Cara Tarik Trafik ke Blog Secara Percuma - Ulasan Produk


Tidak dapat dinafikan bahawa hidup mati sesebuah blog dan laman sesawang adalah berdasarkan jumlah trafik yang masuk ke dalam blog tersebut. Blog ini juga tidak terkecuali. Blog ini juga menggunakan cara yang sama yang telah diajarkan oleh Tim Majalah Niaga melalui ebook mereka iaitu Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik. 

Di dalam ebook ini dikongsikan pengalaman bangunnya blog perniagaan yang popular di Malaysia iaitu blog Majalah Niaga. Majalah Niaga adalah idea kreatif 3 orang anak muda iaitu Adly Mukhtar, Hasbul Aqill dan Aqif Azizan. Apa yang menarik adalah, blog Majalah Niaga bermula dan menarik trafik (pembaca) tanpa menggunakan sebarang kos. Itulah yang dikongsikan di dalam ebook mereka Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik. 

Di dalam ebook ini dikongsikan 3 cara tarik trafik ke blog dan yang paling penting ianya adalah percuma. Apa yang diperlukan hanyalah ketekunan blogger dan fokus dalam melakukan cara yang diajarkan. 

Dengan 3 cara itulah blog Majalah Niaga dapat berdiri teguh sehingga sekarang dan merupakan antara blog perniagaan dan usahawan yang paling popular di Malaysia. 

Majalah Niaga merupakan idola kami dalam membuat blog yang berjaya. Walaupun jarak kami bagaikan langit dan bumi tetapi dengan ilmu yang diberikan di dalam ebook Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik pastinya tiada apa yang mustahil. Doakan kejayaan kami.

Terima kasih kerana membaca Cara Tarik Trafik ke Blog Secara Percuma. Berikan komen dan semangat kepada kami untuk terus berjaya dengan berkongsikan artikel-artikel yang terdapat di dalam blog ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top