Cara Mempromosikan dan Meningkatkan Trafik Blog

Cara Mempromosikan dan Meningkatkan Trafik Blog

Bagaimana cara mempromosikan dan meningkatkan trafik blog?. Trafik adalah segalanya untuk sebuah blog. Blog tanpa trafik adalah ibarat majalah yang tiada pembaca. Memburuk ditelan zaman. Trafik juga sebenarnya adalah pemangkin bagi blogger untuk terus berblog. Tanpa trafik, seorang blogger akan lebih mudah mengalah dan berhenti berblog. Jika anda berpandangan bahawa trafik akan datang secara semulajadi setelah anda buat blog, pandangan anda itu sebenarnya kurang tepat.

Bayangkan jika pada hari ini anda buat blog baru, mungkinkah ada orang lain yang tahu bahawa anda buat blog tersebut. Jawapannya pasti TIDAK. Orang tidak akan tahu anda ada blog selagi mana anda tidak memberitahu mereka. Itulah konsep yang perlu anda pegang sekiranya anda merupakan blogger baru.


Setelah anda mula mendapat sedikit trafik, kini anda bolehlah berusaha untuk meningkatkan trafik ke blog anda.

Saya sendiri masih belajar dan pada saya meningkatkan trafik blog memerlukan kreativiti tersendiri seseorang blogger. Tetapi dalam kebanyakan masa, konsep meningkatkan trafik blog itu adalah sama untuk setiap blogger.

Secara umumnya terdapat 3 langkah UTAMA untuk meningkatkan trafik ke blog: 

1. Menonjolkan diri

Menonjolkan diri tidak bermakna 'masuk bakul angkat sendiri' tetapi lebih kepada mula berinteraksi dengan blogger-bogger lain dengan cara memberikan komen dalam blog orang lain ataupun menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh blogger lain. Menonjolkan diri sebenarnya adalah penting untuk menonjolkan 'jenama' blog anda kepada orang lain.

2. Buang sifat malu tak bertempat

Jika anda tahu bahawa apa yang anda tuliskan dalam blog anda itu bermanfaat, saya rasa kita tidak perlu malu untuk mempromosikan apa yang kita tulis. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa memastikan maklumat yang kita tulis pada blog adalah benar dan kita perlu bertanggungjawab di atas apa yang kita tulis.  Blog adalah tempat berkongsi maklumat. Perkongsian tidak akan wujud sekiranya anda terlalu malu untuk berkongsi.

3. Promosikan Kandungan Blog

Antara mempromosikan blog dan mempromosikan kandungan blog, mempromosikan kandungan blog adalah lebih penting untuk meningkatkan trafik blog. Ini adalah kerana, kebanyakan orang akan tiba ke blog kita bukan melalui pintu utama (Homepage) tetapi kebanyakan orang akan masuk melalui pintu-pintu kecil (Artikel). 

Cara paling mudah untuk meningkatkan trafik blog adalah dengan berkongsi artikel yang kita tulis di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kita juga boleh promosikan blog secara offline seperti dengan membuat baju tshirt dan kad nama.

Banyak blogger yang telah lama berkecimpung dalam dunia blogging ada berkongsikan cara meningkatkan trafik. Saya kongsikan beberapa daripadanya di sini:


Satu perkara penting perlu diingatkan, menarik dan meningkatkan trafik blog sangat memakan masa. Untuk pengetahuan anda juga, 3 bulan pertama blog ini dibuat, trafik yang diperolehi hanya kurang dari 100 pageview. Dan saya juga hampir putus asa dengan blog ini. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan 3 cara di atas, saya berjaya bangkit semula dan kini mempunyai trafik yang agak stabil. Selepas 6 bulan, barulah trafik mulai masuk ke blog dengan lebih konsisten.

Tidak dinafikan ada juga yang berjaya meningkatkan trafik blog dalam jangka masa yang pendek. Tapi untuk kes saya, beginilah perkembangan blog dan cara saya tingkatkan trafik blog.

Sekiranya anda ada pengalaman menarik menarik trafik semasa permulaan anda berblog, boleh kongsikan di ruangan komen :-)

5 ulasan:

  1. Seriusly , saya Asyraf akan layari blog Wikicara ini jika ketandusan idea dan tiada mood menulis blog.

    Artikel ini sangat membantu.

    Komen Asyraf ni juga sebenarnya telah membantu trafik masuk ke blog. hihi

    BalasPadam
  2. Terima kasih :-) Macam tu la kite saling bantu membantu..blogger lain bukanlah persaingan, tetapi rakan seperjuangan..hehe

    BalasPadam
  3. Apakah dengan melakukan backlink juga dapat meningkatkan trafik blog?

    BalasPadam
  4. info yang bagus, minta izin share di blog saya ye, vendormallz dot com

    BalasPadam

Back To Top