada dalam pelbagai laman web yang ada dalam dunia ini. Dengan erti kata lain Jobdirumah adalah merupakan perantara antara anda dan juga 'majikan' anda nanti. 

Jadi kenapa perlu sertai Jobdirumah?

Di dunia ini banyak laman web yang memberikan anda peluang untuk menjadi freelancer, tetapi bukan semuanya boleh dipercayai. Di Jobdirumah, anda akan diberikan senarai kerja dan juga laman web kerja yang boleh dipercayai. Selain itu juga anda akan diberikan panduan kerja dari rumah oleh Jobdirumah. 

Masih samar-samar apa fungsi Jobdirumah? Biar saya cuba lukiskan dalam bentuk infografik.

Cara Mengelakkan Tertipu dengan Jobdirumah


Bagi pendapat saya, jika anda ada masa untuk mencari satu persatu kerja di laman web yang ada dalam dunia ini untuk menjadi freelancer, anda tidak perlu mendaftar di Jobdirumah dan mungkin anda akan anggap Jobdirumah ini merupakan satu penipuan atau scam. 


Nilai sebenar Jobdirumah adalah pada panduan Jobdirumah yang diberikan dalam bentuk ebook dan juga video serta pada usaha Jobdirumah untuk menyenaraikan semua kerja yang ada untuk para peserta yang menyertai Jobdirumah. 


Kenapa orang kata Jobdirumah penipu?

Ada 2 sebab kenapa orang kata Jobdirumah penipu. Pertama mereka tertipu dengan orang yang review Jobdirumah yang menyatakan mudah untuk menjana pendapatan dengan Jobdirumah. 

Sebab kedua adalah ada orang yang menyertai Jobdirumah dan kemudian hanya menunggu duit masuk ke poket tanpa berbuat apa-apa kerja. Dengan erti kata lain adalah orang yang kata Jobdirumah ini penipu adalah orang yang tidak difahamkan dengan betul tentang 'kerja dari rumah' melalui laman web Jobdirumah.

Bagaimana cara menjana pendapatan di Jobdirumah?

Jobdirumah bukanlah MLM atau skim cepat kaya. Secara umumnya, ada 2 cara untuk menjana pendapatan di Jobdirumah. Pertama dengan bekerja di mana-mana kerja yang disenaraikan oleh Jobdirumah. Kedua dengan mempromosikan Jobdirumah itu sendiri. 

Kedua-duanya bukanlah satu kerja yang mudah tetapi kerja yang boleh dilakukan dari rumah sahaja. 

Seperti yang saya katakan di awal tadi, tujuan saya tulis artikel ini adalah untuk menerangkan keadaan sebenar apa itu Jobdirumah supaya anda tidak rasa tertipu apabila menyertainya. Dalam masa sama saya juga ingin mempromosikan Jobdirumah kepada sesiapa yang sudah faham dan ingin mencuba Jobdirumah. 

Cuma ingatan utama saya adalah tiada perkara yang mudah di dunia ini. Walaupun namanya kerja dari rumah, ia masih memerlukan anda untuk bekerja dan menggunakan masa anda. Untuk mengetahui cara bekerja di Jobdirumah, anda boleh baca artikel saya berkenaan cara bekerja di Jobdirumah.

Mungkin rezeki anda ada di Jobdirumah. Siapa tahu. Untuk mendaftar di Jobdirumah anda boleh ikuti link ini - Daftar Jobdirumah 


kerja dari rumah jobdirumah

Akhir sekali, terima kasih kerana membaca Cara Mengelakkan Tertipu dengan Jobdirumah. Saya harap perkongsian saya kali ini memberikan gambaran jelas tentang review Jobdirumah dan fungsinya agar anda tidak rasa tertipu dengan Jobdirumah. Sebarang persoalan boleh diajukan di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top