WHAT'S NEW?
Loading...

Cara Berkesan Untuk Mengawal Kemarahan - 5 Cara

cara berkesan untuk mengawal perasaan marah


Cara Berkesan untuk Mengawal Kemarahan. Semua orang pastinya pernah berasa marah. Tetapi tidak semua orang pandai mengawal kemarahannya. Kemarahan adakalanya diperlukan untuk menunjukkan ketegasan tetapi jika tidak dikawal, ianya dapat membawa kepada perkara yang lebih buruk.

Kemarahan yang tidak terkawal akan mendatangkan kemudarat berbanding kebaikan. Sebagai contoh seorang ayah yang marahkan anaknya, jika tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya penderaan fizikal dan mental kepada anak-anak.

Berikut saya kongsikan cara mengawal kemarahan yang berkesan :

Berwuduk

Berwuduk adalah cara yang paling efektif dalam mengawal kemarahan kerana sumber kemarahan adalah daripada syaitan yang diciptakan daripada api. Dan lawan kepada api adalah air. Berwuduk juga akan dapat menyejukkan badan kerana fizikal seseorang yang sedang marah adalah panas. 

Jika tidak dapat berwuduk, sekurang-kurangnya cuci muka untuk mendapatkan kesegaran semula. Setelah berwuduk atau membasuh muka, fikir kembali sebab anda marah dan fikirkan rasional disebalik kemarahan anda. 

Berubah posisi

Jika semasa marah anda berada dalam keadaan berdiri, duduk sebentar untuk mendapatkan ketenangan. Jika anda sedang duduk, mungkin anda boleh berbaring atau merubah posisi badan. Perubahan posisi ini dapat mengawal kemarahan kerana badan dan fizikal kita tidak terlalu tertumpu kepada kemarahan. Dan ini akan membantu kita mengawal kemarahan tersebut.

Tukar topik perbualan

Jika terdapat perbualan yang mnimbulkan kemarahan anda, ubah topik perbualan yang membuatkan anda marah kepada topik yang lain, jangan hanya tertumpu pada topik yang menimbulkan kemarahan anda. Perubahan topik ini dapat menukarkan mood anda dan memudahkan kita mengawal perasaan marah.


Minum air

Selain dari itu, cara berkesan untuk mengawal kemarahan adalah dengan meminum air. Jika anda sedang marah, minum sedikit air akan dapat menenangkan dan menyejukkan badan. Sebab itu ramai pakar motivasi yang menasihatkan untuk memberikan air kepada suami yang baru pulang dari kerja kerana suami yang baru balik bekerja mungkin mengalami stress dan mudah marah. Jadi, dengan memberikan suami air, badan dan hati suami akan lebih tenang dan sejuk.
   

Beredar dari zon marah 

Satu lagi cara berkesan untuk mengawal perasaan marah adalah dengan beredar dari zon kemarahan. Sebagai contoh, anda marah di ruang tamu, anda perlu beredar dari kawasan ruang tamu untuk mengawal kemarahan. Pergerakan badan ke zon yang lebih tenang akan membantu diri lebih mudah untuk mengawal kemarahan. Badan anda juga tidak akan terlalu fokus kepada kemarahan.

Doa, doa, doa

cara berkesan untuk mengawal kemarahan
Bacaan Taawuz

Jika anda terfikir untuk marah, bacalah Taawuz. Membaca Taawuz akan menghindari diri anda daripada kemarahan yang tidak terkawal. Bagi mereka yang mempunyai sifat baran, anda hendaklah sentiasa berdoa untuk mendapatkan ketenangan jiwa dan minda. Doa itu sendiri akan memberikan ketenangan kerana dengan doa, kita akan menyerahan segala urusan kepada Allah dan sentiasa sedar bahawa setiap yang berlaku adalah dalam ketentuan Allah. 

Kesimpulannya, orang yang paling kuat bukanlah orang yang dapat mengangkat ratusan bebanan tetapi orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal dirinya apabila sedang dalam keadaan marah.

Jika anda kerap marah kerana terlalu tertekan dengan kehidupan dan pekerjaan seharian, anda mungkin boleh belajar cara untuk mengawal stress. Ini akan membantu anda untuk mengawal stress dan seterusnya mengawal kemarahan anda. 

Sama-samalah kita amalkan. Semoga kita sentiasa tenang dalam mengahadapi segala ujian dan cabaran.



Terima kasih kerana membaca Cara Berkesan untuk mengawal kemarahan. Berikan pengalaman, pendapat dan komen anda.

0 comments:

Catat Ulasan

click tracking