Cara Buat Duit Dengan Involve Asia

Program Affiliate InvolveAsia

Cara Menyertai Program Affiliate InvolveAsia. Bagi blogger Malaysia khususnya dan blogger Asia Tenggara umumnya yang masih mencari program affiliate yang sesuai bagi menjana pendapatan dari blog, InvolveAsia atau dikenali juga sebagai Shopstyler ada menyediakan platform untuk menjadi affiliate kepada pelbagai laman e-dagang (ecommerce). 

Dengan menyertai Involve Asia, kita boleh mengiklankan lebih dari 80 jenis jenama terkenal termasuk Zalora, Lazada, Qoo10, Trivago dan lain-lain. Peluang terbuka luas untuk sesiapa sahaja kerana perdaftaran adalah percuma.


Kebaikan program affiliate Involve Asia:

  • 30 days cookies
  • Pilihan pelbagai jenama terkenal untuk diiklankan
  • Platform yang mudah dikendalikan
  • Pendaftaran adalah percuma
  • Cashout serendah RM50

Sekali pandang, konsep Involve Asia ini adalah seperti Commission Juction atau kini dikenali sebagai CJ Affiliate. Di mana ia merupakan platform untuk pelbagai jenis jenama dan kita boleh mempromosikan pelbagai jenama yang tersenarai dalam platform InvolveAsia.

Saya rasa tak rugi untuk kita semua mencuba platfrom Involve Asia ini.

Bagaimana cara nak sertai program Affiliate Involve Asia?

Daftar Penyertaan Baru di laman Affiliate Involve Asia.


Isikan maklumat anda pada borang yang disediakan. Anda kemudian akan dimaklumkan berkenaan penyertaan anda di Involve Asia melalui emel. 

Pihak Involve Asia akan membuat saringan terhadap permohonan anda dan keputusan akan diberitahu juga melalui emel dalam beberapa hari. Biasanya ia akan mengambil masa 24 - 48 jam untuk diluluskan. Tiada syarat khas untuk anda sertai program affiliate ini.

Apabila anda telah berjaya diterima menyertai affiliate Involve Asia, anda perlu log masuk dengan akaun anda dan ini adalah paparan yang akan anda lihat:



Pelbagai jenis affiliate boleh disertai di Involveasia. Antara program affiliate yang saya suka untuk promosikan adalah yang berbentuk 'Paid Per Installation' dan 'Paid Per Action'.


Paid Per Installation.

Promosi ini akan memberikan anda ganjaran sekiranya ada pengguna yang install aplikasi yang dipromosikan. Sebagai contoh adalah aplikasi Lazada. Anda boleh promosikan aplikais tersebut dan setiap kali orang install aplikasi tersebut, anda akan dapat beberapa ringgit. Jika seratus orang download dan installed? Maka beratus-ratus jugalah ganjaran yang akan anda dapat.


Paid Per Action

Ada juga yang memberikan anda ganjaran jika mereka dapat ahli baru melalui link anda. Ini adalah lebih mudah berbanding untuk mempromosikan barang untuk orang beli.


Jadilah antara orang yang terawal untuk menyertai program ini! 

Terima kasih kerana membaca Cara Menyertai Program Affiliate InvolveAsia. Saya dah sertai, anda bila lagi? 😉

Back To Top