Lazada adalah laman jualan online yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai barangan dijual dengan harga yang berpatutan dan harganya akan bertambah murah semasa musim promosi seperti Lazada Online Revolution yang berlangsung dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016.
Bagi yang masih belum menyertai program affiliate Lazada, saya nasihatkan untuk anda sertainya sekarang. Ini adalah kerana pelbagai tawaran menarik akan dapat anda sertai. Pada tahun ini saya berpeluang untuk menyertai Projek 'Box Of Joy' yang dikelolakan oleh Lazada sempena Lazada Online Revolution 2016.
Apa itu Lazada Online Revolution?
Lazada Online Revolution adalah promosi besar-besaran jualan atas talian yang diadakan bermula 11 November setiap tahun. Pelbagai barangan akan dijual dengan diskaun sehingga 95%. Bagi yang ingin membeli telefon pintar baru atau apa sahaja secara online, waktu Online Revolution adalah waktu terbaik untuk anda membeli belah. Ini adalah salah satu cara untuk berjimat semasa membeli di Lazada.Â
Jangka masa bagi Lazada Online Revolution adalah selama sebulan iaitu bermula pada 11 November sehingga 12 November. Walau bagaimanapun, waktu kemuncak promosi adalah pada 11 November DAN 12 Disember. Promosi berterusan sepanjang satu bulan mengikut tema bagi setiap minggu. Jadual promosi Lazada Online Revolution adalah seperti berikut:
- 1 – 10 November: Pre-campaign deals
- 11 Nov: MEGA DAY
- 12 – 17 Nov: Beauty Fanatics
- 18 – 24 Nov: Family Superstars
- 25 – 28 Nov: Black Friday/Cyber Monday
- 29 Nov – 5 Dec: Techies
- 6 Dec – 11 Dec: Trendsetter
- 12 Dec – 14 Dec: MEGA DAY
Apa itu Box Of Joy?
Box of Joy adalah kotak hadiah yang diberikan kepada blogger dan ahli affiliate Lazada yang berisi pelbagai jenama terkenal.Â
Apa kandungan 'Box Of Joy'?
Di dalam laman web Lazada terdapat lebih dari 55 jenama terkenal boleh kita miliki dengan harga yang berpatutan. Box Of Joy membolehkan saya merasai 6 barangan jenama terkenal seperti Sandisk, Logitech, Tefal, Nestle, Loreal dan Mamypoko. Â Semua itu terkandung dalam satu kotak iaitu Lazada 'Box of Joy'.Â
Selain itu di dalam Box Of Joy juga terdapat baucer bernilai RM11 untuk digunakan semasa promosi Lazada Online Revolution.Â
Ok.
Mari kita lihat lebih dekat barangan yang saya perolehi untuk setiap jenama yang diberikan.
1. Sandisk Ultra Dual Drive m3.0 Flash Drive For Android Smartphone 64GB bernilai RM89 (RM70 semasa Lazada Online Revolution)
Sandisk Ultra Dual Drive adalah peranti yang membolehkan kita memindahkan data atau gambar dari komputer ke telefon pintar kita tanpa menggunakan kabel. Fungsinya sama seperi thumbdrive biasa tetapi mempunyai 2 kepala iaitu kepala USB (sambung kepada komputer) dan kepala mikro USB (sambung kepada telefon pintar androis). Saya memang dah lama nak beli dual usb ni. Saya tidak perlu lagi bawa kabel USB selepas ini.
