WHAT'S NEW?
Loading...

Saya pasti di dalam telefon pintar anda ada pelbagai video dan gambar menarik. Video kenangan bersama keluarga dan anak-anak, kenangan terindah semasa pergi bercuti dan lain-lainnya. Tetapi, alangkah baiknya jika gambar dan video tersebut boleh disambungkan ke TV anda untuk ditonton pada skrin yang lebih besar dan boleh dilihat bersama dengan ahli keluarga yang lain. :-)

Bagi yang mempunyai TV LCD atau LED, tahukah anda bahawa anda boleh sambungkan telefon pintar anda ke TV anda untuk menonton apa sahaja yang ada pada telefon pintar anda? Pada kali ini, saya akan kongsikan 2 cara paling mudah untuk kita sambungkan telefon pintar atau tablet kita ke TV.

Tetapi sebelum itu, ini adalah spesifikasi yang mesti ada pada TV anda untuk membolehkan sambungan ke telefon pintar dapat di lakukan.

  • HDMI port
  • USB port
2 perkara ini sahaja yang perlu ada untuk kita melakukan sambungan. 2 cara untuk menyambungkan adalah dengan menggunakan kabel dan secara wifi.


Sambungan menggunakan kabel MHL

Perkara pertama yang perlu anda faham adalah MHL kable bukanlah kabel micro HDMI. Label MHL adalah label khas untuk menyambungkan peranti android dengan TV. Kebaikan menggunakan label MHL adalah harganya yang murah dan sangat mudah untuk digunakan. Kita hanya perlu plug and play tanpa setting tertentu. Kabel MHL hanya perlu disambungkan pada port micro USB telefon anda dan disambungkan satu lagi ke kabel HDMI.

Tetapi penggunaan kabel MHL adalah sangat terhad kepada jenis telefon pintar tertentu. Tidak semua telefon pintar boleh menggunakan kabel MHL untuk disambungkan pada TV. Bagi menyemak sama ada telefon anda boleh menggunakan kabel MHL atau tidak, anda boleh semak di laman MHLTech.

Semak terlebih dahulu barulah anda boleh beli kabel MHL. Paling mudah beli di Lazada.

Sambungan WiFi

Jika anda tanya saya, sambungan secara WiFi akan menjadi pilihan saya. Ini adalah kerana sambungan WiFi tidak memerlukan apa apa kabel dan nampak lebih kemas. Cara paling mudah untuk menonton telefon pintar anda di TV dengan sambungan WiFi adalah dengan menggunakan Chromecast 2. Jika anda tidak tahu apa itu Chromecast 2, anda boleh baca berkenaan Chromecast 2 di artikel ini.


Kita hanya perlu sambungkan Chromecast 2 pada TV dan pasangkan aplikasi Google Cast, kita sudah boleh tonton telefon pintar android kita di TV. Apa yang saya suka menggunakan Chromecast 2 adalah tetapannya yang sangat mudah.


Itulah 2 cara paling mudah yang boleh kita lakukan untuk menonton telefon pintar android di TV. Yang mana satukah menjadi pilihan anda?

Nyatakan pilihan anda di ruangan komen :-)



Siapa yang tidak suka dengan rumah yang bersih dan sentiasa kemas kan? Rumah yang kemas sebenarnya tidak memerlukan barangan yang mahal tetapi ianya cukup dengan susun atur yang betul dan sesuai dengan bentuk rumah tersebut.

Mengemas rumah juga antara perkara yang agak 'berat' untuk dilakukan tambahan lagi dengan kerja-kerja seharian kita yang banyak dan kesibukan bekerje mencari nafkah.


Pada kali ini, saya akan kongsikan 6 cara untuk memastikan proses mengemas rumah adalah lebih mudah bagi memastikan rumah kita sentiasa kemas dan bersih. 

Zoning

Bagi memudahkan proses mengemas rumah, bahagikan kawasan rumah anda kepada beberapa bahagian atau zon. Pembersihan dilakukan mengikut zon yang telah ditetapkan. Sediakan satu jadual putaran pembersihan bagi setiap zon. Pembersihan setiap zon mungkin dilakukan mengikut hari sebagai contoh, hari Isnin untuk dapur, hari Selasa untuk ruang tamu dan seterusnya.

Ownership

Konsep ini saya adaptasi daripada sistem 5S yang banyak digunakan dalam jabatan kerajaan. Adalah baik jika setiap perkakasan atau zon mempunyai penjaga. Tetapkan anak-anak untuk menjaga setiap zon atau tempat dan minta mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku di kawasan yang mereka jaga. 

Hari

Tetapkan satu hari yang untuk mengemas rumah. Sebagai contoh, tetapkan setiap pagi pada hujung minggu sebagai masa untuk mengemas keseluruhan rumah. Jadikan jadual tersebut sebagai satu rutin mingguan yang mesti diikuti.

Kerjasama

Mengemas akan lebih mudah dan menyeronokkan jika dilakukan beramai-ramai. Libatkan suami dan anak-anak semasa mengemas. Minta bantuan mereka anak-anak untuk menyapu dan mengemop rumah anda. Jadikan ini satu rutin dan dalam masa yang sama akan dapat mengajar anak kita untuk sentiasa menjaga kebersihan


Jangan Tangguh

Ada perkara yang perlu dilakukan terus dan tidak elok untuk ditangguhkan. Sebagai contoh membasuh pinggan mangkuk dan mengemas katil selepas bangun tidur. Dua perkara ini adalah perkara yang perlu dilakukan setiap hari dan menjadi tanggungjawab diri sendiri untuk membasuh pinggan dan mengemas katil. Didik anak-anak untuk membasuh pinggan selepas makan dan mengemas katil selepas bangun akan dapat meringankan beban kita untuk mengemsa rumah.

Perkakasan

Bagi memudahkan lagi kerja-kerja mengemas dan membersih, kita perlu pastikan kita mempunyai perkakasan pembersihan yang sesuai seperti vakum dan lain-lain. Perkakasan yang sesuai akan memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja pembersihan rumah anda.


Ok?

Itulah 6 cara untuk kita mengemas dengan lebih mudah dan sistematik. Sebaik-baiknya, libatkan ahli keluarga yang lain untuk sama-sama membantu untuk membersih dan mengemas rumah. 

Anda ada cara mengemas rumah yang lebih baik? Kongsikan di ruangan komen :-)

Lampin pakai buang kini merupakan satu keperluan. Walaupun kita mempunyai pilihan untuk menggunakan kain lampin ataupun lampin pakai buang, tetapi kini hampir semua keluarga menggunakan lampin pakai buang kerana ianya lebih mudah digunakan dan dibersihkan.

Ada orang yang menganggap pemilihan lampin pakai buang hanyalah berdasarkan harga lampin tersebut semata-mata. Adakah lampin pakai buang yang paling mahal adalah yang terbaik? Adakah kualiti harga lampin yang lebih murah adalah setanding dengan lampin yang lebih murah? Hakikatnya, pemilihan lampin pakai buang untuk anak kita sebenarnya memerlukan sedikit ketelitian dan eksperimentasi.

Pada kali ini, saya nak kongsikan beberapa cara untuk memilih lampin pakai buang untuk anak kita. Pada pengamatan dan pemerhatian saya, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan lampin pakai buang. Antaranya :


  • Tindak balas dengan kulit bayi
  • Keselesaan
  • Kapasiti resapan
  • Saiz
  • Jenis lampin
  • Harga

Tindak balas dengan kulit bayi

Perkara pertama yang perlu diambil berat adalah bagaimana tindakbalas lampin pakai buang tersebut terhadap anak kita. Adakalanya lampin pakai buang yang digunakan menyebabkan ruam lampin kepada anak kita. Lampin yang baik adalah lampin yang tidak menyebabkan ruam pada anak kita. Sememangnya ini memerlukan kita untuk mencuba lampin tersebut terlebih dahulu barulah kita tahu bagaimana ia bertindak balas dengan kulit bayi.

Keselesaan

Lampin pakai buang mestilah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Jika terlalu ketat akan menyebabkan keradangan pada bahagian pinggang dan kelengkang anak kita. Jika terlalu longgar pula boleh menyebabkan berlaku kebocoran 'hasil buangan' anak kita.

Kapasiti Resapan

Kebanyakan jenama lampin memberikan kapasiti resapan yang tinggi. Ada lampin pakai buang yang dapat menyerap 800 kali ganda berat lampin tersebut. Kapasiti resapan yang tinggi secara logiknya akan mengurangkan kekerapan kita menukar lampin pakai buang dan seterusnya menjimatkan dari segi kos. Tetapi perlu juga diperhatikan dari segi keselesaan anak dan juga sensitiviti kulit anak kita.

Saiz

Jika anda mempunyai anak yang baru lahir, jangan membeli lampin pakai buang bersaiz Newborn dengan kuantiti yang banyak. Beli mengikut keperluan sahaja. Ini adalah kerana bayi sangat cepat membesar. Bila masa untuk menukar saiz lampin pakai buang? Bagi saya ada dua tanda yang menandakan saiz lampin pakai buang anak kita perlu di tukar. Pertama adalah dari segi kebocoran dan juga keketatan semasa menggunakan lampin pakai buang tersebut. Jika kedua-dua atau salah satu perkara ini berlaku, itu adalah tandanya kita perlu pertimbangkan untuk menukar saiz lampin pakai buang anak kita.

Jenis lampin pakai buang

Di pasaran terdapat beberapa jenis lampin pakai buang. Setiap jenis lampin pakai buang ini biasanya untuk keadaan tertentu ataupun untuk umur anak yang tertentu. Ada lampin pakai buang yang dikhaskan untuk Overnight (dipakai semasa tidur malam). Lampin Overnight mempunyai kapasiti resapan yang lebih tinggi kerana biasanya masa pemakaian yang lebih lama iaitu dari malam sehingga ke pagi. Ini adalah untuk mengelakkan kebocoran dan ketidak selesaan terhadap kulit anak kita.

Harga

Murah bukan bererti lampin tersebut tidak baik dan begitu juga sebaliknya, mahal tidak semestinya baik. Semuanya bergantung kepada faktor-faktor yang lain juga. Ada bayi yang sudah selesa dan cukup dengan lampin pakai buang yang murah sahaja. Tetapi ada juga bayi yang hanya sesuai dengan lampin yang agak mahal. Tiada siapa yang betul dan salah.

