Cara Membeli Barang di Aliexpress


Cara Membeli Barang di Aliexpress. Siapa nak membeli barangan terus dari China? Kini ramai yang beralih arah untuk membeli barangan terus dari China tidak kira untuk berniaga mahupun untuk kegunaan sendiri. Saya sendiri gemar membeli barangan dari China terutamaya daripada laman web Aliexpress.


Pada kali ini saya akan kongsikan pengalaman saya membeli barang di laman Aliexpress. Saya akan juga kongsikan kepada anda beberapa tips untuk membeli di Aliexpress dengan lebih jimat.


1. Pemilihan Barang

Cara saya memilih barang di Aliexpress adalah mula-mula taipkan barangan yang anda nak beli. Sebagai contoh saya ingin membeli 'xiaomi wireless speaker'. Setelah carian berjaya, saya akan susunkan (sort) mengikut rating item yang dipaparkan. Ini akan membantu saya mencari penjual yang boleh dipercayai dan mempunyai maklumbalas yang positif.

2. Bayaran

Anda boleh membuat bayaran melalui kad kredit atau kad debit. Apabila anda selesai membuat pembayaran, anda akan dapat emel yang menyatakan pembayaran telah berjaya dan dalam proses. Masa pemprosesan kadang kala memakan masa beberapa hari.

3. Postage

Setiap item akan mempunyai cara penghantaran yang berlainan. Penghantaran secara percuma biasanya menggunakan Aliexpress Standard Shipping. Penghantaran secara percuma ini akan mengambil masa yang agak lama iaitu antara 18 hari - 30 hari untuk sampai ke rumah anda. Apabila barang kita mula diposkan, ia akan memberitahu kita melalui emel dan memberikan nombor pengesan (tracking number). 

4. Buyer dispute

Apabila anda membeli sesuatu barang, anda dilindungi oleh Aliexpress melalui Buyer Protection Time iaitu satu jangka masa yang diberikan untuk pembeli meminta refund sekiranya barang tidak memuaskan atau berlaku sebarang penipuan. Walau bagaimanapun, tempoh masa untuk minta wang semua ini hanyalah 15 hari selepas kita menerima barang. Lebih daripada itu, secara automatik pihak Aliexpress menganggap kita berpuas hati dengan barang yang diterima.

Ok?

Setakat hari ini, saya tidak pernah lagi meminta wang dikembalikan kerana semua barang yang saya beli adalah memuaskan. Tetapi jika anda mempunyai sebarang masalah dengan barang yang anda beli, jangan teragak-agak untuk meminta wang gantirugi daripada Aliexpress.

Cara terbaik membeli di Aliexpress

1. Menggunakan Shopback

Shopback adalah laman web yang memberikan anda 'cashback' sekiranya anda membeli di Aliexpress melalui laman tersebut. Sebagai contoh, anda ingin membeli kasut baru di Aliexpress. Apa yang anda perlu lakukan adalah masuk ke dalam laman Shopback dan klik pada ikon Aliexpress. Anda akan dibawa ke laman Aliexpress dan anda boleh membeli belah seperti biasa. Apa yang berlaku adalah, setiap pembelian di Aliexpress melalui Shopback, 8-12% nilai perbelanjaan anda di Aliexpress akan dikembalikan (cashback). Dan apabila cashback terkumpul telah mencapai nilai sekurang-kurangnya RM20, anda boleh masukkan ke dalam akaun bank anda. Selain daripada Aliexpress, pelbagai lagi laman jualan online termasuk Lazada boleh anda gunakan melalui Shopback. 

Sebagai contoh, anda membuat pembelian di Lazada melalui Shopback dengan nilai RM100, secara automatik, sebanyak RM12 (12%) akan dikembalikan ke akan Shopback anda. Untuk menggunakan Shopback, anda hanya perlu mendaftar di Shopback secara percuma.

2. Membeli dari link affiliate anda

Tahukan anda bahawa jika anda membeli menggunakan affiliate link Aliexpress anda sendiri anda juga boleh mendapat komisen? Ya!. Sekiranya anda mahu membeli sesuatu di Aliexpress tetapi masih belum ada akaun Shopback, anda ada pilihan iaitu dengan menyertai program Affiliate Aliexpress. Setelah itu, sekiranya anda nak beli sesuatu di Aliexpress, gunakan link affiliate anda sendiri untuk membeli barang tersebut. Anda akan dapat komisen antara 8-12% daripada nilai barang yang anda beli. Nak dapat lebih banyak duit lagi? Promosikan link affiliate Aliexpress anda.


