Cara Menambah Pendapatan Tahun 2017


Cara Menambah Pendapatan Tahun 2017. Kos kehidupan semakin hari semakin meningkat dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa mencari cara untuk menambahkan pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga. 

Ok.

Pada kali ini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk menambah pendapatan sempena tahun baru 2017 ini. Berikut adalah antara cara yang saya cadangkan:


1. Kerja part time / over time

Cadangan pertama saya untuk menambah pendapatan pada tahun 2016 adalah dengan bekerja secara part time atau over time. Secara logiknya jika anda perlukan tambahan pendapatan, anda perlu bekerja lebih untuk menambah pendapatan. Tidak kira sama ada anda bercadang untuk bekerja secara sambilan di stesen minyak atau kedai makan, tetapi cara ini adalah cara old school yang paling cepat dan berkesan untuk menambah pendapatan. 

Kekurangan menambah pendapatan dengan cara ini adalah anda seolah-olah bekerja untuk duit dan bukannya duit bekerja untuk anda. Walau bagaimanapun, ianya tetap salah satu cara yang sangat efektif dan terjamin untuk menambah pendapatan.

Walaubagaimanapun, ada cara yang lebih bijak untuk bekerja part time sebagai contoh Buat Duit Dengan Uber di mana kita boleh mendapatkan pendapatan tambahan dengan menjadi pemandu Uber ataupun kita boleh ikuti panduan Rahsia Uber yang mana kita boleh menjana pendapatan di Uber tanpa memandu kereta.

Jika anda berminat, dapatkan panduan buat duit dengan Uber di sini - Rahsia Uber.

Bacaan Tambahan : Apa itu Uber?

2. Mula berniaga

Bagaimana anda tahu anda sesuai untuk berniaga atau tidak? Mengikut kajian, berniaga adalah gabungan antara keturunan, bakat dan minat. Jangan sesekali berniaga kerana terpaksa dan tanpa ilmu. Ini kerana berniaga tanpa ilmu perniagaan adalah ibarat telur dihujung tanduk dan perniagaan anda mungkin akan lingkup bila-bila masa. 


Sebagai contoh anda ingin membuka bisnes gerai burger, pastikan anda mendapatkan ilmu berkaitan bisnes gerai burger dari bahan bacaan atau mentor yang betul sebelum memulakan perniagaan. Atau anda boleh memulakan bisnes aiskrim secara kecil kecilan. Tetapi yang penting adalah, anda perlu mulakan perniagaan dengan kos yang minimum kerana sekiranya perniagaan anda lingkup, anda masih boleh bangun semula kerana modal yang hilang tidak terlalu besar.

Bacaan Tambahan : Cara Buat Aiskrim Yang Sedap dan Mudah

3. Sertai Dropship

Anda ada satu lagi pilihan yang lebih mesra kos dan mudah untuk berniaga iaitu dengan menggunakan kaedah dropship. Apa itu dropship? Saya rasa ramai yang sudah tahu apa itu sistem dropship tetapi untuk meraikan mereka yang belum tahu, saya akan terangkan secara ringkas berkaitan sistem dropship. Dropship adalah sistem di mana kita menjual produk orang lain dengan harga kita sendiri. Sebagai contoh, Siti mengeluarkan tudung dan menjual tudung dengan harga RM20. Nor kemudian menjual tudung keluaran Siti kepada orang lain dengan harga RM30. Nor tidak simpan barang, setiap kali ada pelanggan ingin membeli daripadanya barulah Nor beli tudung dengan harga RM20 daripada Siti dan Siti akan terus poskan kepada pelanggan Nor. Ini bermakna, Nor akan dapat untung RM10 dan Siti akan tetap mendapat untung melalui tudung yang dijual oleh Nor.

Kebanyakan penyertaan dropship adalah percuma dan jika ada yuran pun hanya bayaran di awal penyertaan. Jadi jika anda tidak mempunyai modal untuk berniaga, sistem dropship adalah sesuai dengan anda kerana ianya hampir tidak memerlukan modal. Apa yang anda perlu lakukan adalah mempromosikan produk dropship anda.