2. Logitech X100 Wireless Speaker bernilai RM169 (RM89 semasa Lazada Online Revolution)
Logitech adalah antara jenama barangan elektronik dan aksesori komputer yang terkenal dan berkualiti tetapi dengan harga yang berpatutan. Logitech Wireless Speaker ini amatlah sesuai untuk mereka yang sukakan hiburan dengan bunyi musik yang berkualiti. Speaker ini boleh disambungkan kepada peranti anda melalui Bluetooth (plug & play) dan boleh berjauhan dengan telefon pintar anda sehingga 10 meter. Kapasiti baterinya pula boleh bertahan sehingga 5 jam.Â
3. Tefal Manual Chopper 500ml
Tefal Manual Chopper saya tujukan untuk isteri dan ibu saya ;-) Ini akan membantu mereka untuk memasak dengan lebih mudah. Tefal Manual Chopper adalah alternatif terbaik bagi lesung batu yang kerap digunakan di dapur masakan. Tefal Manual Chopper sangat ringan dan hanya memerlukan sedikit tenaga (untuk menarik) semasa menggunakannya. Jika anda kerap buat sambal belacan atau potong bawang sehingga 'menangis', anda tidak perlu risau lagi sekiranya menggunakan Tefal Manual Chopper.
4. Nestle White Coffee, Nestle Milo, Nestle Nutri Puff, Nestle Full Cream Milk, Nestle Maggi.
Ini adalah rangkaian produk jenama Nestle yang terdapat dalam Box Of Joy. Nestle merupakan gergasi dalam industri makanan dan minuman segera yang berasal dari Switzerland dan telah wujud sejak awal 1900 lagi.Â
Bagi mereka yang gemarkan rasa kopi yang lebih lembut, boleh cuba Nescafe White Coffee. Pada saya, rangkaian air Nescafe adalah antara air kopi yang terbaik. |
Di dalam Box of Joy, Nestle telah memberikan Beg Ola Bola Milo. Beg ini akan diberikan secara percuma apabila anda membeli pek promosi berikut:
atauÂ
Nestle Nutripuff adalah kudapan terbaik untuk anak-anak berumur 12 bulan dan ke atas. Tak sampai 10 minit, Nestle Nutri Puff yang diberikan kepada saya ini telah dihabiskan oleh anak saya. Terdapat 2 perisa utama iaitu campuran pisang + strawberry dan campuran pisang + limau. Sebelum ini saya ada membeli kudapan kanak-kanak ini dari jenama lain tetapi dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding Nestle Nutripuff. Â
Nestle Susu kotak full cream milk adalah sesuatu yang baru pada saya. Saya jarang melihat air kotak susu Nestle di pasaraya (atau saya yang tak nampak). Tapi rasanya sedap sepertimana susu penuh krim yang lain. Selain dari susu penuh krim, Nestle juga ada mengeluarkan susu rendah lemak untuk mereka yang sedang berdiet.
Ini adalah 'My All Time Favourite' mee segera. Berasal hanya dari perisa kari, kini pelbagai jenis mee segera Maggi boleh didapati di pasaran. Anda juga boleh membelinya secara online di Lazada.Â
5. Loreal Paris Mythic Oil
Loreal Mythic Oil adalah minyak pelembap untuk rambut. Pengguna Loreal Mythic oil akan mempunyai rambut yang bersinar dansihat dari akar umbinya. Anda boleh dapatkannya di Lazada dengan harga yang amat berpatutan.
 Â
6. Mamypoko
Mamypoko terkenal dengan lampin pakai buangnya yang berkualiti tinggi. Selain itu Mamypoko juga ada mengeluarkan baby wipe yang lembut pada kulit bayi.
Ok.
Itulah dia barang-barang yang terkandung di dalam Box of Joy yang diberikan kepada saya. Semua barangan ini boleh diperolehi dengan harga yang lebih murah di Lazada sepanjang kempen Online Revolution yang berlangsung dari 11 November hingga 12 Disember. Jika anda membeli di luar waktu ini, barang-barang ini akan kembali ke harga asal mereka.
Jadi, jika anda ingin menyertai projek Lazada Box Of Joy, pertama sekali anda perlu menyertai program affiliate Lazada. Anda akan diberikan peluang untuk mencuba dan juga merasai pelbagai produk  berjenama yang dijual di Lazada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan