Cara Semak Status Halal Terkini

Cara Semak Status Halal

Cara Semak Status Halal. Perkara utama yang perlu kita pertimbangkan semasa membeli sesuatu adalah status halal perkara tersebut. Secara fizikalnya, cara paling mudah untuk membuat semakan status halal adalah dengan melihat logo halal JAKIM. Logo halal JAKIM yang original mempunyai ciri-ciri yang berikut.

Logo Halal JAKIM


Cara Semak Status Halal

  • Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
  • Perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang.
  • Diikuti tulisan rumi “HALAL”.
  • Bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab.
  • Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.


Semak Status Halal

Status halal sesuatu produk atau keluaran amatlah penting untuk umat Islam. Dan tahukah anda bahawa kita boleh semak status halal secara online di Portal Rasmi Halal Malaysia. Di portal tersebut, kita boleh menyemak status halal berdasarkan 11 kategori.

Cara Semak Status Halal

Mudah sahaja penggunaan portal ini. Kita hanya perlu masukkan nama produk atau nama syarikat ke dalam maklumat carian dan kemudian kita akan diberikan status halal sama ada produk tersebut mendapat pensijilan halal atau tidak. Sebagai contoh di bawah, saya membuat carian bagi premis 'Burger King' dan hasilnya adalah seperti di bawah.

Cara Semak Status Halal

Jika kita lihat dalam hasil carian 'Burger King' dibahagian kiri portal, terdapat 45 premis makanan, 6 menu makanan dan 27 produk yang mempunyai pensijilan halal dengan JAKIM. Ini adalah contoh cara semak status halal bagi premis makanan. Anda boleh cuba untuk jenama-jenama yang lain.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan halal dan pensijilannya, anda juga boleh terus hubungi Hab Halal JAKIM untuk rujukan.

Logo Halal Luar Negara

Jika kita perhatikan, banyak makanan yang mempunyai logo halal tetapi bukan logo halal JAKIM. Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui bahawa ada badan-badan Islam yang telah diiktiraf oleh JAKIM di seluruh negara. 

Ini adalah penting untuk mengelakkan pengguna merasa was-was untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu ketika berada di luar negara dan juga untuk membeli barang-barang yang diimport ke Malaysia. 

Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru. Kita boleh menghubungi badan Islam yang diiktiraf atau menghubungi terus pihak JAKIM untuk maklumat lanjut. Atau kita boleh memuat turun senarai badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di Portal Halal JAKIM.

Terima kasih kerana membaca Cara Semak Status Halal Terkini. Sebarang komen boleh dinyatakan di bawah. Jangan lupa untuk follow saya di Google+ dan Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top