Cara Buat Duit Dengan Instagram

cara buat duit dengan instagram

Bagaimanakah cara terbaik untuk buat duit dengan instagram? Dunia perniagaan online sekarang telah mula beralih arah daripada laman web kepada media social seperti Facebook dan Instagram. Sebab utama berlaku perubahan ketara ini adalah kerana kos yang diperlukan untuk memulakan perniagaan di laman social seperti Instagram adalah amat kecil atau tidak memerlukan modal langsung.

Bagi saya sendiri, saya bukanlah pengguna terhebat aplikasi Instagram kerana saya sendiri masih belajar cara untuk buat bisnes dengan Instagram. Semasa saya mencari panduan untuk buat duit dengan instagram, saya dapati terdapat pelbagai ebook panduan instagram ada di pasaran.

Kebanyakannya saya perhatikan, peniaga di Instagram adalah wanita. Lelaki setahu saya kurang menggunakan Instagram kecuali selebriti lelaki.

Siapa yang boleh buat duit dengan Instagram?

Sebenarnya, tidak kira anda lelaki atau perempuan, kita berpeluang untuk menjana pendapatan dengan Instagram. Dengan cara dan teknik yang betul, semua orang berpeluang untuk berbisnes di Instagram.

Langkah pertama untuk buat duit dengan Instagram!

  1. Pertama sekali anda mestilah mempunyai akaun Instagram. Anda hanya perlu download di Google Play dan daftar. Anda juga boleh mendaftar dengan menggunakan akaun Facebook anda ;-)
  2. Kemudian fikirkan niche Instagram anda. Pemilihan niche atau topik Instagram anda adalah penting sekiranya anda ingin memulakan bisnes dengan Instagram. Jika anda perhatikan, Instagram yang berjaya biasanya akan memaparkan gambar dan produk dalam topik yang sama seperti topik kosmetik atau tudung atau pakaian wanita.
  3. Dapatkan follower yang ramai. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk menerangkan cara untuk menarik follower yang ramai di Instagram. Semua itu ada dibincangkan dalam ebook Instagram Kaboom. Tetapi secara asasnya anda perlu follow orang lain sebelum orang lain follow anda ;-) Sebaik-baiknya, carilah follower yang mempunyai kriteria sebagai pelanggan anda. Sebagai contoh, jika anda menjual tudung, followlah remaja-remaja perempuan dan bukannya follow Insta budak lelaki ;-)
  4. Lakukan posting gambar secara berkala (tidak telalu jarang dan tidak terlalu kerap) dan post hanya perkara yang berkaitan dengan bisnes anda dan juga topik insta anda.
  5. Satu lagi perkara yang saya temui, gambar GIF (gambar bergerak) di Instagram adalah lebih menarik pada saya berbanding gambar static ;-) Mungkin dengan post gambar GIF akan menonjolkan akaun Instagram anda.
  6. Instagram juga kini telah membenarkan anda untuk memaparkan video tetapi dalam jangka masa 1 minit sahaja. Ini juga adalah satu peluang untuk anda membina kredibiliti dan kepercayaan follower anda. 


Itulah serba sedikit cara untuk memulakan perniagaan di Instagram. Paling kurang, inilah yang saya lakukan untuk permulaan akaun Instagram saya ;-)

Panduan penuh cara buat duit dengan Instagram 2016 ada dibincangkan dalam ebook Instagram Kaboom. Panduan yang diberikan lebih jelas dan mantap untuk menaikkan follower dan sale anda di Instagram.



Apa yang dibincangkan dalam panduan cara but duit dengan Instagram ini?

Ebook ini terbahagi kepada 7 bahagian. Berikut adalah perincian setiap bahagian yang anda akan dapat:

Bahagian Pengenalan Cara Buat Duit Dengan Instagram

Dalam bahagian ini, penulis akan membincangkan formula asas cara memasarkan produk di Instagram. Apa step-by-step yang anda kena ikut secara ringkas. Sebelum pergi advance, anda kena tahu ilmu asas ini.