Kelebihan beli barang di Aliexpress

  • Perkara pertama yang saya suka tentang Aliexpress adalah pilihan harga yang berpatutan. 
  • Perkara kedua yang saya suka tentang Aliexpress adalah terdapat pelbagai jenis pilihan barang yang kadangkala tiada pun di Malaysia. 

Kekurangan membeli di Aliexpress

Sedikit kekurangan membeli di Aliexpress adalah penghantaran secara percuma mengambil masa 15-30 hari untuk sampai ke rumah. Jika anda nak pos yang cepat memerlukan anda tambah duit yang agak banyak dan ini akan menyebabkan nilai keseluruhan barang yang anda beli menjadi mahal. Saya sendiri menggunakan pos percuma Aliexpress.

Barang apa yang terbaik untuk beli di Aliexpress?

1. Pakaian

Saya pernah membeli smartphone, baju kanak-kanak, elektronik dan peralatan komputer dan lain-lain. Secara keseluruhannya pada saya barangan yang paling sesuai untuk kita beli di Aliexpress adalah pakaian. Hinggakan ada kawan saya sendiri membeli baju perkahwinan di Aliexpress! Kualiti baju yang dijual adalah memuaskan pada saya. Tetapi anda perlu berhati-hati dengan pemilihan saiz pakaian.

2. Elektronik

Barangan elektronik kecil seperti pendrive juga boleh dibeli daripada Aliexpress. Tetapi barangan elektrik yang bersaiz sederhana dan besar saya tidak galakkan untuk dibeli di Aliexpress.

3. Barang perhiasan wanita

Saya tidak pernah membeli barang perhiasan wanita di Aliexpress, tetapi barang perhiasan wanita sentiasa menjadi barang yang tersenarai dalam bestseller di Aliexpress.



Ok.

Itulah pendapat saya dan cara saya membeli barang di Aliexpress. Apa pendapat anda tentang laman membeli belah Aliexpress? Kongsikan pengalaman pahit manis anda membeli di Aliexpress di ruangan komen ye. :-)

51 ulasan:

  1. Balasan
    1. boleh cuba beli barang yang murah2 dulu :-) saya dah banyak kali beli di Aliexpress :-)

      Padam
    2. plg cepat dpt brg dlmtempoh bpa lama ye? ad x belas2 hari

      Padam
    3. Ali express guna pos apa kat malaysia. sy tak tau nak check dgn pos mana. sbb dlm link Ali express. tak bgtau caurier apa hantar kat malay. boleh minta bantuan

      Padam
    4. Sy ada beli brg elktronik utk psg hfon. Masalah brg tak ngam..mcm mana ya nak return barang tu semula..aliexpress ni office dia kt mana..mohon ajarkan

      Padam
  2. Boleh bagitahu pembayaran guna debit kad macam mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana singgah ke sini. Ok puan, puan lihat semula video yang saya kongsikan pada minit ke 4.56, pada Payment Method, puan boleh pilih Other Payment Method, puan akan diberi pilihan untuk membuat bayaran melalui kad (kredit atau debit) dan lain-lain pilihan.

      Sekiranya transaksi gagal, ada kebarangkalian pembekal kad debit (bank) yang sekat transaksi tu, jadi puan perlu telefon customer service bank untuk 'open' international transaksion terlebih dahulu (ckap dengan operator tu nak bayar aliexpress pun boleh)..kemudian lepas 15 minit boleh cuba buat bayaran semula..

      Padam
  3. saya ada perancangan hendak membeli basikal lipat berharga hampir usd1900 termasuk penghantaran. Boleh tuan beri pandangan dan panduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejujurnya saya tak pernah beli barang harga sebegitu dari Aliexpress. Yang paling tinggi pun dalam ratusan dolar 😁

      Boleh bagi link basikal tu tak? Nak tgk jugak basikalnye macam mana hehe..

      Jika saya dalam situasi tuan, saya tgk seller n review dulu.

      Lepas tu PM seller sendiri untuk confirmation ape2 yang Tuan nak tahu pasal basikal tu. If possible mintak gambar tambahan.

      Jika berpuas hati baru order.

