Cara Mengubati Hati Yang Mati

Cara Mengubati Hati

Cara Mengubati Hati. Manusia yang hidup dengan hati yang mati pastinya akan sentiasa rada tertekan dalam hidupnya. Mudah stress dan mudah menjadi pemarah. Hati yang hidup akan menyebabkan seseorang sentiasa dalam ketenangan dan kesabaran.

Pada hari jumaat yang mulai ini, saya nak kongsikan cara mengubati hati. Sebelum itu saya kongsikan kepada anda satu lagu dari Opick : Tombo Hati ( Ubat Hati )


Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur'an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani

Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salahsatunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi

Pernah dengar lagu ini? Jika belum, boleh cari dan dengarnya di YouTube. Apa yang penting adalah, lirik dalam lagu ini mengajar kita bagaimana cara untuk mengubati Hati.

Baca Qur'an dan maknanya

Tanya kepada diri kita sendiri, berapa kerap kita membaca Qur'an? Sekali sehari? Seminggu sekali? Jika sudah membacanya, sudahkan kita memahaminya? Semoga kita sentiasa menjadi insan yang rajin membaca Qur'an.

Solat Malam dirikanlah

Saya akui bukan mudah untuk bangun malam bersolat. Tetapi fikirkanlah..Sekiranya kita boleh bangun malam untuk tulis blog, main game komputer dan sebagainya, kenapa kita tak boleh bangun malam untuk solat. Nak lebih bagus, sebelum buat perkara-perkara tersebut, solat dulu.

Selain daripada itu, kita hendaklah sentiasa memperbaiki solat kita. Banyak bahan bacaan tentang tatacara solat nabi boleh dijadikan panduan. Semoga kita akan mendapat lebih keredhaan dan keberkatan.

Berkumpul dengan orang soleh

Majlis ilmu itu adalah taman taman syurga Sesekali pergilah ke majlis majlis ilmu bagi mengulangkaji tentang ilmu agama kita. Jika kita selalu ulangkaji tentang sesuatu perkara, begitulah juga perlunya ulangkaji tentang ilmu agama.

Perbanyakkan berpuasa

Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga. Malah ianya adalah amalan yang mengajar erti kesabaran, menahan diri dari melakukan maksiat dan mengajar erti kesyukuran.

Zikir malam perbanyakkanlah.

Zikir itu adalah perkara yang ringan di lidah tetapi berat ganjarannya di neraca timbangan Allah. Selalulah menyebut dan memuji yang memberikan kita rezeki dan pencipta seluruh alam ini.

Perkongsian kali ini adalah ditujukan khasnya sebagai peringatan diri saya sendiri dan sahabat sahabat sekalian. Sekiranya bermanfaat, gunakanlah. Saya bukan PU, saya sekadar blogger kecil.

Terima kasih kerana membaca Cara Mengubati Hati. Bila kali terakhir kita audit diri sendiri? Tidak perlu komen. Cukup jawab pada diri sendiri.

Jangan lupa follow saya di Google+ dan Facebook sebagai tanda sokongan anda. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top