Cara Mula Bisnes Online di Tanpa Modal


Setiap orang kini mempunyai kerja lebih daripada satu. Ini adalah untuk mendapatkan pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup sekarang yang sudah semakin tinggi. Suri rumah juga kini lebih selesa untuk bekerja dan berniaga daripada rumah sambil menjaga anak-anak.

Cara terbaik untuk memulakan bisnes dan menjana pendapatan tambahan adalah dengan memulakannya secara atas talian. Ada beberapa sebab kenapa perniagaan secara atas talian adalah bagus sebagai permulaan.

Modal yang kecil / tiada

Semua orang nak mulakan bisnes dengan modal yang kecil kerana takut rugi. Tiada modal bermakna jika tiada jualan, peniaga tetap tidak mengalami kerugian. Sebab itulah perniagaan secara atas talian ini sangat popular.

Media Sosial

Sumber kedua informasi untuk rakyat Malaysia adalah media sosial. Malaysia adalah antara pengguna utama media sosial di dunia. jadi tidak hairanlah ramai orang yang menjual dan membeli melalui platform media sosial.

Cara Untuk Memulakan Bisnes Online tanpa modal pada saya hanya mempunyai 3 langkah iaitu:
  1. Signup dropship
  2. Buat Facebook Fanpage
  3. Promosi /Marketing

Signup dropship

Perniagaan secara dropship adalah perniagaan tanpa pegang barang. Anda hanyalah sebagai orang tengah yang mencari pembeli. Selepas anda mendapat pembeli, barang akan dihantar terus daripada pemilik barang tersebut. 

Apa yang menjadikan model perniagaan ini popular adalah ianya tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal besar dan kebanyakannya dropship boleh disertai secara percuma.

Buat Facebook Fanpage



Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan Facebook! Manakala pengguna Facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna. 

Oleh sebab itu, cara paling mudah untuk mempromosikan barang yang anda nak jual adalah dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook. Untuk memudahkan pengguna mengetahui tentang produk anda dan juga lebih mempercayai barang yang anda jual, anda perlu buat Facebook Fanpage khas untuk produk yang anda nak jual.

Untuk membina kredibiliti anda sebagai seorang penjual anda perlu mempunyai Facebook Fanpage yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Kelihatan professional
  2. Mempunyai ramai pengikut
  3. Pandai menulis post yang menarik
  4. Tahu cara nak berinteraksi dengan pelanggan

Semua ini ada dikongsikan dalam ebook Fanpage Superstar. Banyak perkongsian tentang menguruskan fanpage dengan berkesan ada dikongsikan dalam panduan ini.



Promosikan

Jika hanya setakat ada barang tapi tidak dipasarkan dan dipromosikan pastinya tiada siapa yang tahu tentang produk anda. Proses ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu promosi secara percuma dan berbayar. Promosi secara percuma biasa dilakukan pada Facebook Group. Kelemahan promosi yang seperti ini adalah ianya tidak spesifik kepada pengguna produk anda.

Promosi berbayar atau iklan, sebenarnya lebih baik jika betul caranya. Ia bukan sahaja boleh menjana lebih pendapatan tetapi juga akan meningkatkan brand awareness untuk produk anda. Promosi berbayar akan mencari pelanggan yang lebih spesifik untuk anda berdasarkan minat mereka. Hanya orang yang berminat dengan produk anda sahaja yang akan lihat iklan anda.

Tetapi jika pengiklanan berbayar tidak dilakukan dengan betul, ia boleh mendatangkan kerugian kepada anda. Oleh itu anda perlu faham konsep mengiklan di Facebook sepertimana yang dinyatakan dalam ebook Fanpage Superstar. 

Secara umumnya 3 perkara ini sahajalah yang perlu anda lakukan. Tetapi jangan mudah terpedaya dengan 3 langkah yang kelihatan mudah ini. Sebenarnya ia memerlukan komitmen dan ilmu yang tepat untuk berjaya. Itulah yang diketengahkan dalam panduan Fanpage Superstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top