WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Meletakkan Iklan Google Adsense Pada Mobile View

Cara Meletakkan Iklan Google Adsense Pada Mobile View

Google Adsense adalah antara 'pemain' utama dalam dunia pengiklanan maya. Ramai yang sudah menjana ribuan ringgit dengan iklan Google Adsense yang diletakkan pada blog ataupun laman web mereka. Bagi saya sendiri, blog ini masih dalam tempoh percubaan untuk mengoptimasikan iklan Google Adsense. Dengan sedikit ilmu yang ada serta ilmu daripada ebook Jana Wang Google Adsense, saya mula bercita-cita untuk mempelajari Google Adsense lebih mendalam lagi.

Ok? Berbalik kepada topik..

Blog atau laman web kita biasanya dikunjungi sama ada melalui komputer ataupun peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet. Menurut analisa daripada Google Analytics bagi blog ini, hampir 80% pengunjung yang datang ke blog ini adalah dengan menggunakan peranti mudah alih. 

Ini memberikan satu isyarat bahawa betapa pentingnya untuk mengoptimasikan paparan blog dan sekaligus mengoptimasikan iklan Google Adsense untuk blog kita ketika dilayari menggunakan peranti mudah alih. 


Sedikit rujukan awal:

Ok.

Cara Meletakkan Iklan Google Adsense pada Mobile View adalah seperti berikut: 


  • Log masuk ke dalam akaun Google Adsense anda dan buatkan satu iklan responsive baru. Salin kod (CTRL+C) bagi iklan yang anda telah buat.
  • Masuk ke  http://www.freehtmlparser.blogspot.com/ dan tampalkan (CTRL+V) kod yang telah anda salin tadi dan tekan Encode
  • Masuk ke dalam akaun blogger anda dan masuk ke bahagian Template. Tekan Tetapan Mobile View dan pilih Custom template dan Save.
  • Kemudian tekan pada Edit HTML.
  • Seterusnya, cari baris kod seperti dibawah (gunakan CTRL + F):

Kod 1
<b:includable id='mobile-post' var='post'>

  • Selepas Kod 1 seperti di atas, cari pula Kod 2. Kod 2 biasanya terletak beberapa baris di bawah Kod 1.

Kod 2
<div class='post-body entry-content' expr:id='&quot;post-body-&quot; + data:post.id' itemprop='articleBody'>

  • Setelah anda jumpa kod 2, tampalkan kod yang anda telah Encode tadi di bawah Kod 2.
  • Kemudian Save Template.
  • 5 minit kemudian anda cuba buka blog anda menggunakan mobile device.
Setelah anda masukkan kod iklan Google Adsense tersebut, anda akan dapat lihat iklan di bahagian bawah artikel anda dalam jika blog anda dibuka dengan menggunakan peranti mudah alih. Tetapi cara ini hanyalah untuk anda yang menggunakan platform Blogger untuk berblog. 

Ok? Saya harap anda faham dengan penerangan yang diberikan. Sebarang kemusykilan sila nyatakan di ruangan komen.


0 comments:

Catat Ulasan

click tracking