Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android di Malaysia


Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android di Malaysia. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Salah satunya adalah dengan menggunakan aplikasi Whaff Reward. Jika anda mempunyai telefon pintar android, anda boleh menyertainya. Apa yang lebih menarik adalah aplikasi ini boleh didapati di Google Play secara percuma dan kita boleh pasang dan terus menggunakannya.


Apakah fungsi aplikasi Whaff Reward?

Whaff Reward sebenarnya adalah medan pengiklan untuk mengiklankan aplikasi atau permainan terbaru yang dikeluarkan oleh pembangun aplikasi dan permainan android. Aplikasi Whaff kemudiannya akan memaparkannya di dalam senarai aplikasi dan jika anda memasang dan bermain aplikasi yang diiklankan, anda akan diberikan ganjaran kerana mencuba aplikasi atau permainan tersebut. Setiap ganjaran adalah bergantung kepada pengiklan. 

Sebagai contoh:

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android

Bagi permainan ini, sekiranya anda install pada telefon anda, anda akan diberikan ganjaran $0.05. Dan jika anda bermain selama 4 minit, anda akan diberikan lagi ganjaran sebanyak $0.05. Promosi ini berlangsung untuk 3 hari. Jika anda lengkapkan promosi ini, anda akan diberikan ganjaran $0.10. Jadi jumlah yang akan anda perolehi adalah $0.33 kerana mencuba aplikasi ini. 

Dalam sehari anda mungkin boleh memperolehi $1 dengan hanya mencuba aplikasi-aplikasi baru yang diiklankan. Masa yang diperlukan juga tidak lama. Mungkin hanya memakan masa beberapa minit untuk setiap aplikasi.

Bagaimana mahu menjana lebih banyak duit?

Cara yang paling baik untuk menjana lebih banyak duit adalah dengan menjemput rakan-rakan anda menggunakan aplikasi ini. Setiap yang menyertai Whaff Reward akan diberikan kod jemputan. Sebagai contoh kod jemputan saya adalah BH10803. 

Jika anda baru nak menyertai, anda perlu muat turun aplikasi Whaff Reward di Google Play. Kemudian anda dihendaki mendaftar dengan menggunakan akaun Facebook anda. Semasa hendak melakukan pendaftaran, anda akan diminta untuk memberikan kod jemputan sekiranya ada. 

Jika anda mengetahui daripada saya, anda boleh masukkan kod jemputan saya BH10803. 

Jika anda masukkan kod jemputan BH10803 (terima kasih kepada anda yang guna kod jemputan saya), anda dan saya akan diberikan ganjaran $0.30. Jadi ianya merupakan situasi menang-menang kerana anda mengetahui Whaff dari saya dan anda pun boleh bermula menggunakan Whaff Reward dengan $0.30. 

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android

Jika anda tidak mahu masukkan kod jemputan pun tiada masalah. Tetapi anda akan bermula dengan $0.00 dan anda tidak boleh memasukkan kod jemputan selain semasa pendaftaran kali pertama.

Anda perlu lakukan sekarang kerana ramai yang telah menjana ribuan ringgit dengan Whaff Reward dan kita pun masih belum terlambat untuk menyertainya. 

Ok?

Masih ragu-ragu?




Boleh percaya ke aplikasi Whaff ini?

Saya telah mencuba banyak aplikasi android untuk buat duit android dan Whaff adalah salah satu yang tidak pernah mungkir janji untuk membayar setiap kali saya redeem. Selagi anda tidak melanggar mana-mana syarat dalam menggunakan aplikasi Whaff Reward, anda akan dibayar. 

Nak lebih pencerahan lagi, boleh tengok video di bawah ni 😊



Apa syarat-syarat menggunakan aplikasi Whaff?

Syarat yang ditetapkan pada saya cukup mudah. Kejujuran. Ini bermakna anda hanya perlu pasang aplikasi yang dipromosikan dalam Whaff dan promosikan Whaff kepada orang lain. Anda akan dianggap tidak jujur apabila menggunakan teknik atau melakukan perkara berikut:
  • Menggunakan VPN atau proxy
  • Menggunakan banyak ID untuk satu device
  • Menggunakan satu ID dalam banyak device
  • Menggunakan komen di Google Play untuk promosikan kod jemputan.

Apakah ganjaran yang ada selain Paypal?

Selain daripada Paypal, anda boleh menebus ganjaran untuk:
  • Google Play Gifcard
  • Xbox Giftcard
  • PSN Giftcard
  • Steam Giftcard
  • Itune Giftcard
  • LOL Giftcard
  • Karma Coin Giftcard
  • Amazon Giftcard
  • Skrill
dan lain-lain.

Bila bayaran akan dibuat?

Bayaran adalah bergantung kepada jumlah terkumpul yang anda ada. Bayaran akan dibuat dalam dolar ke akaun Paypal (jika ini jenis bayaran yang anda pilih). Anda boleh keluarkan duit anda apabila telah mencapai jumlah minimum yang diperlukan iaitu USD10.50 atau lebih.

Soalan tambahan daripada komen:

Boleh atau tak bayaran dibuat terus ke akaun bank kita?

Setakat ini, di dalam aplikasi Whaff tiada pilihan untuk membuat bayaran terus ke akaun bank kita di Malaysia. Bayaran boleh dibuat ke akaun Paypal. Jika anda mahukan duit masuk ke dalam bank, anda boleh pindahkan duit anda di dalam akaun Paypal ke bank pilihan anda. Tetapi akan ada charge tambahan dikenakan untuk setiap transaksi.

Ada kemusykilan lain? Nyatakan soalan anda diruangan komen. Saya akan cuba jawab secepat mungkin.

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android

Terima kasih kerana membaca Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Android Whaff. 

Back To Top