Cara Beli Barang Dari Taobao Melalui Lazada


Lazada Malaysia adalah antara ecommerce yang paling terkenal di Malaysia. Seingat saya, Lazada jugalah antara yang mula mula sekali mencetuskan fenomena edagang di Malaysia. Selepas itu barulah banyak edagang lain masuk dalam Malaysia. 

Saya pernah menceritakan cara jimat berbelanja di Lazada pada artikel sebelum ini. Dan saya ada juga kongsikan video cara membeli barang dari Lazada untuk mereka yang baru nak belajar membeli dari Lazada dalam Youtube Channel saya

Baru baru ini, Lazada Malaysia melangkah setapak lagi kehadapan dengan memperkenalkan fungsi membeli barang Taobao melalui Lazada Malaysia.

Saya percaya ini kerana permintaan untuk membuat pembelian di China terutamanya melalui Taobao mulai tinggi di kalangan rakyat Malaysia kerana ramai yang dah tahu bahawa Taobao merupakan antara pasaran borong terbaik untuk mereka memulakan perniagaan. 

Kini kita mempunyai pelbagai pilihan untuk membeli barang dari China antaranya adalah dengan membeli secara terus menggunakan Taobao ataupun membeli melalui Lazada. Sebelum ini saya memang membeli terus dari China sama ada menggunakan laman web Aliexpress, Taobao ataupun Ezbuy.

Saya ada kongsikan video membeli barang dari Aliexpress dan Ezbuy dalam Youtube Channel saya. Anda boleh lihat dan subscribe Youtube Channel saya di sini

Bagi yang nak tahu cara terbaik untuk membeli barang dari Taobao, anda boleh dapatkan panduan beli barang dari Taobao. Saya pun salah seorang yang dah dapatkan panduan tersebut. Secara keseluruhannya, panduan membeli borong di Taobao memang membantu saya. Tetapi disebabkan saya lebih suka untuk membeli untuk kegunaan sendiri, saya lebih suka untuk membeli barang di Aliexpress ataupun Lazada Malaysia.

Ok.
Lazada Malaysia

Apa yang saya perasan, konsep membeli barang dari Taobao melalui Lazada Malaysia ini hampir sama seperti membeli barang dari China dengan Ezbuy.

Tapi jika diberi pilihan, saya rasa membeli dari Taobao melalui Lazada Malaysia lebih mudah berbanding menggunakan Ezbuy atas beberapa sebab:

Kemudahan pembayaran

Pembayaran boleh dibuat seperti biasa melalui kad debit, kad kredit, online banking dan lain lain. Ini adalah jauh lebih mudah berbanding dengan ezbuy yang memerlukan kita untuk isi akaun kita dengan duit barulah boleh buat pembelian melalui Ezbuy. Pengisian duit dalam akaun kita boleh melalui perbankan atas talian dan juga cash deposit.


Kelemahan menggunakan Lazada adalah anda tidak boleh membuat pembayaran menggunakan cash deposit. Sebaiknya pembayaran adalah menggunakan perbankan atas talian, kad debit atau kad kredit. 


Kos penghantaran

Bagi seorang peniaga, Setiap sen adalah berharga. Itulah yang cuba diambil perhatian oleh lazada. Lazada menawarkan kos penghantaran tetap RM7.99 untuk item yang kita beli dari Taobao melalui Lazada Malaysia. Berapa banyak item pun kita beli, kos penghantaran tetap sama. Jika pembelian melebihi RM80, kos penghantaran adalah percuma.

Jika dibandingkan Ezbuy, kos penghantaran adalah RM8.80, tetapi hanya untuk mereka yang mendaftar sebagai ahli Prime.

Inilah yang dinamakan persaingan dalam perniagaan. Setiap perniagaan membuat penambahbaikan untuk memenangi hati pengguna. Yang mendapat manfaat adalah pengguna. 😁

Pengalaman Guna Taobao dan Lazada Malaysia

Tetapi satu perkara yang saya tak dapat nak buktikan adalah perbandingan harga dari Lazada Malaysia dan Taobao. Saya ada cuba untuk membandingkan harga untuk item yang terpapar pada barang Taobao di Lazada adalah sama dengan laman web pasal Taobao, tetapi agak sukar untuk mencari item yang sama yang dipaparkan di Taobao dan Lazada.

Ini kerana perbezaan bahasa yang digunakan menyukarkan saya untuk membuat perbandingan. Jadi saya tidak dapat bandingkan dengan tepat harga untuk item yang sama. 

Walaubagaimana pun, pembelian barangan Taobao melalui Lazada Malaysia adalah lancar seperti biasa. Tiada masalah yang saya hadapi daripada proses pembelian sehinggalah barang tersebut sampai. Barang saya sampai dalam masa lebih kurang 2 minggu. Pada saya kos penghantaran dan juga masa yang diambil untuk barang sampai adalah sangat baik.

Itulah serba sedikit pengalaman saya membeli barang Taobao melalui Lazada. Anda ada pengalaman yang nak dikongsikan? Kongsikan di ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top