Setiap orang pastinya pernah mengalami stress atau tekanan. Tidak kira sama ada tekanan di tempat kerja atau tekanan kehidupan, setiap orang pasti pernah merasainya. Apa yang membezakan antara setiap orang adalah bagaimana cara mereka mengatasi stress tersebut.Â
Tekanan adalah merupakan satu tindakbalas yang penting dalam badan dan kehidupan manusia. Walaubagaimanapun, tekanan yang berlebihan boleh memudaratkan dan memberikan efek yang buruk kepada metal dan fizikal manusia.
Stress di tempat kerja sememangnya sesuatu yang tidak asing lagi. Bak kata pepatah, kerja kalau 25jam sehari pun takkan pernah habis! Begitu juga tekanan kehidupan yang jika tidak di uruskan dengan baik pastinya memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Jadi bagaimana cara mengatasi stress yang efektif?
Cara 1 :Â Sedut nafas panjang-panjang, hembus perlahan-lahan dan betulkan niat anda. Jangan cuba puaskan hati semua orang.
Sesungguhnya setiap amalan anda di dunia ini bermula dengan niat. Jika niat anda ingin memuaskan hati semua orang, pastinya anda akan rasa sangat tertekan. Adalah mustahil untuk lihat semua orang berpuas hati dengan apa yang anda lakukan. Ikatkan niatkan anda untuk berkerja hanya semata-mata kerana Allah pasti hati akan menjadi lebih penting.
Cara 2 : Pentingkan yang penting, tepikan dahulu yang kurang penting.
Jika anda sedang mengalami stress atau tekanan. Anda sebenarnya perlu memilih perkara yang sangat penting dari perkara-perkara yang penting yang anda lakukan. Keutamaan dalam membuat pekerjaan dan memilih keutamaan adalah penting dalam menjaga ketenangan diri.
Cara 3 : Bercuti
Anda mungkin terlalu kuat bekerja sehingga anda tiada masa untuk diri anda dan keluarga anda. Ambillah cuti sehari dua untuk menenangkan diri. Semasa cuti lupakan semua pekerjaan anda dan tenangkan diri anda.
Cara 4 : Perbanyakkan meminta maaf dan memberi kemaafan.
Jika anda melakukan kesilapan dalam pekerjaan atau kehidupan, jangan malu untuk meminta maaf. Meminta maaf dan memberi maaf sebenarnya memberikan impak yang sangat besar dalam emosi diri manusia. Orang yang rajin memberi dan meminta maaf akan lebih tenang. Anda boleh bermula dengan memaafkan semua rakan sekerja anda, pasangan dan ahli keluarga anda. Hati anda pastinya akan lebih tenang.
Cara 5 : Bergaul dengan orang-orang yang positif
Rakan anda adalah gambaran diri anda. Jika anda dikelilingi rakan yang sentiasa tertekan pastinya anda secara automatik akan berasa tertekan. Seelok-eloknya ada perlu kurangkan bergaul dengan orang yang mudah tertekan. Dalam masa yang sama anda berusaha untuk menjadi lebih kuat dalam mengatasi tekanan dan apabila anda telah cukup kuat, andalah yang akan memimpin rakan disekeliling anda untuk terus positif dan mengawal tekanan.Â
Cara 6 : Tidur yang cukup
Cara yang paling mudah untuk mengatasi stress adalah dengan mendapat tidur yang cukup. Bagi seorang dewasa, paling baik adalah dapat tidur selama 6 jam untuk mendapat kesegaran pada keesokan harinya. Jadi jagalah waktu tidur anda supaya anda akan lebih fokus dalam menjalankan pekerjaan anda.Â
Itulah sebahagian cara untuk mengatasi stress. Biarlah orang mengatakan anda, tetapi anda tetap tenang. Biarlah orang tidak mengenali anda, tetapi anda tetap tenang.Â
Terima kasih kerana membaca Cara Mengatasi Stress Yang Efektif. Berikan komen anda dan kongsikan dengan rakan-rakan anda yang memerlukan.