Soal Jawab Wikicara #6 : Nak Jadi Agen Jual Topup PayHere?


Soalan seterusnya saya terima daripada Encik Shah yang bertanyakan tentang keuntungan dari penjualan Topup menggunakan Payhere. Saya hampir pasti beliau dah baca artikel saya berkenaan cara jadi agen topup.

Pada yang belum baca, boleh baca artikel tersebut pada link di atas terlebih dahulu.

Berkenaan keuntungan jual topup menggunakan Payhere, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu.

Pertama..

'Keuntungan' diberikan dalam bentuk komisyen. Perkara pertama adalah anda perlu isi akaun Payhere anda dengan duit. Selepas itu barulah jualan boleh dilakukan. Kerana ianya bukan bersifat 'bayar bile nak beli'.

Begini, setiap jenis topup yang anda jual memberikan komisyen yang berbeza. Contohnya, katakan untuk jualan topup Celcom anda dapat komisyen 3%. Ini bermakna apabila anda menjual kepada seseorang topup Celcom RM10, anda akan dapat RM0.30 semula ke dalam akaun Payhere anda. Ini juga bermakna anda sebenarnya hanya perlu bayar kepada Payhere  RM9.70.

Oh ye, anda tak boleh keluarkan duit anda yang ada di dalam akaun Payhere.

Jadi mana keuntungannya?

Keuntungannya anda akan dapat TUNAI daripada orang yang beli topup dengan anda. Anda beli topup Celcom RM9.70 daripada Payhere, pembeli beli dengan harga RM10. Bermakna, bagi situasi di atas, anda akan dapat untung RM0.30 dalam tangan. 

Begitulah seterusnya..Lagi banyak anda jual topup, lebih banyak keuntungan yang anda dapat. 




Anda juga ada cara yang lebih mudah untuk menjual topup (direct topup) iaitu dengan menggunakan Shopback.

Saya ada ceritakan dalam artikel cara beli topup murah. Dengan menggunakan Shopback, anda akan dapat cashback ke dalam akaun Shopback anda setiap kali anda membeli barang secara online, dalam situasi ini topup. Bila dah cukup RM10 dalam akaun Shopback, anda boleh cashoutkan ke dalam akauan bank anda.

Saya harap jawapan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada En Shah dan semua yang mempunyai persoalan yang sama. Sekiranya ada lagi sebarang persoalan, boleh terus tanyakan lagi diruangan komen ye 😀

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top