Ads Top

Cara Memohon Persaraan Pilihan Skim Pencen


Cara Memohon Persaraan Pilihan Skim Pencen. Bagi setiap penjawat awam, mereka akan diberi pilihan untuk memilih skim KWSP ataupun skim pencen apabila mereka sudah mengesahkan jawatan mereka dalam kerajaan. Setiap orang boleh membuat pilihan berdasarkan pelbagai faktor seperti perancangan masa hadapan dan juga matlamat pekerjaan seseorang.

Ramai yang memilih untuk skim pencen kerana ia lebih bersifat pendapatan berpanjangan walaupun selepas bersara dan juga terdapat faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada pesara sekeluarga.

Berbanding skim KWSP yang bersifat one-off apabila seseorang itu berhenti atau bersara dari perkhidmatan awam.

Jika anda tidak bercadang untuk bekerja dalam kerajaan untuk jangka masa yang lama, adalah lebih baik untuk anda memilih skim KWSP kerana anda tidak terikat dengan mana-mana syarat dan boleh keluar dari jabatan kerajaan pada bila-bila masa.

Lain pula ceritanya jika anda telah memilih skim berpencen. Sekiranya anda terpaksa atau telah berubah pandangan untuk matlamat jangka masa panjang anda, anda masih boleh keluar dari kerajaan tetapi dalam 2 keadaan.

Jika anda berhenti dari perkhidmatan awam kurang dari 10 tahun perkhidmatan, anda TIDAK LAYAK mendapat apa-apa ganjaran dan pencen daripada pihak kerajaan. Jika ada penjawat awam yang ingin keluar dari perkhidmatan awam, dinasihatkan untuk membuat persaraan pilihan.

Persaraan pilihan boleh dilakukan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.




Syarat-syarat bersara pilihan mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :

Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh kuatkuasa persaraan pilihan;
  2. Berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan
  3. Mendapat sokongan Ketua Jabatan


Bagaimana Cara Memohon Persaraaan Pilihan?

  1. Hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
  2. Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan
  3. Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003)


Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?


Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

Formula perkiraan

1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)

Ganjaran perkhidmatan (gratuity)

Formula perkiraan

7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir

Bagi yang memilih untuk mengambil persaraan pilihan, anda layak untuk mendapat pencen bulanan mengikut syarat-syarat di bawah.

Bila Pencen bulanan bila akan dibayar?

Bergantung kepada tarikh lantikan anda. Sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, maka pencen bulanan akan mula dibayar:

a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan

b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).

Sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.

Bagi yang memilih skim KWSP, anda perlu tahu bahawa tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP.

Anda dikira meletakkan jawatan dan anda HANYA layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga.

Sumber asal: Bahagian Pasca Perkhidmatan

Terima kasih kerana membaca Cara Memohon Persaraan Pilihan Skim Pencen. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

1 ulasan:

  1. nampaknya saya dah berasa makan gaji bro..

    sekarang makan komisyen la pulak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.