Cara Buat Hyerlink Pada Gambar dan Kepentingannya


Cara Buat Hyerlink Pada Gambar dan Kepentingannya. Apa itu gambar dengan hyperlink? Gambar dengan hyperlink adalah salah satu cara untuk menarik perhatian pembaca untuk melawati sesuatu laman web atau pautan lain dalam blog anda. Sebagai contoh gambar di bawah, apabila anda klik pada gambar tersebut, anda akan di bawa ke halaman hadapan blog ini.



Saya sudah lama ingin belajar cara buat hyperlink pada gambar dalam blog post. Beberapa hari lepas saya sempat mempelajari cara paling mudah untuk buat hyperlink pada gambar. Pada kali ini saya akan kongsikan 3 cara yang mudah untuk buat hyperlink pada gambar yang kita postkan dalam artikel.

Pada mulanya saya fikir platform Blogger tidak mempunyai kebolehan untuk menjadikan gambar hperlink. Tetapi rupanya saya silap! Sebenarnya, kita boleh terus buat hyperlink dengan mudah dalam Blogger.

Kenapa kita perlu hyperlinkkan gambar?

Saya perhatikan ramai yang tidak menggunakan ciri ini dalam blog mereka. Saya percaya, gambar merupakan salah satu perkara yang kerap di 'klik' oleh pembaca, lebih-lebih lagi jika gambar yang dikongsikan adalah menarik ;-)

Gambar dengan hyperlink juga boleh membantu anda dalam mempromosikan link affiliate anda. Sekiranya anda membina custom banner untuk produk affiliate yang disertai, anda perlu linkkan gambar tersebut dengan affiliate link anda.

Ini adalah 3 cara yang anda boleh gunakan untuk buat hyperlink pada gambar dalam blog post anda:

1. Tinypic

Sebelum ini saya menggunakan Tinypic untuk upload dan embed gambar guna html yang diberikan oleh Tinypic. Tetapi cara ini agak leceh dan memakan masa kerana kita perlu login pada tinypic, upload, copy dan paste ke blog kita.

2. Edit HTML

Bagi anda yang suka bermain dengan HTML, anda boleh gunakan HTML ini untuk hyperlinkkan gambar pada artikel anda.

<a href="alamat website yang dikehendaki" target="_blank"><img src="url gambar anda" ></a>


3. Default Composer

Mungkin ramai yang telah tahu, tapi saya baru sahaja mengetahuinya. Kita sebenarnya boleh buat hyperlink terus dari composer dalam blogger. Caranya adalah:

Tekan pada butang gambar pada composer dan pilih gambar yang anda kehendaki.


Setelah gambar yang dikehendaki dipililih, teka pada gambar tersebut dan kemudian tekan pada Link


Kemudian masukkan url yang anda ingin linkkan pada gambar anda ;-)


Kemudian tekan OK. Siap!

Masih blur - blu lagi? Tengok video ini.




Selamat mencuba!

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Hyerlink Pada Gambar dan Kepentingannya. Semoga bermanfaat. Jangan lupa like Facebook dan follow Google Plus kami ;-)

Back To Top