Soal Jawab Wikicara #5 : Nak baucer KFC percuma?


Soalan pada kali ini ditanyakan oleh Cik Shaumiyah. Beliau bertanyakan bagaimana cara dapatkan kupon KFC percuma. Saya tak pasti sama ada Cik Shaumiyah sudah membaca artikel saya berkenaan cara dapatkan baucer KFC percuma atau belum.

Dalam artikel tersebut saya ada nyatakan saya dapat baucer KFC percuma dengan sertai survey online di Valued Opinions.

Valued Opinions adalah satu antara 5 laman web survey online yang saya sertai dan saya jamin bukan scam. Kerana saya sendiri dah banyak kali cashout atau dapat baucer percuma.

Walaupun ganjarannya adalah baucer KFC percuma, tetapi untuk mendapatkannya bukan percuma kerana anda perlu jawab banyak survey yang dihantar kepada anda dengan lengkap.

Setakat yang saya tahu, inilah satu-satunya cara untuk dapat baucer KFC secara percuma. 😀

Saya harap jawapan ini membantu Cik Shaumiyah. Sekiranya masih belum jelas, anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa menggunakan borang yang disediakan.

Atau jika anda pembaca yang ada pengalaman yang baik untuk dapatkan baucer KFC percuma, boleh juga kongsikan cara anda di ruangan komen 😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top