WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Hilangkan Bau Kurang Enak Dalam Kereta

Cara Hilangkan Bau Kurang Enak Dalam Kereta

Pernah tak anda mengalami masalah untuk hilangkan bau dalam kereta? Bau yang tidak enak ini mungkin disebabkan minuman tertumpah di dalam kereta ataupun kita ada membawa barang yang kurang berbau enak di dalam kereta seperti buah durian atau sebagainya. Keadaan tadi adalah sebahagian contoh yang boleh membuatkan kereta kita berbau kurang enak. 

Pada zaman sekarang, semua orang pastinya menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama. Salah satu perkara yang penting dalam penjagaan kereta kita adalah dengan sentiasa memastikan kereta kita dalam keadaan selesa. Maka memang menjadi masalah jika kereta kita berbau kurang enak dan kita terpaksa menahan hidung dari menghidu aroma yang kurang enak.

Pada kali ini saya ingin berkongsi cara hilangkan bau dalam kereta yang pernah saya ikhtiarkan bagi menghilangkan bau-bauan yang kurang enak dalam kereta saya.

Teknik Pertama : Arang

Anda boleh membeli ketulan arang yang kita selalu guna untuk membuat BBQ dan letakkan di dalam kereta terutamanya di tempat yang berbau tersebut. Arang ini akan bersifat menyerap semua bau-bauan tersebut.

Teknik Kedua : Roti

Saya tidak tahu bagaimana ia memberi kesan, tetapi anda boleh mencuba untuk letakkan roti putih yang kosong seperti jenama Gardenia itu di dalam kereta ada. Keluarkan roti tersebut dari plastik bungkusannya dan letakkan di tempat yang berbau. Lama-kelamaan bau kurang enak tersebut akan hilang diserap oleh kepingan roti tadi.

Teknik Ketiga : Daun Pandan

Cuba dapatkan daun pandan atau belinya di pasar. Ikatkan atau simpulkan daun pandan tersebut dan kemudian letakkan dan tinggalkan di dalam kereta. Daun pandan ini akan mengeluarkan aroma bau pandan dan akan mengurangkan bau-bauan yang kurang enak dalam kereta anda.

Teknik Keempat : Serbuk Kopi

Anda juga boleh mencuba teknik ini. Beli kopi serbuk dari kedai runcit, keluarkan dari plastik bungkusannya dan pindahkan ke dalam beberapa bekas dan tinggalkan bekas berisi kopi tersebut di dalam kereta. Serbuk kopi ini juga boleh menyerap bau-bauan yang kurang enak dari kereta kita.

Teknik Kelima : Jemur

Teknik ini juga boleh mengurangkan bau kurang enak dari kereta kita. Bagi kes saya yang tertumpah air sirap. Mulanya saya akan lap kawasan tumpahan air sirap tersebut dengan tuala basah. Kemudian saya sembur sedikit semburan penyegar udara di kawasan tumpahan. Dan kemudiannya saya tinggalkan kereta di jemur di bawah sinar matahari sambil kesemua pintu kereta dan bonet dibiarkan terbuka. Ulang beberapa kali dan hasilnya dapat kita lihat bau tersebut semakin berkurangan.

Teknik Keenam : Combo

Sebenarnya ini adalah teknik yang saya amalkan dimana saya gabungkan teknik-teknik diatas. Letakkan arang, roti dan daun pandan di dalam kereta supaya pada malam hari, ia akan menyerap bau yang kurang enak tersebut. Manakala apabila siang hari saya akan jemur kereta di bawah sinaran matahari. Saya juga ada membeli sedikit pewangi kereta yang saya letakkan di bahagian hadapan dan belakang ruang kereta. Kesan bau kurang enak tersebut dapat di atasi dengan lebih cepat sekiranya kita menggunakan teknik Combo ini.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Terima kasih kerana membaca Cara Hilangkan Bau Kurang Enak Dalam Kereta. Anda ada cara lain untuk hilangkan bau dalam kereta? Kongsikan di ruangan komen.

Jangan lupa follow kami di Google+ dan Facebook 


3 ulasan: Leave Your Comments

  1. semua cara diatas belum pernah buat kecuali guna pewangi yang dibeli..

    BalasPadam

click tracking