Ads Top

Cara Mendapatkan Rebat Tunai Semasa Shopping Online


Cara Mendapatkan Rebat Semasa Shopping Online. Online Shopping kini bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kini hampir semua orang pernah membeli secara atas talian tidak kiralah melalui Facebook, Instagram atau laman-laman web e-dagang seperti Lazada, Ebay dan lain-lain lagi. Salah satu sebab kenapa orang suka membeli secara online adalah kerana harganya yang lebih murah dan juga lebih mudah untuk membandingkan harga.

Jika dahulu kita perlu berjalan dari satu kedai ke satu kedai yang lain untuk membandingkan harga, kini dengan hanya beberapa klik sahaja kita sudah boleh membuat perbandingan harga antara beberapa buah kedai.

Nak tak jika saya berikan satu lagi cara untuk lebih jimat ketika kita membeli secara atas talian? Tidak kira anda membeli barang elektrik di Lazada atau membeli buku di Bookcafe, anda akan dapat jimat sehingga 30 peratus setiap masa tanpa menunggu sebarang waktu promosi atau jualan akhir tahun.



Jika anda suka membeli belah secara online, saya pasti anda sukakan laman web Shopback. Shopback membolehkan anda berjimat secara automatik tanpa perlukan kod baucer ataupun kupon. Selain itu Shopback juga boleh digunakan bersama-sama kod baucer atau kupon (sekiranya anda ada kupon atau kod baucer).

Memperkenalkan Shopback


Menggunakan ShopBack adalah cara yang lebih bijak untuk membeli-belah dalam talian. Shopback menawarkan sehingga 30% rebat tunai ke atas semua pembelian dalam talian anda, selain itu Shopback juga memberikan anda akses kepada kod-kod promosi, tawaran kupon terkini dan tawaran lebih 500 kedai-kedai online. 

Sedikit sejarah berkaitan Shopback. Ia telah ditubuhkan pada 2014 dan telah berkembang pesat untuk menjadi laman yang memberikan "cashback" di negara-negara Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan Filipina. ShopBack juga telah dipaparkan dalam pelbagai persidangan akhbar oleh Tech di Asia, Yahoo, Channel News Asia, Business Times, The Star, The Philippine Star, Detik, Kompas dan banyak lagi.

Antara kedai penjualan online yang boleh anda dapatkan cashback atau rebat adalah Lazada, Zalora, ASOS, Amazon, eBay, Groupon, AliExpress, Taobao, Ensogo, Flipkart, Snapdeal, Paytm, Samsung, Agoda, Booking.com, Expedia, MakeMyTrip, AirAsia, Emirates, Qatar Airways, Singapore Airlines, RedMart dan Foodpanda dan banyak lagi! Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini. Anda boleh lihat sendiri senarai shopping online yang boleh anda dapatkan rebat tunai di Shopback.

Saya sebagai pengguna yang kerap membeli secara online yakin hampir semua laman web pembelian yang popular di Malaysia ini ada tersenari. Setakat ini yang saya kerap gunakan adalah pembelian dari Lazada dan Aliexpress.

Anda boleh lihat lanjut video cara membeli di Lazada dan juga cara membeli di Aliexpress di sini- Youtube Channel


Bagaimana untuk dapatkan Rebat (Cashback)? 

  • Daftar untuk akaun ShopBack percuma anda. 
  • Semak senarai pusat membeli belah yang ada disenaraikan. Kemudian tekan pada pada laman web yang anda nak beli. 
  • Anda kemudian akan dibawa ke laman web membeli-belah pilihan andan dan anda boleh buat membuat pembelian seperti biasa. 
  • Selepas 48 jam, rebat tunai anda akan secara automatik dalam akaun Shopback anda.  
  • Anda boleh meminta untuk pembayaran kepada bank anda atau akaun Paypal selepas anda mendapat jumlah rebat tunai boleh tebus yang minimum! 
Saya berikan contoh mudah. Katakan anda ingin membeli Smartphone di Lazada. Anda hanya perlu buka laman web Shopback dan login pada akaun anda, kemudian tekan pada ikon Lazada dan anda akan di bawa ke laman web Lazada. Seterusnya anda hanya perlu berbelanja seperti biasa. 

Apa yang berlaku disebalik semasa anda berbelanja, anda akan dapat 12% (anggaran) rebat pada barang yang anda beli. Jika anda membeli Smartphone berharga RM1000, sebanyak RM120 akan dimasukkan semula ke akaun Shopback anda dalam masa 48 jam selepas pembelian dibuat. Ini juga bermakna harga telefon pintar yang anda beli sebenarnya hanyalah RM880!

Ciri-ciri lain Shopback:


  • Mendapat akses kepada kod kupon, baucar dan promo selama lebih 500 peniaga.
  • Pilih daripada senarai yang sentiasa dikemaskini kod kupon dan diskaun.
  • Dimaklumkan tawaran trending dan tawaran ShopBack.
  • Lihat laman wen shopping yang paling popular di ShopBack. 
  • Cari kedai-kedai yang menawarkan rebat tertinggi. 


Jika anda pengguna Google Chrome, anda boleh memasang Shopback Chrome Extension. Ini akan lebih memudahkan anda mendapat rebat tanpa anda melalui laman web Shopback. Shopback Chrome Extension secara automatik akan mengesan sama ada laman web pembelian yang anda lawati tersenrai dalam laman web yang boleh mendapat rebat atau tidak. Sila lihat video di bawah ini untuk penerangan lebih lanjut berkenaan Shopback Chrome Extension. Ini akan lebih menjimatkan masa dan juga mengelakkan anda terlepas dari sebarang rebat tunai!

Jadi, sekiranya anda sememangnya pengguna tegar shopping secara online di Lazada, Zalora atau mana-mana laman web, saya cadangkan anda untuk mendaftar secara percuma di Shopback.

Terima kasih kerana membaca cara mendapatkan rebat tunai semasa shopping online. Saya dah gunakan Shopback, anda bila lagi? 👍





Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Rebat Tunai Semasa Shopping Online. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

5 ulasan:

  1. Yang ni memang proven jimat.kawan saya dah lama dah guna shopback. kalau tiket bas, redbus.com. Saya jimat 20% last time masa beli tiket bas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah banyak juga jimat sampai 20%. Saya banyak beli barang-barang kat lazada je guna Shopback ni hehe

      Padam
    2. Tula. Shopback ni amat berguna buat online shopper

      Padam
  2. mcm mnarik je.. kna try usha la jap lg.. hehe.. :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbaloi..lepas ni mesti kene guna if beli secara online :-)

      Padam

Dikuasakan oleh Blogger.