Cara Menggunakan Uber & Buat Duit Dengan Uber

CARA BUAT DUIT DENGAN UBER, JANA PENDAPATAN DENGAN UBER, KERJA DENGAN UBER, KERJA SAMBILAN DENGAN UBER, PANDUAN BUAT DUIT DENGAN UBER, PART TIME DENGAN UBER, UBER MALAYSIA,

Cara Menggunakan Uber & Buat Duit Dengan Uber. Uber kini menjadi satu fenomena baru dalam sistem pengangkutan di bandar-bandar besar. Selain daripada dapat menjana pendapatan, penggunaan uber juga boleh menyebabkan kurangnya penggunaan kenderaan persedirian dan sedikit sebanyak membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Ok?

Apa itu sebenarnye Uber?

Secara mudahnya, Uber terdiri daripada 2 bahagian iaitu sebagai pengguna Uber dan juga pemandu Uber. Pengguna Uber adalah orang yang menggunakan Uber untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pemandu Uber pula adalah perkhidmatan menjadi driver untuk orang lain dengan menggunakan kereta kita sendiri. 

Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa Uber adalah perkhidmatan integrasi antara sebuah teksi dan kereta sewa. 

Apa yang menariknya tentang Uber adalah penggunaan aplikasi dan sistem Uber itu sendiri. Penumpang boleh membuat tempahan pemandu Uber dengan aplikasi Uber dan pemandu Uber akan pickup penumpang di tempat yang dikehendaki.





Selamatkah Perkhidmatan Uber ni?

Pihak Uber menggunakan sepenuhnya teknologi GPS dan tracking untuk memastikan pemandu dan penumpang Uber sentiasa selamat sebelum, semasa dan selepas perjalanan. 

Setiap pemandu juga dikehendaki untuk mengisikan maklumat diri, kenderaan dan foto supaya penumpang tahu siapa yang akan mengambil mereka. Selain itu penumpang boleh rate pemandu Uber untuk memastikan penumpang seterusnya rasa selamat ketika menggunakan perkhidmatan Uber.

Apabila pemandu Uber mengambil penumpang, penumpang boleh berkongsikan ETA atau masa dijangka sampai dengan rakan dan keluarga supaya mereka boleh mengikut laluan anda dan tahu bila masa ketibaan penumpang.

Mahal ke guna perkhidmatan Uber?

Bergantung kepada pemandu juga. Tetapi semasa kita ingin membuat tempahan pemandu Uber menggunakan aplikasi Uber, kita akan diberikan jangkakan harga yang perlu dibayar. Bayaran tidak dilakukan kepada pemandu tetapi bayaran akan ditolak dari kad kredit atau kad debit anda oleh sistem Uber apabila perjalanan telah selesai.

Jadi amatlah sukar untuk pemandu menipu harga bagi setiap perjalanan yang mereka  buat. 

Nak jadi pemandu Uber?

Dengan menjadi pemandu Uber, anda boleh menentukan sendiri keputusan bila dan berapa lama untuk anda bekerja. Ini menjadikan Uber salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang popular di waktu ini.

Lagi banyak anda memandu, lagi banyak anda dapat dengan menjadi pemandu Uber. 

Ada yang tidak mahu menjadi pemandu Uber kerana  tidak mahir dengan jalan jalan. Usah khuatir, kerana dengan aplikasi Uber, anda akan diberikan GPS dan anda akan diberikan arahan selekoh demi selekoh.

Daripada laporan berita, ramai yang telah menjana ribuan ringgit dengan menjadi pemandu Uber. Manakan tidak, pihak kerajaan hingga ingin mengenakan cukai kepada pengguna Uber yang menjana pendapatan RM7000 hingga RM10000 sebulan.

Bagaimana anda juga boleh menyertai uber?

Untuk mendaftar sebagai penumpang klik sini
Untuk mendaftar sebagai pemandu klik sini

Buat Duit Dengan Uber?

Tetapi ada satu lagi cara yang unik untuk buat duit dengan Uber tanpa perlu membawa kereta dan boleh buat dari rumah sahaja.

Teknik yang unik ini ada dikongsikan dalam eBook Rahsia Uber. Buku ini sesuai untuk mereka yang sedang menghadapi masalh kewangan dan sedang berusaha mencari pendapatan tambahan. Malah bagi yang kurang mahir memandu tetapi ingin buat duit dengan Uber tanpa memandu, boleh dapatkan eBook ini - Rahsia Uber 


Satu lagi sumber yang saya rasa bagus sebagai pengenalan bagi mereka yang nak buat duit dengan Uber adalah dengan membaca buku Buat Duit Dengan Uber keluarkan PTS. Harga RM9.90 je. Dalam buku tersebut ada menceritakan bagaimana Uber buat duit untuk kita, cara mendaftar Uber, perancangan Sasaran pendapatan, cara membina network dan geng Uber serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pemandu Uber. Yang pastinya perlu patuhi peraturan jalan raya 😉


Dapatkan daripada Bookcafe


Kekurangan Uber

Setakat ini hanya bandar-bandar besar seperti Johor Bharu, Kuala Lumpur, Penang yang mempunyai perkhidmatan Uber. Tetapi saya pasti ianya akan berkembang setiap masa untuk meluaskan lagi jajahan Uber sehingga keseluruh Malaysia. Untuk menyemak sama ada kawasan anda ada perkhidmatan Uber atau tidak, boleh semak di sini - https://www.uber.com/ms/driving-perks

Terima kasih kerana membaca cara menggunakan perkhidmatan Uber. Adakah anda pengguna Uber? Kongsikan pendapat anda tentang perkhidmatan Uber di ruangan komen 😊

Back To Top