Ads Top

Cara Menjual Barang di Lazada Malaysia

>

Cara Menjual Barang di Lazada Malaysia. Jika anda perhatikan, barang-barang yang dijual di Lazada bukan hanya dibekalkan oleh Lazada, tetapi ada juga pihak ke tiga yang menjual di Lazada. Ini menunjukkan bahawa 'orang luar' juga boleh mengambil peluang untuk berniaga bersama Lazada.

Sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk menjual di Ebay dan pada kali ini saya akan kongsikan cara untuk menjual barang di Lazada Malaysia.



Kenapa nak menjual barang di Lazada?

Anda beberapa sebab kenapa kita perlu mengambil peluang untuk menjual barang di Lazada.

  1. Trafik yang sedia ada. Terdapat jutaan pembeli setiap hari di Lazada. Anda dah tidak perlu bersusah payah mencari pelangga tetapi sebaliknya pelanggan yang akan mencari anda.
  2. Branding Ecommerce yang dikenali. Lazada Malaysia kini telah mencecah umur 5 tahun. 
  3. Tidak perlu buat web ecommerce sendiri. Jika nak buat ecommerce sendiri pastikan akan memakan masa dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

Bagaimana nak buat akaun jual barang di Lazada Malaysia?

Terdapat beberapa dokumen yang perlu anda sediakan untuk menjual di Lazada. Pertama sekali adalah pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan juga salinan kad pengenalan. Pihak Lazada juga mungkin memerlukan anda untuk menyertakan bank statement dan juga cop syarikat / perniagaan anda.

Itu sekiranya anda nak betul-betul serius menjual di Lazada Malaysia.

Sekiranya anda nak cuma nak cuba-cuba menjual di Lazada, anda boleh membuat akaun penjual tanpa dokumen-dokumen tersebut. Dan sekiranya terdapat jualan barulah anda perlu berikan dokumen-dokumen tersebut untuk membolehkan anda dapat duit hasil jualan anda di Lazada.

[Daftar Sebagai Penjual di Lazada Malaysia Di Sini]

Berapa komisen yang perlu anda beri kepada Lazada?

Oleh kerana anda 'menumpang' menggunakan platform Lazada untuk menjual, anda perlu bayar kepada Lazada komisyen setiap kali ada tempahan untuk barang yang anda jual. Komisyen adalah dalam lingkungan 1-10 peratus daripada hasil jualan anda bergantung kepada jenis barang yang anda jual. Senarai penuh komisyen yang anda perlu bayar mengikut kategori, anda boleh lihat di sini.

Sebagai contoh anda menjual aksesori telefon pintar dengan harga RM20, komisen yang akan diberikan kepada Lazada adalah sebanyak RM2 (tidak termasuk GST, tambah GST jadi RM2.12).

Percubaan saya menjual di Lazada Malaysia.

Baru-baru ini saya ada membuat akaun percubaan menjadi penjual di Lazada Malaysia. Selepas mendaftar sebagai penjual di Lazada, sebaik-baiknya kita perlu tonton semua video yang ada dalam Lazada University untuk membantu anda tentang selok belok menjual di Lazada.

Saya kemudiannya masukkan produk yang saya nak jual di dalam akaun seller saya. Saya kongsikan sedikit video rupa dashboard untuk anda yang nak tengok bagaimana nak jual barang di Lazada Malaysia.


Setelah masukkan maklumat barang yang nak dijual, pihak Lazada akan saring dalam masa 24-48 jam sebelum barang tersebut 'live' di Lazada.

Hasilnya, selepas 2 hari barang saya live di Lazada, saya mendapat order yang pertama. Dan selepas itu tempahan semakin menaik hari sehingga hari ke 3. Oh ya, itu hanya dari 2 produk sahaja yang saya jual di Lazada. Pada hari ke 5 saya OFF dulu produk saya kerana stok dah kurang dan mungkin saya perlu daftar SSM sekarang hehe 😋




Ok.

Apa yang saya kongsikan ini hanyalah asas untuk menjual di Lazada Malaysia. Banyak lagi perkara yang anda perlu belajar jika anda serius nak menjual di Lazada. Antaranya adalah berkaitan penghantaran, pembungkusan dan lain-lain. Ini semua anda boleh belajar dari Lazada University.


Berbaloi ke menjual di Lazada Malaysia?

Pada saya ianya bergantung kepada jenis barang yang anda jual. Anda perlu membuat pengiraan teliti tentang kos serta komisyen yang perlu anda bayar kepada Lazada Malaysia. Jika tidak anda mungkin akan mempunyai pelanggan yang ramai tetapi tidak mempunyai keuntungan ataupun rugi. Jika anda nak menjual di Lazada, anda boleh membeli secara borong di Taobao ataupun Ezbuy Malaysia. Atau anda mungkin boleh buat secara dropship.

Itulah serba sedikit pengalaman saya menjual di Lazada. Seperti yang saya katakan sebelum ini, banyak lagi aspek yang perlu anda pelajari sekiranya anda nak serius menjual di Lazada Malaysia.

Oh ya, 

Sempena Ulangtahun ke 5 Lazada Malaysia, ada jualan besar-besaran daripada Lazada dari 22-24 Mac 2017. Jika anda nak membeli barang, inilah masa yang paling sesuai untuk membeli dari Lazada Malaysia. Diskaun sehingga 95%. Anda juga boleh gunakan baucer ini BDAY30  untuk mendapatkan diskaun RM30 untuk pembelian melalui Lazada Mobile App.


Terima kasih kerana membaca percubaan saya menjual barang di Lazada Malaysia. Jika anda merupakan penjual di Lazada atau mempunyai pengalaman menjual di Lazada, boleh kongsikan diruangan komen ye 😊 Jangan lupa untuk follow dan subscribe Youtube Channel saya ye 😉

Terima kasih kerana membaca Cara Menjual Barang di Lazada Malaysia. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

2 ulasan:

  1. Saya pun ada perancangan nak jadi seller di Lazada. Nak tambah channel. Asyik jadi affiliate je :D

    BalasPadam
  2. Dialu-alukan tuan hehe..tapi kene ikut prosedur lazada la..sebab silap2 nanti lazada xnak bayar kat kite pulak :-)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.