Memperkenalkan Lampin Pakai Buang Mamypoko



'The truth is..' siapa yang tidak kenal dengan lampin pakai buang Mamypoko kan?

Jenama Mamypoko sangat mementingkan keselesaan dan kesihatan kulit anak kita. Lampin pakai buang yang berasal daripada Jepun ini merupakan antara pilihan utama ibu bapa yang menggunakan lampin pakai buang.

Dari segi keselesaan, lampin pakai buang Mamypoko amat selesa dan sesuai untuk kebanyakan kulit bayi. Dengan kapasiti resapan yang tinggi dan pantas, bayi kita akan tetap berasa selesa walaupun selepas membuang air kecil.

Pelbagai jenis lampin pakai buang Mamypoko ada di pasaran seperti Mamypoko Dry Pants, Mamypoko Maxi Absorb, Mamypoko Extra Dry dan lain-lain. 

Dari segi harga, lampin pakai buang Mamypoko adalah lebih mahal sedikit berbanding jenama lampin pakai buang yang lain. Walaubagaimanapun, dari segi penggunaan harian, bilangan lampin yang digunakan adalah kurang berbanding lampin pakai buang yang lain. Penggunaan seharian bagi saya biasanya antara 3 atau 4 keping untuk seorang anak. Jadi, walaupun harga satu pek Mamypoko lebih mahal, tetapi kos penggunaan harian adalah sama seperti lampin pakai buang yang lain.

Ok?

Tahukah anda bahawa anda boleh membeli lampin pakai buang secara online dengan harga yang lebih murah di Lazada Malaysia? Di Lazada, anda mempunyai pilihan untuk membeli pelbagai jenis lampin pakai buang mengikut pilihan dan kesesuaian bayi anda.


Satu lagi berita menarik untuk anda yang ingin membeli barangan untuk bayi anda. Pada 27 - 31 Julai 2016, Lazada akan mengadakan Lazada Big Baby Fair! Saya pasti semua barangan bayi akan dijual dengan harga yang amat berpatutan. 

Jadi jangan lupa janji temu kita di Lazada Big Baby Fair yang akan berlangsung pada 27-31 Julai 2016 nanti! Pelbagai tawaran hebat menanti anda!


Semasa kecil kita memang suka mengumpul duit raya. Apabila meningkat dewasa dan berkeluarga, kita mengumpul pula duit raya bagi pihak anak kita ;-) Walaupun duit raya bukanlah satu kewajipan, tetapi ia dapat memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak dan menceriakan suasana hari raya. 

Dalam satu ceramah Ustaz Wadi Annuar menyatakan bahawa memberi duit raya kepada anak kecil adalah salah satu bentuk sunnah. Ini adalah berdasarkan beberapa peristiwa Nabi Muhammad S.A.W yang banyak mengembirakan kanak-kanak.




Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka perolehi. Jadi, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri. 

Pada kali ini, saya ingin kongsikan cara terbaik untuk menguruskan duit raya anak kita.

Asingkan

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan untuk mengelakkan percampuran duit raya. Ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap anak kita mendapat jumlah duit raya yang sama (kerana biasanya orang akan bagi sama untuk setiap orang)

Tabung Khas

Sepertimana tabungan biasa, pastikan setiap anak kita mempunyai tabung yang berlainan. Menyediakan tabung untuk anak kita dapat mengajar anak kita untuk rajin menabung dan dalam masa sama memudahkan pengurusan duit raya anak kita. 

Simpan dalam Bank

Setelah habis raya, kira dan simpan duit raya anak kita ke dalam bank yang memberikan pulangan yang baik setiap tahun. Pastikan akaun tersebut dibuat khas untuk anak anda (dengan ibu / bapa sebagai penjaga), bukannya duit raya tersebut dimasukkan ke dalam akaun ibu bapa. Bagi saya, antara tabungan terbaik adalah di Tabung Haji. Anda bebas untuk memilih di mana anda nak simpan duit anak anda. 


Hukum menggunakan Duit Raya anak.

Hukum menggunakan duit raya anak adalah sama seperti anda menggunakan duit orang lain. Ia adalah dalam konsep berhutang. Dan hutang wajib di bayar. Sekiranya anda terpaksa mendahulukan duit anak anda, pastikan anda membayar semula duit mereka dengan segera.  

Ini adalah kerana, duit raya yang diterima oleh anak kita adalah hak mereka. Kita tidak boleh menggunakan duit raya tersebut untuk membeli lampin atau pun keperluan harian kerana itu adalah dalam tanggungan kita sebagai ibu bapa.

Ok?

Itulah antara cara untuk menguruskan duit raya anak kita. Bagaimana cara anda menguruskan duit raya anak anda? Kongsikan diruangan komen :-)


Sekarang ini TV LED jenama Hisense di Lazada sedang membuat harga promosi yang sememangnya sukar untuk dipercayai. Manakan tidak, harga bagi LED TV dengan saiz 40inci hanya RM799 sahaja! Jika dibandingkan dengan saiz yang sama untuk jenama lain pastinya harganya lebih dari satu ribu ringgit. Dan nak dijadikan cerita, secara kebetulan pula televisyen di rumah saya ini baru sahaja rosak. 

Tanpa berlengah lagi saya telah membuat pembelian Hisense 40" Full HD LED TV di Lazada. Pembelian di Lazada sememangnya pantas kerana saya membuat pembelian dan pembayaran pada 5 petang 22.6.2016 dan telah diterima pada 24.6.2016. Pantas bukan? Jika anda nak tahu spesifikasi penuh Hisense 40" Full HD LED TV yang saya beli, anda boleh tengok di Lazada - Klik Sini.

Ok?

Kembali kepada topik asal. Memandangkan saya baru sahaja beli LED TV baru, saya bercadang untuk memasang Chromecast 2 pada TV LED tu. 

Apa itu Chromecast?



Chromecast adalah peranti yang dikeluarkan oleh Google yang berfungsi ala-ala macam Android Box. Ia adalah satu peranti yang dipasangkan kepada port HDMI tv yang kemudiannya membolehkan kita menonton YouTube dan beberapa lagi laman web streaming terus ke LED TV kita.  

Apa yang menariknya Chromecast bagi saya adalah perantinya kecil sahaja dan tidak susah untuk memasangnya. Setakat ini, pihak Google telah mengeluarkan 2 generasi Chromecast. Dan Chromecast 2 adalah lebih cantik pada pandangan saya.



Chromecast 2 lebih mudah dipasang dan digunakan. Untuk menghubungkan Chromecast dengan TV LED anda hanya memerlukan 5 langkah sahaja.


  • Plugkan Chromecast 2 pada HDMI port Tv anda dan sambungkan satu lagi hujung pada USB Tv anda atau USB plug sebagai sumber tenaga untuk Chromecast. 
  • Kemudian, pergi ke Setting / Source (TV anda) dan pilih HDMI yang anda plugkan Chromecast 2
  • Jika anda menggunakan telefon pintar, anda perlu pasang aplikasi Chromecast. Jika anda menggunakan komputer, anda perlu pergi ke chromecast.com/setup
  • Buka aplikasi yang anda telah pasang dan aplikasi tersebut akan kesan Chromecast yang anda telah plug secara automatik. Anda akan diberikan kod untuk pastikan kod yang terpapar pada TV anda adalah sama seperti yang terpapar pada skrin telefon pintar anda.
  • Tekan Connect dan anda perlu pilih sambungan internet yang anda gunakan. Setelah itu, Chromecast 2 sudah boleh digunakah. 
Pasang aplikasi Google Cast pada telefon android anda dan buka aplikasi tersebut. Pastikan Chromecast anda telahdipasangkan pada TV anda terlebih dahulu.

Tekan pada Set Me Up. Telefon pintar anda akan secara automatik mencari peranti Chromecast 2 yang anda telahpasang. Anda kemudiannya akan di minta memilih sambungan internet dan password anda. Setelah sambungan internet tersebutberjaya, anda akan dapat lihat kod khas yang sama pada skrin TV dan telefon android anda.


Ada kalanya, Chromecast akan mengemaskini secara automatik. Anda hanya perlu tunggu.


Kelebihan menggunakan Chromecast:




Spesifikasi penuh Chromecast 2:

Selain daripada itu, Chromecast juga boleh 'mirroring' apa yang ada pada skrin telefon atau skrin komputer kita. Caranya adalah dengan tekan option pada aplikasi Chromecast dan pilih 'Cast Screen and Audio'. Ia bukan sahaja mirror skrin kita tetapi malah suara dalam video sekiranya kita menonton video.

Pada saya, Chromecast 2 adalah alternatif terbaik bagi yang tidak mahu menggunakan Android Box. Ia bukan sahaja kecil, tetapi juga mempunyai bentuk yang menarik dan mudah digunakan. 

Nak beli Chromecast 2? Boleh beli di Lazada. Saya dah semak, harga di Lazada yang paling murah. Dengan menggunakan kod Baucer 20LAP20, anda akan dapat potongan lagi 20%. ;-)

Terima kasih kerana membaca cara memasang Chromecast pada TV. Saya pasti anda tidak akan kecewa sekiranya anda membeli Chromecast ini :-) Tambahan lagi jika anda ada memasang IPTV dalam telefon pintar atau komputer anda :-)




Siapa yang tidak kenal dengan laman web jualan online Lazada? Bagi yang gemar membeli secara atas talian, Lazada adalah salah satu pilihan yang baik kerana harga yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada laman web lain.

Berikut adalah bentuk promosi yang ada di Lazada untuk membolehkan kita membeli dengan lebih penjimatan di Lazada.

Kod Baucer

Jika anda rajin melawat laman web Lazada dan menjadi emel subscriber, banyak kod baucer yang akan diberikan untuk anda. Ini bukan bermakna anda mesti gunakan kod baucer tersebut, tetapi jika tiba masa anda  perlu beli sesuatu, kod baucer tersebut amat berguna. Sebagai contoh, ketika saya nak beli Chromecast 2, kebanyakan harga di laman web adalah lebih daripada RM200, malah ada yang menjual hingga RM300!. Tetapi harga di Lazada hanyalah RM199. Setelah ditambah kod baucer, harga Chromecast 2 yang saya beli hanyalah RM179 sahaja.