      Jangan lupe untuk guna Shopback dan link affiliate sebab banyak jugak dapat rebat nanti 😁

      Padam
    2. Ini link untuk basikal tersebut.

      https://www.aliexpress.com/item/JAVA-Aero-451-TORAY-T1000-Carbon-FORCE-22S-Folding-Mini-Velo-Bike-406-20-Minivelo-BIke/32724622434.html?spm=2114.01010208.3.10.5XYrlU&ws_ab_test=searchweb0_0,searchweb201602_4_10000560_10000606_10000561_10000073_10000357_10000074_10000608_10000709_10000660_10000704_10000703_10000175_10000507_10000401_10000505_10000558_10000068_10000552_10000063_10000365_10000367_10099_10000156_10000663_10000665_10096_10000669_10000569_10000097_10000094_10000337_10000090_10000147_10000091_10000144_10000339_10000150_10000679_10084_10000678_10083_10000676_10080_10000153_10082_10000673_10081_9977_10110_10111_10112_10113_10000535_10114_10000534_10000089_10000086_10000710_10000083_10000349_10000690_10000135_10000716_10000080_10000693_10078_10079_10000717_10076_10000688_10073_10000684_10000140_10070_10122_10123_10126_10124_10000546_10065_10068_10501_10000132_10000033_10503_10000030_10000026_10000126_10000023_10000129_10000123_432_10000696_10060_10062_10000699_10056_10055_10054_10000632_302_10059_10000120_10000020_10000013_10000117_10103_10102_10000016_10000114_10000111_10052_10053_10107_10050_10106_10051_20517_10000621_10000384_20515_10000629_10000101_10000100_10000576_10000579_10000104_10000045_10000578_10000375_10000108_10000377_10000612_10000390_10000613_10000042_10000592_10000594_10000039_10000587_10000036_10000389_10000187-9977_10503_10501_20517_20515,searchweb201603_9,afswitch_1,ppcSwitch_5,single_sort_0_default&btsid=962f9c09-67b5-467e-a0e8-5a235080fc4d&algo_expid=0e0b8335-e01f-4de4-a145-b59ccb1a326e-1&algo_pvid=0e0b8335-e01f-4de4-a145-b59ccb1a326e

      Saya tiada pengalaman membeli dari Aliexpress tetapi saya pernah berurusan dan membeli mesin perabut dari negara china. Semuanya selamat cuma komunikasi sedikit rumit.

      Padam
    3. Saya dah tengok basikal tu. Memang cantik. Tapi tak banyak yang saya tahu pasal sukan berbasikal ni.

      Berdasarkan feedback score seller tu insyaAllah boleh dipercayai. Cume biasanya orang nak beli bende harga tinggi nak tengok barang dulu. Jika tuan selesa untuk beli online basikal tu saya tiada halangan.

      Padam
    4. Kalau pembelian seperti ini agak-agak kena import duti dan gst tak tuan?

      Padam
    5. Kalau ikutkan laman web kastam http://tariff.customs.gov.my/
      Racing bicycle / Bicycle design to be ridden for children, tak kene duti import tapi kene GST 6%.

      Padam
    6. Terima kasih di atas maklumat dan perkongsian tuan

      Padam
    7. Sama-sama tuan :-) Kalau jadi beli jangan lupa guna shopback dan link affiliate.

      Kalau nak guna link affiliate saya lagi di alu-alukan :-)

      Padam
    8. Saya telah mendaftar shopback menggunakan link tuan.

      Padam
  4. Salam
    Tuan
    Mcm mana nak convert harga ke myr?

    BalasPadam
  5. salam...first,tq maklumat yg brguna di atas.. cuma nak bertanya lah kalau kita nak cancel order .. duit dpat balik x? haha. saya sj je nk test beli gn kad debit .. terus ditolak.... paling lama barang smpai berapa bulan ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya palng lama pun sebulan lebih..tak sampai 2 bulan..normal untuk sampai dalam 2 atau 3 minggu.

      Padam
  6. Saya tak ada kad kredit atau kad debit,boleh tak saya bank in duit saja,bank mana saya perlu berurusan.

    BalasPadam
  7. salam. nak tanya barang akan dipos terus kerumah seperti pos laju ke? kalau terlepas untuk ambil masa barang tu dihantar, nak retrieve barang tu balik kat mana ye? terima kasih😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, barang dipos terus ke rumah biasanya dengan pos laju. kalau masa posmen hantar takde orang biasannya pihak pos yang akan hubungi atau pun tinggalkan surat untuk ambil di pejabat pos.

