Bagaimana Cara Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah? Salah satu perniagaan yang boleh dilakukan terus dari rumah adalah perniagaan bakeri. Bakeri atau perkataan asalnya 'bakery' bermaksud perniagaan membuat dan menjual makanan yang dibuat daripada tepung yang dibakar di dalam oven. Contoh produk bakeri yang biasa kita lihat adalah roti, kek, kek cawan dan lain-lain.Â
Boleh ke bisnes bakeri dilakukan dari rumah?
Ramai yang beranggapan bahawa bisnes bakeri memerlukan kedai khas untuk dijalankan. Persepsi ini sebenarnya kurang tepat kerana bisnes bakeri sebenarnya boleh dilakukan walaupun kita berada di rumah. Berdasarkan pengalaman saya, ada beberapa orang rakan saya di facebook yang buat bisnes bakeri (terutamanya kek) hanya dari rumah dan hampir setiap hari ada sahaja orang yang membuat tempahan.Â
Kenapa homemade bakeri boleh buat duit?
Kebanyakan pengguna kini lebih sukakan home-made bakeri berbanding bakeri yang dibuat di kilang yang menggunakan mesin sepenuhnya. Saya pasti anda pernah lihat makcik jual kuih di tepi jalan. Saya jarang lihat makcik yang berniaga kuih itu tutup kedai dengan bekas kuih yang masih penuh. Malah kadangkala baru pukul 7 pagi kuih sudah habis! Itu pun adalah salah satu dari konsep bisnes bakeri. Bayangkan jika anda pandai buat kuih ditambahkan pula promosikan di laman social seperti Facebook, rasanya tidak cukup tangan untuk anda ambil tempahan.
Kenapa perlu Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Perniagaan dari rumah memerlukan kos permulaan yang lebih rendah. Anda tidak perlu untuk menyewa tapak kedai atau membina kedai bakeri anda. Rumah anda boleh dijadikan kedai bakeri anda. Selain itu, bisnes bakeri di rumah biasanya merupakan sumber pendapatan sampingan keluarga. Bisnes bakeri di rumah adalah perniagaan yang dibuat berdasarkan tempahan, oleh itu anda tidak perlu risau tentang kuih anda tidak habis dijual. Jika tiada tempahan, anda boleh lakukan kerja-kerja rumah yang lain seperti biasa.
Hampir setiap hari ada orang buat sambutan hari lahir dan hampir setiap minggu juga ada orang melangsungkan perkahwinan. Mereka inilah prospek anda untuk anda promosikan bisnes bakeri anda.
Jika anda berminat untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk memastikan mind set anda berada pada tahap yang betul. Soalan-soalan biasa yang bermain di fikiran sebelum memulakan bisnes bakeri adalah:
- Nak buat kuih apa?
- Mana nak belajar buat kuih?
- Bagaimana nak promosikan bisnes bakeri?
- Berapa kos permulaan yang diperlukan?
- Bagaimana nak kira kos dan harga jualan?
- Perniagaan di rumah perlu daftar perniagaan di SSM ke?
Persoalan-persoalan di atas dan banyak lagi perkongsian ada dimuatkan di dalam ebook Bisnes Bakeri.Â
Ebook cara memulakan bisnes bakeri ini terdiri daripada 10 Bab yang memberikan panduan kepada anda dari Zero kepada seorang yang mempunyai bisnes bakeri anda sendiri. Selain itu anda juga akan dapat 2 lagi buku iaitu resepi 4 produk bakeri yang terlaris di pasaran dan juga ebook 5 bahan asas bakeri.
Jika anda merupakan suri rumah yang ingin menambah pendapatan dari rumah, bisnes bakeri 'order baru buat' adalah salah satu cara yang terbaik untuk anda tambah pendapatan dan dalam masa yang sama dapat menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Dapatkan ebook Bisnes Bakeri anda sekarang - Ebook Bisnes Bakeri
Salam, artikel sangat bermanfaat. Tq.
BalasPadamjon303 game slot indonesia online terbaik dan terpercaya.
BalasPadamada banyak game menarik yang bisa kalian mainkan seperti bola, slot, poker, dan casino.
bergabung bersama kami, kalian bisa dapatkan banyak bonus seperti :
- Bonus New Member
- Bonus Registrasi
- Bonus Referral
- Bonus Deposit
- Bonus Cashback
- Bonus event menarik lainnya
ayo segera daftarkan diri kalian dan mainkan game nya.
menangkan hadiah jackpot hingga jutaan rupiah cukup dengan bermain game di situs kami
Salam. Bole share bagaimana mahu beli/guna template blog ini?
BalasPadam