Kod baucer terdiri daripada 2 jenis iaitu kod baucer umum, kod baucer mengikut kategori dan juga khas untuk aplikasi Lazada. Ada kod baucer yang boleh digunakan di aplikasi dan laman web, dan ada juga yang hanya boleh digunakan untuk aplikasi Lazada.

Cara paling mudah untuk mendapatkan kupon diskaun adalah dengan menjadi emel subscriber Lazada. Jika anda menjadi subscriber laman Lazada, anda akan diberikan kupon diskaun 15% (maksimum diskaun RM25).

Jika anda ingin mencari kupon untuk Lazada, anda boleh lawati laman-laman web ini.




Bank Promotion Lazada

Jika anda pemegang kad kredit atau kad debit, anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun tambahan kerana membeli menggunakan kad kredit atau kad debit. Sebagai contoh, setiap hari Jumaat, HSBC bank akan bekerjasama dengan Lazada untuk memberikan diskaun tambahan 5-10% untuk pembelian menggunakan kad kredit atau kad debit HSBC Bank.

Selain daripada itu, pihak Lazada juga ada membuat kerjasama dengan bank UOB, Maybank dan CIMB untuk promosi-promosi yang menarik dengan diskaun-diskaun yang membolehkan anda berbelanja secara atas talian dengan lebih jimat.


Menggunakan Aplikasi Lazada

Tahukah anda bahawa membeli menggunakan aplikasi Lazada akan mendapat diskaun yang lebih tinggi berbanding menggunakan laman web? Kebanyakan kupon dan promosi yang dijalankan di Lazada hanya dapat digunakan untuk pembelian menggunakan aplikasi Lazada. Jika anda belum memasang aplikasi Lazada, anda boleh berbuat demikian dengan memuat turun dan memasang aplikasi di sini.

Apabila anda buka aplikasi Lazada, anda akan dapat lihat kod promosi yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun sehingga 15% atau sehingga maksimum RM20. Kod ini tidak dipaparkan pada laman web Lazada. 

Code KONGSI15 boleh digunakan untuk pembelian melalui aplikasi Lazada.
Oh ya, jika anda belum pernah memasang dan menggunakan aplikasi Lazada, anda akan diberikan diskaun serta merta sebanyak RM15 untuk pembelian pertama anda!

Muat turun dan guna aplikasi Lazada sekarang!


Penghantaran Percuma

Walaupun pada laman web Lazada menyatakan bahawa penghantaran adalah percuma, tetapi sebenarnya tidak semua penghantaran adalah percuma. Sebahagian penghantaran adalah percuma untuk semenanjung sahaja dan ada juga yang memerlukan sedikit bayaran untuk proses penghantaran. Bagi mengetahui sama ada penghantaran adalah percuma atau tidak, anda hanya perlu masukkan poskod alamat anda di laman web atau aplikasi Lazada.

Kos penghantaran biasanya bergantung kepada saiz dan harga barang yang anda beli. Barang besar seperti LCD TV  dan barangan dengan harga RM80 ke bawah berkemungkinan akan dikenakan kos penghantaran.

Jadi janganlah marah pihak Lazada jika tiba-tiba ada kos penghantaran untuk barang yang anda beli ;-) Mungkin kos penghantaran tersebut 'percuma' setelah anda masukkan kod baucer atau setelah ditolak diskaun.





Promosi Bermusim

Lazada juga biasanya ada membuat promosi jualan murah semasa musim perayaan dan juga hari-hari istimewa. Tetapi anda perlulah sentiasa memantau dan membuat perbandingan harga untuk memastikan bahawa harga selepas diskaun adalah betul betul murah dan bukannya 'nampak murah'. Cara paling mudah untuk membuat perbandingan harga adalah dengan melihat laman web e-commerce lain seperti 11 Street, Gemfive dan lain-lain untuk harga bagi barang yang anda ingin beli. 

Baca Review Barang 

Sebelum anda membuat apa-apa pembelian di Lazada ataupun mana-mana laman web jualan online, pastikan anda membaca review barang tersebut daripada pembeli yang telah membeli barang tersebut.

Sebagai contoh, semasa saya ingin membeli LED Hisense 40 inci saya dapati harga tv tersebut kerap berubah berdasarkan komen dan review yang ditulis oleh pembeli. Perubahan harga inilah yang membolehkan kita membuat perbandingan dan keputusan bila masa terbaik untuk membuat pembelian.

Setelah membuat pemerhatian, saya dapat membeli LED Hisense 40 inci dengan harga RM799 sahaja berbanding harga runcit biasa RM900+ dan harga kedai elektrik boleh mencecah RM1000.

Ok?

Inilah antara cara membeli dengan lebih jimat di Lazada. Saya telah banyak membeli keperluan harian saya di Lazada dengan harga yang lebih murah berbanding harga di kedai mahupun di laman jualan online lain.

Apa ynag lebih penting adalah, belilah barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu dan kehendak ;-)

Terima kasih kerana membaca Cara Membeli Lebih Jimat di Lazada Malaysia. Jika anda ada cara lain, bolehlah kongsikan diruangan komen :-)



Setiap orang yang berkemampuan disunatkan untuk membuat sembelihan korban setiap kali menjelang Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha. 

