WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Jimat Bateri Smartphone Android


Hampir semua pengguna telefon pintar mempunyai masalah yang sama iaitu bateri telefon pintar cepat habis. Setakat ini, telefon pintar yang mempunyai paling tinggi kapasiti baterinya adalah iPhone 6 Plus dan Moto Droid Turbo.  Walaubagaimanapun, saya percaya, lebih tinggi kapasiti bateri pada telefon pintar, lagi banyak juga penggunaan bateri pada telefon pintar tersebut.

Untuk penggunaan biasa, bateri telefon pintar boleh bertahan lebih kurang satu hari. Ketahanan bateri juga bergantung kepada cara penggunaan dan aplikasi yang digunakan pada telefon pintar tersebut.

Ok.

Pada kali ini, saya akan kongsikan 10 cara yang dapat membantu anda meningkatkan jangka hayat bateri telefon pintar anda. Cara yang dikongsikan adalah bersifat umum dan boleh dipraktikkan pada mana-mana telefon pintar. Tetapi dalam contoh pada artikel ini, saya akan tunjukkan bagi pengguna telefon pintar android kerana saya merupakan pengguna android pada Redmi Note 4G.

Suka saya ingatkan bahawa penggunaan custom ROM, rooting, dan perbezaan versi Android sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil yang anda akan dapat.

Tetapi saya percaya, dengan menggunakan tips yang akan dikongsikan ini, jangka hayat bateri telefon pintar anda akan dapat ditingkatkan sebanyak 20% - 30%.


1. Kecerahan Skrin

Lebih terang, lebih penggunaan bateri. Ini adalah tips paling mudah untuk diamalkan. Kecerahan skrin telefon pintar adalah salah satu penyumbang terbesar penggunaan bateri dalam mana-mana telefon pintar. Kebanyakan telefon pintar sekarang mempunyai mode automatik bagi kecerahan skrin, gunakan mod ini adalah bagus untuk ketahanan bateri anda. Tetapi saya lebih suka untuk mencadangkan tidak menggunakan mod auto sebaliknya menetapkan kecerahan pada 50% pada waktu siang atau tempat yang terang dan 0% pada waktu malam atau ditempat gelap.


2. Waktu Tidur (Sleep Time)

Waktu tidur yang saya maksudkan adalah waktu di mana skrin anda terpadam apabila tidak digunakan. Seelok-eloknya setiap kali selepas anda gunakan telefon pintar anda, terus tekan butang lock dan skrin akan terpadam serta merta. Dan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran, setkan skrin terpadam secara automatik. Kebanyakan skrin telefon pintar boleh disetkan untuk terpadam seawal 15 saat selepas tidak digunakan dan sehingga 10 minit selepas tidak digunakan. Cadangan saya, tetapkan antara 15 saat hingga 1 minit sahaja.


3. Data Internet, WiFi dan Hotspot

Mengikut pengalaman saya, 3 perkara ini agak banyak menggunakan bateri telefon saya. Penggunaan data dan hotspot (penyebar) serentak akan menyebabkan bateri telefon pintar anda dapat bertahan hanya setengah hari! Cadangan saya, jika anda tidak gunakan data, WiFi atau hotspot, pastikan anda matikan feature ini. Ramai yang hanya membiarkan wifi hidup walaupun tidak bersambung dengan internet. Cadangan saya, matikan semua WiFi, data dan hotspot semasa anda tidur. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan bateri tetapi menjimatkan penggunaan data anda.

4. Aplikasi Latar (Background)

Saya yakin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat aplikasi yang sedang berjalan secara backgroung pada telefon mereka. Tujuan asal aplikasi ini berjalan secara background adalah untuk mempercepatkan masa loading dan juga untuk multitasking. Tetapi keburukannya adalah ianya memakan banyak bateri anda.

Banyak aplikasi yang apabila kita tekan butang back, kita akan keluar dari aplikasi tersebut tetapi tidak bermakna aplikasi tersebut telah tertutup!

Untuk mengetahui aplikasi apa yang masih berjalan, anda boleh pergi ke Setting - Battery Use. Disitu akan disenaraikan semua aplikasi yang masih berjalan pada telefon pintar anda. Matikan semua aplikasi yang berjalan di latar yang sudah tidak digunakan. 

Anda juga boleh menggunakan aplikasi cleaner untuk menutup semua aplikasi latar sekali gus.

5. GPS, NFC dan Bluetooth

Sepertimana fungsi WiFi, fungsi GPS, NFC dan Bluetooth, fungsi GPS, NFC dan Bluetooth juga perlu dipastikan sentiasa Off kecuali anda sedang menggunakannya. Jika tidak bateri anda akan cepat habis disebabkan oleh aplikasi-aplikasi ini.

Lihat Notification Bar anda, jika terdapat ikon-ikon yang 'tidak dikenali', mungkin itu adalah ikon bagi aplikasi-aplikasi ini. Matikan aplikasi-aplikasi tersebut. Anda akan dapat lebih penjimatan bateri dan masa penggunaan bagi smartphone anda.

6. Battery saver mode

Bukan semua smartphone mempunyai mode battery saver. Tetapi ramai juga yang mempunyai smartphone yang mempunyai mode tersebut tetapi tidak digunakan. Malah anda mungkin tidak mengetahui bahawa smartphone anda mempunyai mod tersebut!

Mod penjimatan bateri biasanya mempunyai beberapa tetapan seperti Performance Mode, Battery Saver Mode atau Custom Mode. Dengan Custom Mode, anda boleh membuat tetapan yang anda sukai sendri dengan mod tersebut. Performance Mode membolehkan smartphone anda mempamerkan kapasiti penuh kebolehan smartphone anda, tetapi dengan bayaran "bateri lebih cepat habis". Battery Saver Mode adalah lebih sederhana dari segi persembahan dan dalam masa sama lebih jimatkan bateri.


7. Games

Satu lagi sebab yang menyebabkan bateri cepat habis adalah kekerapan bermain game di telefon pintar. Kecanggihan telefon pintar sekarang membolehkan kita untuk bermain permainan 3D sepertimana bermain di PC atau Notebook. Tetapi keseronokan itu mungkin akan berkurangan kerana ianya akan menyebabkan anda perlu kerap mengecas telefon anda. Lagi canggih game yang anda main, lagi banyak penggunaan bateri untuk permainan tersebut. Saya cadangkan, kurangkan bermain game jika anda ingin jangka hayat bateri yang lebih lama.

8. Animasi

Animasi pada telefon pintar anda seperti screen saver, wallpaper dengan animasi  sebenarnya memakan banyak bateri anda. Saya cadangkan untuk anda matikan screen saver dan gunakan wallpaper static sahaja.

9. Wallpaper

Gunakan wallpaper yang tidak terlalu terang. Lagi terang wallpaper anda, lagi banyak cahaya yang dikeluarkan dan meningkatkan kecerahan seterusnya meningkatkan penggunaan bateri telefon pintar anda. 


10. Cas Bateri

Sentiasa mengecas bateri dengan cara yang betul. Jangan terlalu lama dan dengan voltage yang betul. Sebaik-baiknya cas dengan menggunakan pengecas yang dibekalkan bersama telefon pintar anda dan pastikan anda matikan plug setelah bateri penuh. Elakkan mengecas diwaktu malam sebelum tidur kerana kebarangkalian untuk telefon pintar anda tercas terlalu lama adalah tinggi. Cas terlalu lama jika diamalkan selalu akan menyebabkan bateri anda cepat rosak dan mengurangkan performance bateri tersebut.

Jika memang semua perkara ini tidak dapat membantu anda, mungkin sudah tiba masanya anda membeli satu Powerbank untuk kegunaan harian anda. Tetapi dari pengalaman saya, cara jimat bateri smartphone yang dikongsikan ini sebenarnya cukup untuk smartphone kita survive seharian sebelum dicas semula.

Ok. Terima kasih kerana membaca Cara Jimat Bateri Smartphone Android. Anda ada cara lain untuk jimat bateri smartphone? Kongsikan diruangan komen :-) 
click tracking