Ia umpama gambaran umum, supaya anda nampak dengan jelas: “Oh, ini yang aku kena buat dulu…”. Ia penting agar anda tidak tersipu-sipu selepas baca ebook ini.

Bahagian 2: Fungsi Instagram?

Pada bahagian ini, penulis akan kongsikan serba-ringkas tentang fungsi, ciri-ciri & manfaat Instagram. Ramai yang menganggap mereka tahu menggunakan Instagram, tetapi hakikatnya..Walaupun anda dah guna Instagram sebelum ini, namun masih ada fungsi anda tak tahu..

Bahagian 3: Kenapa Berniaga Online di Instagram?

Untuk pastikan seseorang membuat keputusan memulakan sesuatu. Mereka perlukan sebab yang kuat untuk bermula dan atas dasar itu, penulis mewujudkan satu bahagian khas untuk bantu anda bermula. Pada bahagian ini, beliau akan kongsikan 4 sebab utama kenapa anda perlu bermula menjual di Instagram..

Bahagian 4: Langkah-langkah Meletupkan Jualan Di Instagram

Saat yang ditunggu telah tiba. Pada bahagian ini, anda akan ditunjukkan secara praktikal. Apa yang anda perlukan untuk buka kedai IGShop di Instagram? Bagaimana cara-caranya? Apa yang perlu anda skip (langkau) & apa yang perlu diberikan perhatian?

Apa elemen wajib yang mesti ada dalam kedai anda? Ada 6 elemen penting mesti anda lengkapkan sebelum jual apa-apa produk atau servis. Semua akan ditunjukkan.

Bahagian 5: Bina Follower.

Ini adalah bahagian paling bernilai. Ada kedai sahaja tak cukup kalau orang tak tahu kewujudan kedai anda. Anda kena ada follower yang…

  • Targeted – Memang minat produk atau servis anda.
  • Aktif – Jenis yang suka like, komen & tag rakan mereka.
  • Real – Manusia sebenar bukan robot.

Ya, inilah kunci kejayaan besar berniaga di Instagram. Untuk mendapatkan ketiga-tiga ciri follower ini, saya bahagikan kepada tiga:
  • Kaedah Percuma. 
  • Kaedah Berbayar.
  • Pantang-larang Instagram.

Bahagian 6: Berinteraksi Dengan Follower Anda.

Bab ini ramai orang fail. Ramai yang bila dah dapat ramai follower mereka terus upload gambar produk. Jual, jual & jual.

Itu bukan caranya. Nanti dulu, belum masanya lagi menjual. Dalam ebook ini akan ditunjukkan 9 rahsia & petua untuk berinteraksi secara santai dengan follower.

Ebook ini juga akan kongsikan satu aplikasi canggih yang boleh digunakan untuk cipta keunikan dalam gambar anda yang anda post. Tak perlu upah designer…

Ingat! Instagram mengutamakan gambar. Gambar cantik, follower suka!

Bahagian 7: Posting Time is Money!

Bahagian akhir, ebook ini akan tunjukkan cara nak post secara berjadual mengikut masa terbaik follower anda aktif. Anda hanya perlu set berapa kali anda nak post dalam sehari. Kemudian, serahkan tugas kepada software untuk tolong postkan pada masa yang terbaik.

Nak tahu cara-caranya? Caranya ada dikongsikan langkah-langkahnya dalam bahagian ini. Ia akan menjimatkan masa & tenaga seharian anda.


Itulah sedikit review tentang ebook Instagram Kaboom. Jika anda ingin meningkatkan follower dan sale anda di Instagram, anda perlu dapatkan ebook Instagram Kaboom - Link


Semoga kita sama-sama berjaya dalam bisnes Instagram 😊


Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Instagram 2016. Bertindak sekarang kerana anda mungkin akan menjadi seorang lagi usahawan Instagram yang berjaya! 


Back To Top