Pada kali ini mari kita sama-sama muhasabah diri berkaitan kemampuan kita untuk melaksanakan ibadah korban. Adakah kita sentiasa memberikan alasan tidak mampu untuk melaksanakan korban?

Bagi saya, hampir semua orang mampu untuk melaksanakan korban paling kurang satu bahagian setiap tahun. Manakan tidak, harga bagi satu bahagian lembu hanyalah lebih kurang RM500 dan ada yang lebih murah lagi. Jika kita melakukan ibadah korban yang dilaksanakan di luar negara seperti di Myanmar, harga bagi satu bahagian hanya lebih kurang RM350 sahaja. 

Jika difikirkan, RM350 bersamaan kita hanya perlu menyimpan satu hari satu ringgit dan dalam masa satu tahun, kita sudah mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban

Bagaimana cara efektif untuk menyimpan duit bertujuan untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun?


Berniat untuk melaksanakan ibadah korban

Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niat. Jika baik niatnya, makan baiklah amalannya, jika buruk niatnya, maka tiada maknalah amalannya. Berniat juga akan memberikan kita semangat untuk mencapai matlamat untuk melaksanakan ibadah korban. Niat adalah sama seperti satu matlamat yang kita ingin capai. Selain daripada itu, dengan berniat untuk melaksanakan ibadah korban, insyaAllah Allah akan membukakan pintu rezeki untuk kita agar mudah untuk kita melaksanakan ibadah korban.


Sediakan tabungan khas

Niat tanpa usaha pastinya tidak akan berhasil. Bagi memulakan kembara untuk mencapai matlamat melaksanakan ibadah korban, kita perlu sediakan tabugan khas untuk menyimpan duit bagi tujuan tersebut. Kita boleh sediakan tabung fizikal di rumah atau membuat satu akaun khas untuk tujuan ibadah korban


Masukkan dalam bajet tahunan

Cara paling mudah untuk mencapai matlamat untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun adalah dengan memasukkan ibadah korban sebagai salah satu daripada perbelanjaan wajib tahunan di dalam bajet tahunan kita. Jika sebelum ini anda hanya memasukkan bayaran cukai dan insuran kereta, inilah masanya untuk kita menambahkan satu lagi senarai bajet tahunan yang wajib kita bayar.


Buat potongan gaji

Jika anda jenis yang kurang berdisiplin untuk menabung, saya nasihatkan untuk membuat potongan secara automatik ke akaun khas bagi tujuan melaksanakan ibadah korban. Sebagai contoh, anda boleh buat potongan gaji setiap bulan ke tabung haji dan menjelang ibadah korban duit tersebut sebahagiannya boleh digunakan untuk melaksanakan ibadah korban.

Ajak rakan / adik beradik untuk sertai

Lagi ramai lagi meriah. Kita boleh mengajak rakan-rakan atau adik beradik untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban. Mengajak rakan - rakan dapat memberikan semangat untuk kita bersama-sama melaksanakan ibadah tersebut. 

Ok?

Itulah antara cara yang boleh kita lakukan untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Tujuannya bukanlah untuk kita menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menzahirkan rasa kesyukuran atas segala nikmat dan rezeki yang telah diberikan kepada kita sepanjang tahun. 

Terima kasih kerana membaca Cara Simpan Duit Untuk Korban Setiap Tahun. Kongsikan di laman sosial sekiranya bermanfaat.
malam lailatul qadar

Sangat pantas masa berlalu. Kini kita telah berada di bahagian ketiga dalam bulan Ramadhan iaitu 10 malam yang terakhir. Di sepertiga Ramadhan ini jugalah dijanjikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Lailatulqadar.

Malam Alqadar berlaku sepanjang malam bermula dari masuknya waktu Maghrib sehinggalah terbit fajar waktu Subuh. Barangsiapa yang beribadah di waktu tersebut, InsyaAllah akan diberikan ganjaran berganda bagaikan beribadat selama lebih kurang 83 tahun!

Walaupun secara fizikalnya kita mencari Malam Alqadar, tetapi niat dan hakikat beribadah hendaklah tetap kerana Allah sahaja bukan kerana Malam Alqadar. Dapat atau tidak pahala itu semua adalah ketentuan Allah. Sebagai manusia, kita hanya perlu berusaha untuk beribadah dengan sebaiknya :-)

Jika dalam perlawanan bola sepak, ianya ibarat 15 minit terakhir di mana semua pemain akan bermain sehabis-habisnya untuk mendapatkan kemenangan. Begitu jugalah dengan 10 malam terakhir. Kita sepatutnya memperbanyakkan lagi ibadah di 10 malam terkahir ini untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari seribu bulan itu.

Saya mengingatkan diri saya dan anda semua untuk terus memanfaatkan 10 malam terakhir. Ini adalah cara memanfaatkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. 



Solat tarawikh

Jika kita perhatikan, semakin hujung bulan Ramadhan, semakin kurang juga saf-saf terawikh. Sesiapa yang sentiasa bertarawikh setiap malam sepanjang 10 terakhir Ramadhan, InsyaAllah mereka akan dapat beribadat di Malam Alqadar. 

Berdoa di dalam sujud

Waktu sujud adalah antara masa yang mustajab untuk berdoa, jangan sesekali lupa untuk berdoa semasa dalam sujud semasa kita solat. Waktu bersujud adalah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah S.W.T

Baca Al Quran

Perbanyakkan membaca Al Quran sebelum masuk tidur dan juga di waktu sahur. Dengan memperbanyakkan membaca di waktu ini semasa 10 malam terakhir, InsyaAllah kita akan dapat membaca Al Quran di Malam Alqadar. 

Qiamullail

Berusaha untuk bangun malam dan solat tahajjud. Solat tahajjud juga masih boleh dilakukan di waktu sahur. Sebelum tidur hendaklah kita berniat untuk bangun awal sedikit sebelum sahur untuk diperuntukkan waktu bagi melaksanakan solat tahajjud.

Perbanyakkan Zikir dan berselawat

Sentiasa berzikir dan berselawat. Zikir dan selawat amatlah ringan dilidah tetapi amat berat dalam timbangan mizan Allah di akhirat kelak. InsyaAllah.

Perbanyakkan Istigfar

10 malam terakhir adalah waktu di mana kita diminta untuk memohon pelepasan daripada api neraka. Salah satu cara adalah dengan memperbanyakkan Istigfar sebagai tanda memohon keampunan segala kesalahan kita kepada Allah. 

Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat beribadah di Malam Alqadar. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus berusaha dan mendapat keampunan serta pelepasan dari api neraka.

Aminnn.. :-)
cara dan etika doa

Berdoa adalah cara terbaik untuk menghubungkan sifat kehambaan kepada Tuhan yang Maha Pencipta, Tuhan Sekalian Alam. Allah S.W.T amat sukakan hambanya yang banyak berdoa kepadaNya kerana doa adalah salah satu cara dalam beribadah kepadanya dengan penuh pengharapan.

Apa sahaja permintaan hendaklah diminta terus kepada Allah. Allah adalah 'kabel' terbesar bagi umat Islam yang menginginkan sesuatu. Mintalah kepada Allah nescaya Allah akan perkenankan. Tambahan lagi di bulan Ramadhan, pintu Rahmat dibuka seluas-luasnya untuk umat Islam beribadah dan berdoa kepada Allah.

Bagi saya, dalam banyak-banyak doa, ada 3 perkara yang perlu diminta oleh semua umat islam iaitu doa untuk mendapat Rahmat daripada Allah, doa mendapat keampunan daripada Allah dan doa minta terlepas daripada dimasukkan ke dalam api neraka. 

Di dalam kitab Al Azkar karya Imam Nawawi ada menyatakan bahawa, Imam Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin menyatakan bahawa etika berdoa ada sepuluh perkara:

  1. Memilih waktu yang penuh berkah seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, Hari Jumaat, seperempat malam, pada waktu sahur dan pada waktu-waktu mustajab lain.
  2. Berdoalah ketika berada dalam keadaan yang mulia seperti semasa di saat sujud, bertemu dengan tentera musuh, di saat turun hujan, dan selepas solat.
  3. Menghadap kiblat dan mengangkat kedua tangan dan setelah selesai berdoa diusapkan kedua tangan ke wajah.
  4. Mengucapkan doa dengan suara yang perlahan
  5. Tidak berlebih-lebihan dalam berdoa. Walaubagaimanapun, Imam Nawawi menyatakan tidak ada batasan dalam berdoa. Bahkan disunatkan untuk memperbanyakkan berdoa.
  6. Berdoa dalam keadaan tawadhuk, khusyuk dan cemas
  7. Bersungguh-sungguh dalam berdoa, yakin bahawa doanya akan dimakbulkan dan bersungguh-sungguh dalam pengharapan.
  8. Menghayati doa yang dibaca dan difahami. Mengulanginya 3 kali dan tidak tergesa-gesa agar doanya segera dimakbulkan.
  9. Mengawali doa dengan menyebut nama Allah. Imam Nawawi berkata; Setelah mengucapkan puji puji kepada Allah, dianjurkan untuk mengucapkan selawat kepada Rasulullah. Ketika mengakhiri doa juga dianjurkan untuk mengucapkan kalimat tersebut.
  10. Hal yang paling penting dan manjadi dasar bagi dikabulkan doa menurut Imam Ghazali adalah perbanyakkan bertaubat, mengembalikan harta kepada orang yang dizalimi dan mengharap pasrah kepada Allah.  






Sempena di bulan Ramadhan ini, marilah sama-sama memperbanyakkan doa, ibadah kepada Allah dan memperbaiki hubungan diri dengan Allah. Jika kita mahu tahu bagaimana diri kita di sisi Allah, maka lihatlah sejauh mana kecintaan kita kepada Allah.

Peringatkan untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat kepada anda semua juga. Salah silap harap ditegur dengan hikmah :-)

Apa itu bajet kewangan? Secara umumnya, apabila kita bercakap berkaitan bajet kewangan, ramai yang berpandangan bahawa bajet adalah sesuatu yang menyusahkan dan leceh. Sebelum ini, perkara pertama yang bermain dalam fikiran saya apabila memikirkan tentang bajet adalah dengan menjadi kedekut dan tidak menggunakan duit untuk berbelanja. Tetapi sebenarnya, maksud sebenar melaksanakan bajet kewangan bukanlah sepertimana yang saya fikirkan.

