WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Mudah Naikkan Follower Instagram

Cara Mudah Naikkan Follower Instagram

Tahukah anda cara paling mudah untuk naikkan follower di Instagram? Semua orang yang mempunyai akaun instagram pastinya inginkan ramai follower. Terutamanya jika anda menjalankan perniagaan melalui instagram atau lebih dikenali sebagai Insta Shop. Walaubagaimanapun, bagi yang baru sahaja memulakan akaun Instagram, mengumpul atau membina senarai follower bukanlah sesuatu yang mudah dan mungkin akan mengambil masa yang lama jika tidak dilakukan dengan cara yang betul.



Pada kali ini saya akan kongsikan 20 cara percuma untuk meningkatkan follower Instagram anda.


  1. Penggunaan hashtag. Menggunakan hashtag yang sedang trending dalam keadaan semasa.
  2. 'Like' seberapa banyak gambar yang dikongsikan oleh orang yang mempunyai kriteria follower yang anda mahukan. Sebahagian orang yang menggunakan teknik ini mendapati, setiap 100 gambar yang kita like, kita akan mendapat lebih kurang 6 follower baru. 
  3. Mengadakan pertandingan dalam Instagram. Cara ini adalah antara yang paling berkesan, mengadakan pertandingan dalam instagram dan untuk sesiapa yang ingin menyertai perlu follow dan like gambar anda di Instagram.
  4. Mempromosikan Instagram anda di media social lain seperti Facebook atau Twitter. Cara paling mudah adalah dengan berkongsi gambar anda di Instagram di Facebook. 
  5. 'Like' dan komen di gambar dalam akaun Instagram orang lain. Ini adalah cara paling natural untuk mendapat follower
  6. Kongsikan gambar yang berkualiti. Bergantung kepada sasaran follower anda dan topik Insta anda, gambar yang dikongsikan mestilah berkualiti. Anda boleh menggunakan program editor yang disediakan oleh Instagram untuk menyerlahkan gambar anda. Jangan kongsikan gambar yang terlalu gelap.
  7. Pastikan profile anda dalam instagram adalah lengkap dan menggunakan hashtag yang sesuai. Jika anda mempunyai blog atau laman web, pastikan anda masukkan alamat blog anda di profile anda. 
  8. Jadikan soalan sebagai 'caption' bagi gambar yang anda kongsikan. Ini akan dapat meningkatkan komen orang lain terhadap gambar yang anda kongsikan.
  9. Mulakan membina follower dengan meminta rakan-rakan dan saudara terdekat untuk follow Instagram anda. Orang lain akan lebih cenderung untuk follow akaun Instagram yang sudah mempunyai follower berbanding orang yang mempunyai 'kosong' follower. Ini adalah amat berguna jika anda betul-betul baru membina akaun Instagram.
  10. Sentiasa konsisten dalam berkongsikan gambar yang sesuai dengan topik anda. Secara umumnya, follower Instagram tidak dapat di kumpulkan dalam masa sehari dua. Ia mungkin mengambil masa satu atau dua bulan untuk mendapat follower Instagram yang stabil. 
  11. Walaupun kualiti gambar adalah penting, tetapi kekerapan berkongsi gambar juga adalah penting untuk menarik follower baru. Kekerapan anda berkongsi gambar menunjukkan anda aktif dalam Instagram. Orang lebih cenderung untuk follow akaun Instagram yang aktif daripada yang bersawang.
  12. Follow 'suggested user'. Anda hanya perlu pergi ke 'Setting' dan pilih 'Find and Invite Friends'. Kemudian piih 'Suggested friend'.
  13. Follow Insta orang yang mempunyai niche yang hampir sama dengan anda. 
  14. Tag kawan anda pada gambar yang relevan dengan mereka (jangan spam!). 
  15. Jika anda mempunyai brand anda sendiri, bina hashtag untuk brand anda. Ini akan meningkatkan jenama anda dan juga kelihatan lebih professional
  16. Promosikan akaun anda secara offline seperti di kad nama, pamplate atau lain-lain yang berkaitan.
  17. Kongsikan gambar dengan 'quote'. Sejak kebelakangan ini, telah menjadi trend perkongsian 'quote' atau 'langkah demi langkah' dalam bentuk gambar.
  18. Follow dan komen pada instagram orang yang berpengaruh seperti artis tempatan dan lain-lain. 
  19. Jika anda mempunyai senarai emel, promosikan Instagram anda pada senarai emel anda
  20. Minat, konsisten dan natural. Kongsikan sesuatu yang kita minati, ini akan memastikan anda akan terus aktif dalam akaun Instagram anda.

Fuh..



Itulah 20 cara yang boleh anda lakukan secara percuma untuk meningkatkan follower Instagram anda. Jika anda masih belum bermula, anda masih belum terlambat untuk memulakannya. Anda juga boleh praktikkan 20 cara ini (atau sebahagiannya) dan kongsikan keberkesanannya di ruangan komen ;-)

Atau jika anda ada cara yang lebih berkesan, saya amat alu-alukan ianya dikongsi di ruangan komen di bawah. 

Jika anda mempunyai agak ramai follower, tapi Insta Shop anda sunyi tanpa pelanggan, anda perlu dapatkan ebook IGKaboom untuk meningkatan jualan anda di Instagram.

Terima kasih kerana membaca Cara Mudah Naikkan Follower Instagram. Follow kami di Facebook dan Google+. 
click tracking