Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog

Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog

Penggunaan telefon pintar dan tablet sekarang bukan sekadar untuk perhubungan tetapi juga ramai yang menggunakan telefon pintar sebagai sumber mencari maklumat. Termasuk juga saya sendiri. Dan salah satu sumber maklumat yang penting dalam dunia maya adalah blog. Oleh itu adalah sesuatu yang amat penting untuk memastikan blog kita sentiasa 'Mobile Friendly' atau mesra telefon pintar dan tablet untuk membolehkan pembaca dapat membaca blog kita dengan selesa walaupun dengan hanya menggunakan telefon pintar.

Pernahkah anda membuka sebuah blog di telefon pintar dan dapati paparan yang keluar adalah sama seperti menggunakan komputer yang menyebabkan anda perlu zoom in untuk baca apa yang dikongsikan? Ia bukan sahaja menyusahkan para pembaca untuk baca malah lebih sukar lagi untuk menekan pautan-pautan yang ada pada blog tersebut. Perkara sebegini lah yang perlu dielakkan oleh para blogger sekiranya inginkan pembaca yang setia.

Ok.

Pada kali ini saya nak kongsikan cara asas untuk menyediakan blog yang mesra telefon pintar. Secara asasnya, ada dua perkara yang perlu diambil kira untuk menjadikan sesebuah blog itu 'mobile friendly'. Dua perkara tersebut adalah:
  • Template Blog
  • Setting Blog
Cara yang saya nak tunjukkan ini adalah tidak memerlukan sebarang pindaan pada html template anda. Dan perkongsian ini adalah untuk mereka yang menggunakan platform Blogger sahaja. Mungkin bagi yang menggunakan Wordpress ada plugin tertentu untuk menjadikan blog itu mesra telefon pintar. 

Template Blog

Template blog adalah perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam menjadikan blog kita mesra telefon pintar. Semasa membuat pilihan template, pastikan template kita itu adalah Responsive. Ini bermakna, template tersebut akan secara automatik mengadaptasi paparan blog berdasarkan device yang digunakan. Sebagai contoh, jika pembaca buka blog kita menggunakan telefon pintar, template tersebut akan menyusun paparan dan tulisan mengikut saiz skrin telefon pintar dan pembaca tidak perlu lagi kecilkan mata atau zoom in setiap kali nak baca perkongsian dalam blog kita.

Bagaimana nak dapatkan template yang Responsive? 

Banyak template yang Responsive boleh di muat turun daripada internet. Salah satu laman yang saya tahu untuk download template adalah di Templateify. Anda juga boleh Google "Responsive Blogger Template" dan nanti anda akan dapat lihat banyak senarai laman web yang membolehkan anda muat turun template responsive secara percuma. Setelah anda download template tersebut, anda perlu tukar template sedia ada anda dengan template yang baru anda muat turut tadi. Jika anda tidak tahu cara nak tukar template blogger asal dengan yang anda muat turun, anda boleh baca dengan terperinci di artikel ini : Cara Memasang Template Blogger. Di artikel tersebut saya kongsikan langkah demi langkah untuk menukar template anda yang asal kepada template yang anda muat turun sendiri.

Setting Blog

Sama ada anda sedar atau tidak, terdapat tetapan pada Blogger untuk anda memastikan blog anda mesra telefon pintar. Ok. Jika anda buka tetapan blog anda, tekan pada pautan Template. Ini adalah paparan yang akan anda lihat.

Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog

Pada bahagian tetapan paparan, akan ada preview untuk paparan blog anda semasa dalam komputer dan juga untuk Mobile. Tekan pada butang di bawah paparan Mobile dan anda akan masuk ke tetapan paparan mobile.

Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog

Jika anda menggunakan repsonsive template, anda boleh pilih pilihan pertama dimana blog anda akan dipaparkan mengikut device yang digunakan dan lebih mesra pembaca. Pilihan kedua pula membolehkan anda untuk memaparkan blog anda dalam paparan seperti dalam komputer walaupun blog anda dibuka melalui telefon pintar atau tablet.

Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog

Pada bahagian 'Choose Mobile Template' pilih 'Custom' untuk menggunakan template responsive yang anda pasang tadi. Dan anda perlu tekan 'Preview' untuk lihat contoh paparan blog anda di device mudah alih. Anda juga boleh scan QR kod yang diberikan dengan menggunakan telefon pintar anda untuk melihat secara langsung paparan blog anda apabila pengunjung blog anda menggunaan telefon pintar. Setelah anda berpuas hati, anda boleh tekan Save.

Selain daripada memberikan keselesaan kepada pembaca, 'mobile friendly' blog juga adalah salah satu kriteria yang disukai oleh pihak Google dalam memberikan ranking bagi blog anda. Jadi tunggu apa lagi. Jom jadikan blog kita mobile friendly!

Terima kasih kerana membaca Cara Asas Menyediakan 'Mobile Friendly' Blog. Adakah blog anda sudah mesra mobile device? Berikan jawapan anda di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top