Cara Buat Kerja Sambilan Di Rumah


Cara Buat Kerja Sambilan Di Rumah. Dalam zaman-zaman ekonomi yang tidak menentu ini, ramai yang perlu buat kerja sambilan untuk mendapatkan pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Kerja sambilan boleh dilakukan secara fizikal ataupun kini ada pilihan yang lebih mudah iaitu dengan membuat kerja sambilan secara online.

Artikel pada kali ini akan memfokuskan kepada beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk memulakan kerja sambilan di rumah secara online. 


1. Penulis Artikel

Menjadi penulis adalah kerja sambilan di rumah yang paling senang untuk menjana pendapatan tambahan. Ada dua bentuk kerja sebagai penulis artikel yang anda boleh buat. Yang pertama anda menawarkan perkhidmatan penulisan artikel untuk mereka yang nak buat blog atau laman web. Yang kedua anda menulis artikel untuk blog orang lain.

Untuk yang pertama, anda perlu mencari klien anda sendiri. Tetapi untuk yang kedua, anda bekerja sebagai penulis untuk orang lain dan dibayar berdasarkan berapa banyak artikel anda tulis. Antara keduanya, cara yang kedua adalah lebih mudah untuk buat duit dengan kerja sambilan di rumah sebagai penulis artikel.

Jika anda nak menjana pendapatan dengan menjadi penulis, anda boleh menulis untuk blog Wikicara dan juga blog Rencah. Setiap artikel yang anda tulis dan diterbitkan akan dibayar antara RM10-RM30. Untuk lihat syarat-syarat penulisan, anda boleh lihat di Rencah dan Wikicara.

2. Survey Online

Kerja sambilan di rumah lain yang boleh dilakukan adalah dengan menjawab survey online. Walaupun ramai yang kurang mempercayai survey online, tetapi sebenarnya banyak laman web yang sah untuk buat duit dengan survey online. Baca artikel cara sah buat duit dengan survey online di sini.

3. YouTube

Kenapa orang berpusu-pusu buat video dan muatnaik di Youtube? Ada 2 sebab iaitu untuk populariti dan juga untuk buat duit. Buat video untuk Youtube juga adalah salah satu kerja sambilan di rumah yang boleh dilakukan. Anda boleh menjana pendapatan di Youtube melalui iklan Google Adsense ataupun jual barang sebagai affiliate, dropship atau jual barang anda sendiri. Anda boleh belajar buat video Youtube dengan cara yang mudah di sini.


4. Blogging

Buat blog juga adalah satu lagi kerja sambilan di rumah yang boleh dipraktikkan. Tetapi buat blog bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana terdapat banyak perkara yang anda perlu pelajari tentang blog sebelum anda boleh kerja sambilan di rumah dengan blog. Anda boleh baca 10 cara buat duit dengan blog di sini.

5. Personal Shopper Online

Pernah tak terfikir untuk jadi personal shopper? Personal shopper adalah seseorang yang tolong belikan barang orang lain secara online. Contohnya, ada orang nak beli barang dari Lazada Malaysia, jadi anda tolong belikan barang tersebut. Anda boleh baca cara lengkap kerja dari rumah sebagai Personal Shopper di sini.

6. Dropship

Dropship bukanlah satu perkara yang asing dalam dunia perniagaan di Malaysia. Ramai yang dah mula buat kerja sambilan di rumah dengan dropship. Kebanyakan orang biasanya buat kerja sambilan dropship melalui media sosial seperti facebook dan instagram. Tetapi kini dunia dropship mula beralih kepada dropship ecommerce. Dropship ecommerce adalah keadaan di mana anda menjual secara dropship menggunakan laman ecommerce anda sendiri. Anda boleh baca artikel tentang dropship ecommerce di sini. 

Secara jujurnya, kerja sambilan di rumah yang saya kongsikan ini mungkin tidak menjadikan anda kaya raya, tetapi jika dilakukan dengan betul, ia boleh menambah pendapatan bulanan anda. 

3 ulasan:

Back To Top