WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mempromosikan 8Share Malaysia Yang Salah

8Share Malaysia

8share Malaysia adalah salah satu daripada cara blogger di Malaysia menjana pendapatan sampingan. Kita hanya perlu kongsikan artikel atau promosi yang ada dalam 8share Malaysia dan setiap pembaca unik melalui link kita, kita akan mendapat 20sen. Mungkin ramai yang menganggap bahawa nilai yang diberikan adalah kecil. Tetapi jika di promosikan dengan betul, pastinya akan memberikan pulangan yang berbaloi.

Sebelum ini saya pernah menuliskan cara untuk mendaftar di 8share Malaysia. Pada yang masih belum menyertai 8share, saya galakkan anda untuk mencuba kerana anda tidak akan rugi dengan mencuba 8share. 

Ok.

Pada kali ini, saya nak kongsikan beberapa kesalahan yang saya percaya kerap dilakukan oleh para peserta 8share Malaysia yang jika diketahui oleh pihak 8share, kemungkinan duit yang anda telah kumpul akan 'burn' begitu sahaja. Untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara tersebut, perkara-perkara yang saya kongsikan di bawah HARUS dielakkan. 

Rajah di bawah merupakan laman sosial, laman web dan aplikasi yang langsung tidak boleh digunakan untuk mempromosikan Special 8share.


Berikut adalah tambahan bagi pantang larang dalam mempromosikan 8share Malaysia:

1. Sebagai Artikel di Sidebar Blog

Menurut pihak 8share, Special yang boleh kita promosikan bukanlah iklan dan ianya dilarang keras daripada diletakkan bahagian Sidebar blog kita. Sebelum ini saya pernah terfikir untuk buat link Special di side bar sebagai 'Artikel Berkaitan', tetapi setelah dirujuk kepada pihak 8share Malaysia, ternyata, ianya dilarang.

2. Saya klik awak, Awak klik saya

Ini adalah kaedah yang kerap digunakan oleh orang yang nak cepat memperolehi hasil daripada klik. Ada yang sanggup membuat satu kumpulan rahsia dan buat kaedah klik sama klik. Jelas dalam term and condition 8share Malaysia, melarang sama sekali untuk peserta meminta orang lain klik pada promosi yang dikongsikan walaupun dengan menggunakan perkataan seperti "Hey open this site by clicking this link"/ "Please click"/ "Help me click please"/ "Do me a favour and help me"/ "Help me earn"/ "Open this link"/ dan yang sama maksud dengannya.

3. Private Facebook page / Group

Ada juga pihak yang sanggup menyediakan satu group khas di Facebook untuk bersama-sama klik antara satu sama lain. Ini adalah dilarang kerana kaedah ini adalah dianggap menipu pihak 8share. Perkara ini jelas telah termaktub dalam Code of Honour, 8share Malaysia.

4. PPC ads, FB ads

Pihak 8share juga tidak membenarkan peserta untuk mengiklankan Special yang disediakan di media pengiklanan seperti Google AdWords, Facebook Ads dan sebagainya. Ianya ternyata dalam Conditions of Use, 8share Malaysia.

5. Popup

Bagi yang celik IT dan pandai menggunakan HTML, ada yang membuat Special 8share sebagai popup pada blog mereka. setiap pengunjung yang masuk ke dalam blog tersebut perlu klik terlebih promosi tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membaca kandungan blog.

6. Forum

Pihak 8share Malaysia juga melarang Special dikongsikan di mana-mana Forum sama ada sebagai isi kandungan ataupun sebagai signature. 

7. Emel

Walaupun beribu emel yang anda ada untuk internet marketing anda, anda sama sekali tidak dibenarkan untuk menghantar Special melalui emel subscriber anda. 

8. Multiple akaun

Setiap peserta hanya dibenarkan mempunyai satu akaun sahaja. Percubaan untuk membuat banyak akaun akan menyebabkan akaun anda mungkin di batalkan oleh pihak 8share Malaysia.

Ok.

Itulah sebahagian cara mempromosikan 8share yang tidak boleh dilakukan. Mungkin ada juga yang masih menggunakan cara-cara yang disenaraikan di atas dan masih berjaya membuat cashout seperti biasa, tetapi, kita perlu pastikan bahawa setiap sen yang kita perolehi daripada perkongsian 8share Malaysia datangnya daripada sumber yang HALAL dan bukannya dengan cara yang tidak betul atau penipuan. Kerana setiap duit itu mungkin akan digunakan untuk perbelanjaan kita dan keluarga. Saya juga yakin bahawa, syarat-syarat ini ditetapkan untuk menjaga kedua-dua belah pihak iaitu pengiklan dan juga pengguna. 

Terima kasih kerana membaca Cara Mempromosikan 8Share Malaysia Yang Salah.  Jika anda ada sebarang tambahan, boleh nyatakan diruangan komen. 

Rujukan : http://8share.com/my/termshttp://8share.com/my/faq

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking