WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Menarik Trafik ke Blog Anda Secara Offline

Cara Menarik Trafik ke Blog

Pernahkah anda terfikir untuk Menarik Trafik ke Blog Anda Secara Offline? Menjadi harapan semua blogger untuk menerima ribuan pengunjung ke blog mereka. Termasuklah blog ini. Selain daripada melalui penulisan yang baik serta teknik SEO, kita juga perlu mempromosikan blog kita sekiranya kita ingin pengunjung yang berterusan. Terutamanya bagi blog baru. 

Ok.

Menarik trafik ke blog boleh dilakukan secara online dan juga secara offline. Pada artikel kali ini saya akan berkongsi dengan anda berkenaan menarik trafik ke blog secara offline. Secara offline bermaksud, anda mempromosikan blog anda tanpa menggunakan talian internet atau secara fizikal.

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk menarik trafik ke blog secara offline adalah:

Beritahu tentang blog anda

Dalam dunia perniagaan, tiada yang lebih berkesan daripada promosi mouth to mouth. Kita boleh mempraktikkan cara tersebut dengan memberitahu berkenaan blog kita kepada rakan-rakan dan ahli keluarga kita. Ini kerana, pembaca utama blog kita pada permulaan karier sebagai blogger biasanya adalah terdiri daripada kawan-kawan dan ahli keluarga kita. Sekiranya bermanfaat, pastinya kawan dan keluarga anda akan kongsikan maklumat kepada kawan-kawan mereka yang lain dan ini sedikit sebanyak akan memberikan trafik kepada blog kita.

Melalui Stickers, Keychain

Jika anda mempunyai sedikit baget dan serius untuk menjenamakan blog anda, anda boleh promosikan blog anda pada keychain atau pelekat. Pelekat ini mungkin boleh diberikan sebagai hadiah dan cenderahati kepada pemberi komen terbanyak dalam blog anda atau kepada saudara mara anda. Dalam masa saya ia dapat menarik sedikit trafik ke blog kita.

Kad Bisnes

Jika blog anda ada menjual sesuatu, pastikan URL blog anda ada tercatat pada kad bisnes anda. Pelanggan anda akan lebih mudah untuk mempromosikan produk anda sekiranya ada tercatat pada kad bisnes anda. Sebagai contoh, ada kawan kepada pelanggan anda bertanya tentang produk anda, mungkin pelanggan anda tidak mampu untuk menerangkan secara terperinci. Oleh itu mereka boleh minta kawan mereka untuk merujuk kepada blog anda untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci.

T-Shirt

Dengan T-Shirt, kita boleh jadikan sebagai pendapatan sampingan dan buat bisnes menjual t-shirt jika blog kita sudah mendapat tempat di hati orang ramai. Tetapi untuk permulaan, kita boleh buat beberapa helai baju dan berikan kepada ahli keluarga kita. Kita juga sentiasa keluar dengan memakai baju tersebut. Jika design T-shirt tersebut cukup menarik, pastinya orang yang memandangnya akan tertarik untuk mengetahui lanjut berkenaan blog anda.

Freebies

Jika anda mempunyai blog untuk jualan sesuatu produk, pastikan setiap pelanggan anda akan mendapat freebies. Bentuk freebies tidaklah penting. Sekecil manapun freebies yang anda berikan pastinya akan dihargai dan mereka akan membawa buah mulut yang baik berkaitan produk dan blog anda kepada orang lain.

Itulah antara 5 cara yang boleh kita lakukan secara offline sebagai blogger baru untuk menarik lebih banyak trafik ke blog kita. Saya sendiri dalam perancangan untuk menyediakan t-shirt dalam masa terdekat ini dan mungkin akan berikan kepada pembaca setia blog ini. InsyaAllah. 

Jika anda mahu bahan bacaan tambahan untuk belajar cara untuk menarik trafik secara online, boleh bacanya dalam ebook Rahsia Trafik - Link

Terima kasih kerana membaca Cara Menarik Trafik ke Blog Anda Secara Offline. Jika anda ada idea lain cara untuk menarik trafik ke blog secara offline, boleh kongsikan di ruangan komen.

Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan terhadap blog ini. Terima kasih.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking