Cara Pasang Google Adsense Native Ads di Blogspot


Cara Pasang Google Adsense Native Ads. Baru-baru ini, Google Adsense telah melancarkan 2 bentuk iklan baru iaitu In Feed Native Ads dan juga In Article Native ads. Bentuk iklan baru ini telah diumumkan secara rasmi melalui blog Google Adsense pada 5 Julai 2017 yang lepas.

Sebelum ini, iklan native untuk Google Adsense hanyalah dalam bentuk Matched Content sahaja. Tambahan lagi, hanya blog atau laman web yang mempunyai trafik yang agak tinggi barulah blog tersebut boleh memaparkan iklan tersebut.

Tetapi bagi 2 jenis native ads baru ini, Google membenarkan semua penyiar iklan (publisher) boleh menggunakannya tanpa had trafik. Jadi ini merupakan satu peluang untuk pengguna Google Adsense menambah pendapatan blog mereka.


Sebelum itu..

Biar saya terangkan sikit berkenaan Native ads.

Native ads adalah iklan yang merujuk kepada kandungan daripada blog atau laman web lain. Dengan erti kata lain, native ads ni adalah campuran antara Matched Content dan juga display ads. Boleh jadi kandungan yang diiklankan ada mempromosikan sesuatu kepada mereka yang membaca artikel tersebut.


Kelebihan Google Adsense Native Ads

Antara kelebihan menggunakan native ads adalah iklan yang terpapar lebih cantik dan kelihatan lebih kemas. Menurut Google Adsense sendiri, ia akan memberikan pembaca pengalaman pembacaan blog yang lebih baik kerana iklan yang terpapar tidak menganggu pandangan pembaca.

Selain itu, kedua-dua native ads ini bersifat responsive di mana saiz iklan yang terpapar akan berubah mengikut saiz skrin peranti yang digunakan oleh pembaca. Oleh itu anda hanya perlu bina kod iklan dan terus letakkan ditempat yang anda inginkan.

Iklan native ini juga anda boleh edit dengan mudah supaya ia kelihatan sama dengan tema blog anda. Ini bukan sahaja dapat memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pembaca malah dapat meningkatkan pendapatan secara tidak langsung.

Kelemahan Google Adsense Native Ads

Berdasarkan pengalaman saya menggunakan Google Adsense native ads ini, terdapat sedikit kesukaran untuk kita gunakan In Feed Native ads kerana tidak semua tema blog adalah sesuai dengan fungsi iklan tersebut. Jika anda pasang pada tema blog yang tidak sesuai, iklan akan muncul pada tempat yang tidak sepatutunya dan kelihatan janggal.

Walaubagaimana pun, untuk In Articel Native ads, penggunaannya sangat mudah. Saya akan terangkan dengan lebih jelas di bawah.

Teruskan membaca..



Cara Pasang Google Adsense Native Ads

Sebelum saya terlupa, cara yang saya tunjukkan adalah untuk mereka yang menggunakan platform Blogger untuk berblog. Untuk Wordpress mungkin ada sedikit perbezaan.

Mula-mula anda perlu log masuk ke dalam akaun Google Adsense anda. 

Kemudian anda perlu tekan My Ads. Untuk membina iklan baru, anda perlu tekan New Ad Unit.

Anda akan dapat pilihan seperti gambar di bawah. Anda boleh memilih untuk buat iklan baru jenis 'Text & Display', Matched Content, In Feed Native dan juga In Article Native Ads. Untuk kali ini kita fokus pada In Feed dan In Article sahaja.


Ok. 

Kita cuba buat iklan In Article dahulu. 

Tekan pada In-Article Ads.


Apabila anda berpuashati dengan perubahan yang anda lakukan, anda boleh terus tekan Save and Get Code.

Seterusnya anda akan diberikan kod HTML yang perlu anda letakkan dalam blog anda.

Salin kod HTML tersebut dan letakkan di dalam HTML article atau HTML template anda. Sekiranya anda nak letak di bahagian tengah artikel anda pelu letakkan HTML tersebut setiap kali anda membuat artikel baru. 

Tetapi jika anda nak letak di bahagian bawah atau atas artikel, anda boleh letakkan HTML iklan tersebut ke dalam HTML template blog anda.

Untuk iklan yang baru dibuat, ia mengambil masa sehingga 30 minit sebelum iklan mula dipaparkan pada blog atau laman web anda. Jadi jangan terkejut jika iklan yang anda letakkan tidak muncul pada permulaannya.

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk simpan artikel anda, ia mungkin disebabkan oleh anda menggunakan asynchronous kod (async). Untuk blogger, biasanya terpaksa guna synchronous kod.

Ok.

Kita cuba buat In Feed Native Ads pula.

Tekan pada gambar In Feed Ads. Anda kemudian boleh membuat pilihan bentuk iklan. Pilih bentuk iklan yang menyerupai blog feed anda. Blog feed adalah merujuk kepada muka hadapan blog anda bagi senarai artikel terkini anda.



Iklan In Feed ini sepatutnya akan muncul di antara artikel - artikel anda.

Iklan In Feed in perlu diletakkan pada HTML template anda bukannya HTML artikel anda. Agak sukar untuk memasang iklan in feed pada Blogger kerana anda perlu EDIT HTML template ada.

Ikuti langkah-langkah ini dengan teliti:

1. Cari kod <b:loop values='data:posts' var='post'>
2. Tambahkan kod index='x' pada kod tersebut menjadi <b:loop values='data:posts' var='post' index='x'>
3. Cari pula kod ini <div class='post-outer'>
4. Kemudian tambahkan kod di bawah betul betul selepas kod (3)

<b:if cond='data:blog.pageType != &quot;static_page&quot; and data:blog.pageType != &quot;item&quot;'>
 <b:if cond='data:x==1'>
 <div class='post'> YOUR CODE SCRIPT NATIVE ADS </div>
 </b:if> <b:if cond='data:x==3'> 
<div class='post'> YOUR CODE SCRIPT NATIVE ADS </div>
 </b:if> 
</b:if>

5. Letakkan kod iklan in feed anda menggantikan OUR CODE SCRIPT NATIVE ADS.

Tunggu lebih kurang 30 minit untuk iklan anda mula muncul. Saya belajar cara letak iklan Google Adsense in feed ini daripada blog Arlina Design.

PASTIKAN anda buat backup untuk template blog anda terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa perubahan. 

Itulah dia cara untuk pasang Google Adsense Native Ads. Jangan lepaskan peluang ini untuk menggandakan pendapatan anda dengan Google Adsense.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top