Soal Jawab Wikicara #1 : Sijil SSM Rosak atau Hilang?



Ini adalah soalan pertama yang saya terima daripada En Morli bin Esa. Beliau bertanyakan berkenaan sijil SSM beliau yang telah musnah akibat banjir kilat dan beliau ingin tahu tarikh pembaharuan sijil SSM tersebut.

Ok. Kepada En Morli bin Esa.

Sepanjang pengetahuan saya, encik tidak boleh tahu tarikh pembaharuan ataupun apa sahaja maklumat di dalam sijil encik kecuali encik dapatkan semula salinan sijil SSM. Kaedah untuk dapatkan salinan sijil tersebut ada dua cara. Iaitu secara online dan juga di kaunter.

Secara Online

Encik boleh dapatkan sijil secara online melalui laman web berikut:


Tetapi untuk mendapatkan salinan tersebut encik perlu buat bayaran sebanyak RM15 atau RM20. Saya ada terangkan sedikit sebanyak tentang SSM e-info dalam artikel di sini.

Kaunter Pejabat SSM

Kita boleh dapatkan salinan sijil SSM yang hilang atau rosak secara percuma di mana-mana kaunter pejabat SSM.

Sumber maklmat : SSM

Saya harap jawapan ni sedikit sebanyak dapat membantu encik yang bertanya dan juga kepada pembaca yang lain. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan lagi, boleh lah nyatakan diruangan komen ye 😊

Sekiranya pembaca lain mempunyai masalah atau sebarang persoalan lain, bolehlah di ajukan pada borang yang terpapar. Saya akan cuba jawab sebaik dan secepat mungkin 😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top