Jika anda kerap membuat transaksi antarabangsa ataupun anda mempunyai perniagaan secara global, salah satu cara pembayaran yang paling efektif adalah dengan menggunakan Paypal. Mendaftar akaun Paypal adalah sangat mudah, tetapi dari segi keselamatan, pembayaran menggunakan Paypal adalah antara cara pembayaran atas talian yang paling selamat.
Saya sendiri merupakan pengguna Paypal. Pembayaran menggunakan perkhidmatan online seperti di Fiverr, Lazada dan lain-lain akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan akaun Paypal. Sebelum ini, agak sukar untuk memindahkan duit dari akaun Paypal ke akaun bank kita di Malaysia.
Kini, memindahkan duit dari Paypal ke bank akaun kita telah menjadi lebih mudah. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum membuat pemindahan duit dari akaun Paypal ke akaun bank anda.
- Anda perlu linkkan akaun bank anda dengan Paypal terlebih dahulu
- Cas perpindahan dikenakan sebanyak RM3 jika perpindahan kurang dari RM400, manakala perpindahan lebih dari RM400, tiada cas perpindahan.
- Pastikan 'Business Name' adalah sama dengan penama akaun bank anda (Nama anda atau nama perniagaan anda)
- Perpindahan memakan masa 2-3 hari bekerja.
- Had perpindahan bulanan adalah RM40 000 jika anda tidak linkkan kad kredit atau debit anda pada Paypal
Bagaimana cara linkkan akaun bank anda dengan Paypal?
Anda boleh pindahkan duit anda dari Paypal ke mana-mana bank di Malaysia. Langkah pertama, log masuk ke dalam akaun Paypal anda dan pilih tab Balance. Di bahagian kedua muka tersebut ada tab yang membolehkan kita untuk linkkan akaun bank kita.
Tekan pada 'Link a bank' dan anda perlu masukkan maklumat akaun bank anda. Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:
MEPS bank routing code boleh diperolehi dengan menekan 'Details'. Setelah selesai isi maklumat yang diperlukan, tekan 'Continue'. Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk linkkan akaun bank anda pada Paypal. Perlu diingatkan bahawa akaun yang dilinkkan ini hanya boleh memindahkan duit dari Paypal ke akaun bank tersebut, tetapi tidak boleh memindahkan duit dari akaun bank ke Paypal.
Seterusnya, anda boleh melakukan perpindahan duit. Jumlah minimum yang boleh anda pindahkan dari Paypal ke akaun bank adalah sebanyak RM40. Kurang dari jumlah tersebut, anda masih belum boleh pindahkan duit tersebut.
Untuk memindahkan duit, sekali lagi perfi ke tab Balance dan tekan butang 'Withdraw Money'. Sekiranya anda linkkan Paypal dengan lebih dari satu akaun bank, anda perlu pilih bank mana yang anda ingin masukkan duit. Kemudian masukan nilai yang anda ingin pindahan. Setelah berpuas hati, tekan 'Continue'.
PASTIKAN semak maklumat yang dinyatakan dalam statement perpindahan sebelum tekan Hantar. Maklumat yang perlu diperhatikan adalah nama pemegang akaun anda. Paypal akan anggap nama perniagaan anda sebagai nama pemegang akaun, Sekiranya nama pemegang akaun bukan nama yang betul, tukar di bahagian profil terlebih dahulu dan ulang langkah perpindahan duit sekali lagi.
Jika anda masukkan maklmat yang salah, duit tersebut tidak akan berjaya dipindahkan dan dipulangkan ke dalam akaun Paypal anda, tetapi pihak Paypal akan mengenakan DENDA sebanyak RM15 kerana anda memberikan maklumat yang salah / palsu.
Bagaimana nak kumpul duit masuk ke Paypal?
Anda boleh topup duit anda menggunakan RHB bank ataupun anda boleh juga sertai program buat duit dengan aplikasi android yang membuat bayaran ke akaun Paypal anda. Selain itu, anda juga boleh sertai program affiliate sama ada antarabangsa atau tempatan dan memilih bayaran dengan menggunakan Paypal. Anda juga boleh buat duit di laman Fiverr dan bayaran juga dibuat dengan menggunakan Paypal.
Ok?
Begitulah cara untuk memindahkan duit dari Paypal ke akaun bank kita. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Begitulah cara untuk memindahkan duit dari Paypal ke akaun bank kita. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan