Cara Buat Duit Dengan Lazada Malaysia


Cara Buat Duit Dengan Lazada Malaysia. Ramai yang kenal Lazada Malaysia sebagai tempat untuk berbelanja bukannya sebagai tempat untuk menjana pendapatan tambahan mahupun pendapatan sampingan. Tetapi sebenarnya, selain dari menjadi tempat membeli belah, kita juga boleh menjana pendapatan dengan Lazada Malaysia.

Pada kali ini saya akan kongsikan beberapa cara buat duit dengan menggunakan laman web Lazada Malaysia secara langsung ataupun bukan secara langsung.


Menjual barang di Lazada

Tahukah anda bahawa sesiapa sahaja boleh menjual barang di Lazada? Anda boleh mendaftar secara percuma dan mencuba untuk menjual di Lazada. Tetapi sekiranya anda dan berjaya membuat jualan, anda perlu tandatangani satu dokumen dengan Lazada dan sertakan sekali bank perniagaan anda dan juga SSM.

Kelebihan menjual di Lazada adalah pengguna dah tahu apa itu Lazada Malaysia dan jutaan pengguna akan lawati Lazada setiap hari. Jadi anda tak perlu bersusah payah mencari pelanggan. Tetapi setiap barang anda yang terjual anda perlu berikan Lazada beberapa peratus komisyen daripada harga barang anda. Anda boleh baca pengalaman saya cuba menjual di Lazada di sini.

Personal Shopper

Berdasarkan pemerhatian dan juga maklumbalas yang saya terima, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak tahu atau tidak berani untuk berbelanja secara online atas pelbagai alasan. Walaupun mereka tidak tahu membeli secara online, tetapi mereka tetap ingin membeli barang yang terpapar di laman web Lazada.

Di sinilah peranan Personal Shopper. Peranan Personal Shopper adalah untuk ambil order dari mereka yang nak membeli di Lazada dan belikan untuk mereka. Keuntungan diambil berdasarkan 2 cara.

Pertama keuntungan diambil secara terus berdasarkan upah yang dipersetujui untuk setiap kali perkhidmatan atau setiap barang. Kedua adalah keuntungan dikumpulkan menerusi laman web seperti Shopback.

Personal Shopper yang menggunakan Shopback tidak perlu mengenakan bayaran upah kepada penempah kerana secara automatik setiap pembelian online menggunakan Shopback kita akan dapat cashback / rebat tunai terus ke dalam akaun Shopback kita.

Katakan ada orang yang membuat tempahan nak beli TV LED berharga RM1200. Jika kita buat pembelian di Lazada melalui Shopback, anda perlu bayar RM1200 kepada Lazada, tetapi dalam masa sama cashback sebanyak 5-11% akan dikembalikan ke dalam akaun Shopback anda. Cashback itulah jumlah keuntungan anda untuk setiap pembelian. Bila dah cukup nilai minimum dan jangkamasa yang ditetapkan oleh Shopback, kita boleh pindahkan duit yang terkumpul ke dalam bank kita.

Nak tahu lebih jelas tentang apa itu Shopback dan bagaimana buat duit dengan Shopback, anda boleh baca pada link ini.

Sertai Affiliate Lazada

Affiliate bukanlah satu perkara yang asing untuk para blogger. Tetapi untuk kebanyakan orang awam, terma affiliate mungkin sedikit asing. Affiliate merujuk kepada keadaan di mana kita menjadi 'agen' kepada Lazada Malaysia atau mana-mana program affiliate yang ada.

Tugas orang yang menyertai program affiliate Lazada hanyalah untuk bawa orang lain ke laman web Lazada. Sekiranya ada yang membeli dengan rujukan kita, kita akan diberikan komisyen. Konsepnya nampak mudah tapi tidak semudah yang difikirkan.

Saya ada terangkan dengan lebih terperinci berkenaan cara untuk daftar menjadi affiliate Lazada dalam artikel sebelum ini.- Cara Sertai Program Affiliate Lazada Malaysia.

Anda juga boleh sertai program affiliate Lazada Malaysia melalui laman web Involveasia. Pendaftaran juga percuma. Involveasia juga memberikan pilihan kita untuk menyertai banyak lagi program affiliate lain.




Jual Topup Prepaid

Sepertimana anda menjadi personal shopper, anda boleh menggunakan Shopback untuk menjalankan perniagaan menjual topup. Anda hanya perlukan smartphone, dan juga aplikasi Shopback.

Apabila ada orang nak beli topup, anda hanya perlu buka aplikasi Shopback dan pilih Lazada. Beli topup yang dikehendaki dan masukkan nombor telefon pelanggan anda. Topup akan terus dimasukkan ke dalam nombor telefon tersebut.

Konsepnya juga sama jika anda nak membeli topup dengan harga yang lebih murah.

Itulah 4 cara kita boleh buat duit dengan Lazada Malaysia. Kita perlu mengambil peluang ini dengan menjadikan Lazada sebagai salah satu platform untuk kita buat duit atau menambahkan pendapatan. Saya tidak menjanjikan anda akan menjadi kaya raya dengan cara ini, tetapi yang pasti ianya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan untuk kita semua.

2 ulasan:

  1. bagus tuan ni byk pengalaman internet. byk info yg sy belajar dr page tuan. mcmana nak follow di facebook ye ?

    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cik murni. Cik boleh follow sy di fb.com/wikicara.org

      Atau boleh terus subscribe by emel. :-)

      Padam

Back To Top