Bacaan tambahan : Buku Buat Duit Dengan Dropship


Bagaimana nak buat promosi? 

Anda boleh lakukan promosi di mana-mana, sama ada secara manual mulut ke mulut, melalui laman social seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Jika anda inginkan panduan untuk lakukan promosi di Facebook anda boleh baca ebook Mudahnya Berniaga di FB. Dan jika anda ingin membuat promosi melalui instagram, saya cadangkan anda baca ebook Teknik Instagram. 

Bacaan tambahan : Cara Tingkatkan Follower Instagram

4. Sertai Program Affiliate

Affiliate adalah program yang membolehkan anda menerima komisen bagi setiap jualan yang dilakukan melalui pautan anda. Contoh program affiliate yang boleh disertai di Malaysia adalah:


Ada banyak lagi program affiliate yang ada di Malaysia ni. Anda mungkin perlu berusaha sedikit untuk cari produk untuk dipromosikan yang bersesuaian dengan cara promosi anda.

Bagaimana nak promosi?

Sepertimana mempromosikan program dropship, penggunaan media sosial adalah penting dalam mempromosikan produk affiliate. Tetapi saya perhatikan, media sosial jarang digunakan untuk mempromosikan produk affiliate. Ramai yang mempromosikan produk affiliate di blog, laman web dan juga emel marketing.

5. Buat Online Survey

Mungkin ada yang kurang setuju dengan saya berkaitan buat online survey dapat menambah pendapatan. Ini mungkin kerana ramai yang masih ragu-ragu dengan perkhidmatan survey atas talian. Saya ada tuliskan beberapa artikel berkaitan menjana pendapatan dengan online survey:


6. Mystery shopping

Mystery shopping adalah satu lagi pekerjaan yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia. Banyak syarikat besar dan bank memerlukan khidmat mystery shopper bagi meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Kenapa saya berani bercerita berkenaan perkhidmatan Mystery shopping ini? Kerana saya sendiri adalah salah seorang Mystery Shopper. Saya ada tuliskan beberapa artikel berkaitan Mystery Shopper di Malaysia:

7. Tulis blog

Menulis blog adalah merupakan satu platform untuk menjana pendapatan secara atas talian. Secara asanya, menulis blog tidak akan memberikan sebarang pendapatan. Tetapi dengan kombinasi antara affiliate, dropship dan pengiklanan, blog boleh menjadi antara platform menjana pendapatan secara online yang terbaik. 

Walaubagaimanapun, menulis blog tidaklah semudah yang disangkakan. Semua orang boleh membuat blog, tetapi tidak semua berjaya menjana pendapatan secara konsisten. Bagi yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging, saya nasihatkan untuk baca sedikit maklumat berkaitan blogging.


8. Freelancer

Bagi yang mempunyai bakat tertentu seperti pereka grafik dan sebagainya, anda boleh mengenengahkan bakat anda dengan menjadi freelancer di platform Freelancer seperti Fiverr (antarabangsa) dan juga iLancee (tempatan). 

9. Aplikasi Android

Bagi pengguna android, tahukah anda bahawa kita boleh menjana pendapatan hanya dengan menggunakan aplikasi tertentu? Ok. saya ada terangkan cara buat duit dengan aplikasi android Whaff untuk anda baca dan hadamkan. 

Buat duit dengan android bukanlah satu cerita dongeng dan juga bukanlah sesuatu yang terlalu sukar. Kita hanya perlukan kerajinan dan masa untuk buat duit dengan aplikasi android.

Bacaan tambahan : Buat Duit Dengan Aplikasi Android Whaff Reward

Ok.

Bagi saya sendiri, saya memilih untuk menjana pendapatan tambahan melalui kaedah ke-7 iaitu melalui blog di samping melalui kaedah menjawab survey online dan juga menjadi mystery shopper. Ada juga sedikit saya menggunakan kaedah ke 8 dan 9 untuk menambah pendapatan saya. 

Jadi, kaedah manakah pilihan anda?

Terima kasih kerana membaca Cara Tambah Pendapatan Tahun 2017. Kongsikan cara anda menambah pendapatan di ruangan komen.

Back To Top