WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Post Artikel Pada Blog Secara Automatik


Bagi yang baru mula berblog, pastinya idea untuk menulis artikel sedang melimpah ruah. Ada kalanya seorang blogger baru dapat menulis dan menerbitkan artikel sehingga 10 artikel dalam sehari! Tidak salah untuk anda menulis dan menerbitkan artikel banyak dalam sehari, tetapi apa yang lebih baik bagi saya adalah konsistensi dalam berblog. 

Alangkah indahnya bagi seorang blogger sekiranya artikel di dalam blog dapat di terbitkan secara automatik. Paling kurang ianya amat membantu saya dalam membuat jadual untuk blog saya. 

Ok.

Sebelum anda semua salah faham, baik saya terangkan definasi 'automatik' secara lebih jelas lagi. Automatik yang saya maksudkan adalah dalam menerbitkan artikel sahaja. Ini bermakna anda masih perlu tulis artikel, tetapi setiap artikel akan di terbitkan secara automatik mengikut masa yang telah anda tetapkan. 

Sebagai contoh, hari ini saya menulis 3 artikel, saya ada pilihan untuk post ketiga-tiga artikel tersebut hari ini atau saya boleh jadualkan 1 artikel hari ini, 1 artikel esok dan 1 artikel lusa. 


Kenapa nak terbitkan artikel secara berkala?

Saya pasti semua blogger ada masanya mempunyai 1001 idea untuk ditulis dan ada kalanya langsung tidak mempunyai topik untuk ditulis. Inilah yang dipanggil 'blogger block' atau 'blogger burnout'.

Blogger block adalah keadaan di mana blogger tidak dapat menulis artikel kerana tiada idea untuk menulis. Keadaan ini boleh berlaku tidak kira sama ada anda baru berblog atau telah lama berblog.

Blogger burnout terjadi apabila anda telah menulis banyak artikel dalam blog anda dan secara tiba-tiba anda tiada idea untuk menulis. Ia akan lebih mudah terjadi jika blog anda kurang mendapat trafik. Blogger burnout bagi saya juga adalah keadaan di mana seseorang itu telah berputus asa untuk menjadi seorang blogger.



Ok. Seterusnya..

Dengan menerbitkan artikel berkala secara automatik, kita dapat mengurangkan berlakunya 'blogger burnout' kerana dikala kita kebuntuan idea, kita masih ada backup artikel yang akan diterbitkan (yang telah ditulis sebelum itu).

Kita juga akan rasa kurang tertekan untuk menulis artikel setiap hari.

Bagi part time blogger seperti saya, kaedah ini adalah yang paling saya sukai kerana ada kalanya saya terlalu sibuk untuk update blog saya, jadi saya akan menyediakan beberapa artikel dalam satu hari dan setkan penerbitan artikel secara automatik mengikut hari yang saya tetapkan. Jadi, blog saya akan sentiasa kelihatan up to date walaupun sebenarnya saya sudah beberapa hari tidak menulis.

Dan dengan teknik ini jugalah saya dapat memperolehi akaun penuh Google Adsense saya. Saya setkan setiap hari satu post untuk diterbitkan dan akhirnya diterima oleh Google Adsense.

Bagaimana cara untuk post artikel secara automatik?

Sama ada anda sedar atau tidak, sebenarnya Blogger sudah menyediakan feature untuk anda post artikel secara automatik pada dashboard composer (pada Post Settings)

Anda hanya perlu setkan tarikh dan masa yang anda ingin artikel anda diterbit, dan kemudian tekan Publish ;-)





Faham?

Teknik ringkas ini dapat membantu anda untuk berblog secara konsisten dan mengelakkan anda daripada berputus asa daripada berblog. 

Bagi yang masih belum menggunakan kaedah ini, saya nasihatkan untuk anda mulakan  dari sekarang kerana saya pasti ianya akan dapat meringankan beban anda sebagai seorang blogger ;-)

Akhir sekali saya ucapkan selamat mencuba ;-) Jika masih kurang faham, boleh tengok video ringkas yang saya sediakan ini :-)




Terima kasih kerana membaca Cara Post Artikel Pada Blog Secara Automatik. Adakah anda sudah menggunakan teknik ini? Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.
click tracking