Bajet, jika kita lihat dari sudut persepsi pakar kewangan adalah merupakan salah satu kaedah bagaimana menggunakan duit yang ada pada kita dengan lebih bijak dan berhemah. Bajet juga akan membantu kita untuk memantau aliran tunai kita setiap bulan.

Bajet boleh dilakukan sama ada bajet tahunan dan bajet bulanan. Kedua-duanya penting kerana ada perbelanjaan yang hanya beberapa kali setahun dan dalam kebanyakan masa, perbelanjaan berkala inilah yang akan 'menyukarkan' aliran tunai seseorang kerana mereka kerap 'terlepas pandang' perbelanjaan-perbelanjaan tersebut.

Cara Terbaik untuk buat bajet kewangan adalah dengan:

1. Menyediakan & Menulis Bajet

Pada saya, bajet mestilah bertulis! Bajet tidak boleh hanya berada difikiran atau dicongak-congak. Anda juga ada pilihan untuk menggunakan aplikasi telefon pintar sebagai ganti untuk bajet bertulis, tetapi saya lebih memilih untuk membuat bajet secara bertulis kerana lebih 'nyata' dan lebih mudah dipantau. Semasa menulis bajet, anda beberapa perkara yang perlu anda senaraikan.

  • Perbelanjaan
  • Simpanan
Perbelanjaan merangkumi bil-bil, hutang dan perbelanjaan harian kita. Senaraikan setiap kategori secara terperinci dan letakkan nilai bayaran untuk setiap kategori. 

Simpanan hendaklah dilakukan secara konsisten sebelum lakukan perbelanjaan. Formula yang kerap digunakan adalah:

Gaji - Simpanan = Perbelanjaan

Sebaik-baiknya simpanan adalah 10% atau lebih dari gaji anda. Jika rasa sukar, simpanlah sedikit walaupun RM50 sebulan tetapi pastikan konsisten. Duit simpanan tersebut disimpan di dalam akaun yang tidak mudah untuk dikeluarkan. 

Ada pelbagai cara untuk melaksanakan bajet tetapi 2 cara yang suka saya gunakan dan saya memang amalkan adalah dengan menggunakan konsep sampul surat dan konsep satu akaun untuk setiap kategori utama.



2. Merekod & Memantau Bajet

Bagi membina satu bajet yang konsisten dan berkesan, kita perlulah sentiasa merekod setiap transaksi yang kita lakukan. Ini adalah penting untuk memastikan kita tahu ke mana perginya duit-duit kita. 

Cara paling mudah adalah dengan menyimpan resit pembelian setiap kali kita membeli sesuatu. Tidak kiralah dari perbelanjaan untuk sekecil kecil perkara sehingga perkara yang besar. 

Kita juga boleh merekod secara maya dengan menggunakan aplikasi android, perisian komputer ataupun dengan hanya menggunakan template bajet Excel. Apa yang penting adalah rekod yang dibuat dapat membantu kita mengesan perbelanjaan yang kita lakukan.


Contoh Template Bajet Yang boleh didapati di Vertex42.com

3. Mengemaskini & Mengolah Bajet  

Pada awal mengamalkan bajet, kita akan dapati ada beberapa perkara yang perlu kita olah untuk memberikan keseimbangan antara bajet yang kita buat dan juga kehidupan seharian kita.

Sebagai contoh, katakan pada permulaan membuat bajet kita hadkan penggunaan untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak adalah RM500 setiap bulan. Tetapi setelah kita laksanakan bajet dan merekod bajet, kita dapati perbelanjaan sekolah anak-anak sebenarnya RM600 sebulan dan ianya telah konsisten dengan nilai tersebut untuk beberapa bulan. 

Jadi kita ada pilihan untuk meningkatkan bajet bulanan bagi perbelanjaan persekolahan, dan mungkin juga kita perlu turunkan bajet di kategori perbelanjaan yang lain untuk menampung peningkatan tersebut. Atau kita perlu dapatkan pendapatan tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk menampung kos tersebut. 

Ok?

Itulah tiga langkah utama cara untuk buat bajet kewangan. Tidak dinafikan, menyediakan bajet itu lebih mudah berbanding melaksanakannya. 

Bagi mendapatkan maklumat serta ilmu tambahan berkaitan kewangan, saya cadangkan juga anda untuk memperbanyakkan membaca buku-buku kewangan. Contoh buku yang saya gemari adalah:

Rancang Wang Dari Sekarang 
















Urus Wang Semasa Gawat
















Cukupkah Wang Anda?
















dan buku kegemaran saya adalah..

Rich Dad Poor Dad















Anda mungkin ada pilihan tersendiri ;-)

Jika anda mempunyai masalah kewangan yang kronik, saya nasihatkan untuk anda mendapatkan nasihat dari pakar kewangan atau agensi penasihat kewangan seperti AKPK untuk mendapatkan nasihat terbaik dalam situasi anda.

Terima kasih kerana membaca Cara Paling Mudah Buat Bajet Kewangan. Sekiranya anda ada sebarang perkongsian, boleh dikongsikan di ruangan komen :-)
click tracking