      Padam
    2. dia guna pos apa kat malaysia bos. sy tersalah masuk no fon. jd dia kata gagal hantar. skrg sy tak tau nak check kat pos mana. tlg bantu

      Padam
  8. Salam..saya nak tanya kalau mcm saya nak order barang blh ke order xsampai 10item barang tu.saya nk order cover motor.dan brg kita mmg cmfirm sampai ke..tlg bg sy pnjelsan tuan..sy mnt sgt nk meniaga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada minimum bilangan item. Beli satu pun boleh. Jika barang besar, dan banyak, mungkin kastam akan cek dulu..mungkin juga akan kena cukai sikit..

      Padam
  9. Salam..bila barang sampai di Malaysia pos laju ada caj apa2 tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak de. Apa yang kita bayar di laman web aliexpress itulah harga kosnya..KECUALI..kastam tahan barang kita yang perlukan cukai..biasanya untuk barang dalam kuantiti banyak dan besar..jika kecil biasanya tak ada masalah.

      Padam
  10. Hi Admin, sy nak beli barang monitor, dah tnya seller. The seller said the price adalah tmasuk kos pghantaran dan harga barang, but dia kata barang sy nk beli ni nilai dia tinggi (harga 600-700 usd), so the seller told me yg mungkin sy dkenakan cukai import. Nk tnya la, admin pnah tk beli barang then dkenakan cukai import? and barang mcm monitor ni kne cukai import tk? klu GST, ofkos la kne.. kan dah masuk malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cek kat sini untuk tentukan sama ada kene cukai atau tak http://tariff.customs.gov.my/

      Padam
  11. hi lepas klik ali express 2.. terus beli macam biasa ke.. arau una daftar ke ali express juga.. and trus beli dri ali express ke atau perlu copy link n paste ke shopback. kurang faham lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak beli melalui shopback, perlu daftar di shopback dan terus klik butang aliexpress..then baru daftar aliexpress dan beli seperti biasa..

      Padam
  12. kalau free postage ambil masa agak lama ya ? kalau postage yg berbayar paling kurang brpe hari bru smpai ya? and mcm mana pulak kos postage.. ada list harga postage ikut kg ke cmna? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau postage berbayar biasanya akan menjadikan harga tu mahal. kadang harga postage lebih mahal daripada harga barang itu sendiri. lebih baik pilih free shipping je..tapi barang lambat sikit sampai la..biasanya dalam 2 -3 minggu barang akan samapi..

      Padam
  13. salam tuan..kalau beli handphone harga bawah 1500 kene cukai ape2 ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Saya pernah beberapa kali beli hphone bawah RM1500 dari aliexpress. Setakat ni xde masalah dengan cukai..barang sampai dengan baik hingga ke rumah..

      Padam
  14. salam. selalunya item yg dibeli dihantar oleh pihak siapa d malaysia. dinyatakan sykat Aliexpress's sendiri yg hntr. bagaimana sy ingin hubungi sykt penghntar. no tracking yg diberikan tiada dalam sistem pos laju.
    tk

    BalasPadam
  15. Salam...nak beli barang dalam aliexpress ..buat payment tp tak menjadi..saya guna affinbank ,(error)
    Soalan saya bagaimana cara nak buat bayaran melalui kad affinbank ?

    BalasPadam
  16. Tuan blh x tunjuk cara nk buat bayaranb melalu kd debit

    BalasPadam
  17. Salam. Ingat nak beli xiaomi mi 8, dalam 500-600 usd. Agak agak kena cukai tak?

    BalasPadam
  18. Salam. Ingat nak beli xiaomi mi 8, dalam 500-600 usd. Agak agak kena cukai tak?

    BalasPadam
  19. bayaran melalui molpay(7eleven)boleh ke..

    BalasPadam
  20. Salam sy nak tanya kalau barang kita di tahan kastam...bagaimana untuk kita tuntut ye dan bayaranya.

    BalasPadam
  21. Ada risiko tak brg kita kena tahan dengan kastam, kalau kena tahan bagaimana proses untuk kita nak tuntut?

    BalasPadam
  22. Mcm mana saya nk beli baring di ali expres.xd ape2 ke msukan no kad n securiy kad credit n debit

    BalasPadam
  23. Saya nak beli basikal mase add to cart harganya dlm usd179 tp mase scroll ke bawah pada gambar basikal tulis estimate rm5k lbh .mane satu harga yg betul yer?

    BalasPadam

Back To Top