Cara Mendapatkan Akaun Penuh Google Adsense

Cara Mendapatkan Akaun Penuh Google Adsense

Cara membuat akaun Google Adsense adalah mudah dan percuma. Kita hanya perlu login di Google Adsense dengan menggunakan akaun Gmail kita. Apa yang susah adalah untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense. Dengan mendapatkan akaun penuh Google Adsense barulah kita akan dibenarkan untuk menyiarkan iklan dalam blog atau laman sesawang kita. Sebelum ini, akaun penuh Google Adsense hanya dapat dibuat dengan blog dalam bahasa inggeris, tetapi sejak April 2015, pihak Google telah memasukkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang boleh menyertai akaun penuh Google Adsense. 

Saya adalah antara blogger yang betul-betul baru dalam dunia blogging. Sehingga artikel ini ditulis, umur blog ini dibina kurang daripada 6 bulan. Saya perhatikan, tidak ramai yang memberikan cara membuat akaun penuh Google Adsense kerana permohonan akaun penuh Google Adsense agak sukar dan sebenarnya tiada formula rahsia untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense dengan mudah. 

Alhamdulillah, beberapa hari lepas, selepas permohonan kali ke 6, Google telah memberikan blog ini akaun penuh Google Adsense. Pada saya itu merupakan kejayaan pertama yang amat bermakna bagi blog ini kerana untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense bukanlah sesuatu yang mudah.

Jadi pada kali ini, saya sekadar ingin berkongsi perjalanan blog ini dari mula dan sehingga berjaya mendapatkan akaun penuh Google Adsense. 

Tulis dan terus tulis

Sejak blog ini bermula lebih kurang dalam bulan Jun 2015, pelbagai perkongsian cara melakukan sesuatu telah ditulis. Setakat hari ini sudah ada hampir 100 buah artikel dalam blog ini dan semuanya adalah unik. Dengan erti kata lain semua artikel tersebut saya tulis sendiri. Ini adalah penting untuk mendapatkan perhatian Google sebelum mereka memberikan akaun penuh Google Adsense. 

Kekerapan menulis

Sejak 3 bulan lepas, selepas membaca beberapa ebook antaranya Rahsia Trafik dari Majalah Niaga dan Kitab SEO Merah Jambu, saya mengambil keputusan untuk menulis dan menerbitkan artikel hampir setiap hari. Kekerapan menulis juga adalah salah satu kriteria untuk Google memandang blog kita sebagai sesuatu yang berguna kepada orang ramai. Lebih bermanfaat blog kita, lebih mudah untuk akaun penuh Google Adsense kita diluluskan.

Hantar dan terus hantar

Saya mula menghantar permohonanan untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense sejak blog ini berusia 3 bulan lagi. Menurut pembacaan saya dari mereka yang sudah berkecimpung dalam bidang adsense, salah satu perkara yang akan diambil kira dalam meluluskan akaun penuh Google Adsense adalah umur blog tersebut. Ada yang menyatakan seelok-eloknya mohon selepas blog berusia 6 bulan. Walaubagaimanapun, permohonan saya pada kali pertama sehingga kali ke 5 ditolak dan antara alasan yang diberikan adalah kerana blog saya tidak mengandungi 'content' yang mencukupi. Oleh yang demikian, sejak September 2015, saya mula menulis dengan lebih kerap dan cuba menghantar permohonan semula. Dan terus mencuba hantar permohonana semula selepas gagal diluluskan. Akhirnya pada 3.11.2015, berita gembira daripada Google Adsense telah diterima.


Cara Mendapatkan Akaun Penuh Google Adsense

Inilah cara saya mendapatkan akaun penuh Google Adsense bagi blog ini. Tiada rahsia untuk mendapatkannya, cuma memerlukan usaha gigih dan keazaman yang tinggi. 

Artikel kali ini saya tujukan khas untuk mereka yang baru memulakan blog dan masih belum ada akaun penuh Google Adsense. Semoga anda juga boleh mendapatkan akaun penuh Google Adsense satu hari nanti. Apa yang saya pasti, semua orang akan mempunyai pengalaman yang tersendiri semasa memohon untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense.

Untuk pengetahuan anda juga, dengan satu akaun penuh Google Adsense kita boleh gunakan untuk semua blog kita tetapi pastikan kita daftarkan dahulu blog tersebut di dalam akaun Google Adsense kita.

Seterusnya matlamat blog ini adalah untuk menjana pendapatan dengan Google Adsense, tetapi dalam masa yang sama sentiasa memberikan maklumat dan perkongsian terbaik kepada pembaca. InsyaAllah.

Terima kasih kerana membaca Cara Mendapatkan Akaun Penuh Google Adsense. Ceritakan pengalaman anda untuk mendapatkan akaun penuh Google Adsense di ruangan komen. 

1 ulasan:

  1. Adsense hanya hantar blog connected with adsense, tapi tak dapat email adsense active tu... ada cara atau tips tak nak buat camne.. iklan keluar kat blog tapi tak aktif jadi takde apa-apa earning... cmne nak buat ye...

    email saya: myfirdaussy@gmail.com

    BalasPadam

Back To Top