Siapa yang tidak kenal dengan laman web jualan online Lazada? Bagi yang gemar membeli secara atas talian, Lazada adalah salah satu pilihan yang baik kerana harga yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada laman web lain.
Berikut adalah bentuk promosi yang ada di Lazada untuk membolehkan kita membeli dengan lebih penjimatan di Lazada.
Shopback
Shopback adalah laman web yang memberikan anda rebat tunai apabila anda membeli secara online. Anda boleh membaca lebih lanjut dalam artikel Bagaimana dapatkan Rebat Tunai. Secara ringkasnya, setiap pembelian anda di Lazada dengan menggunakan link dari Shopback akan memberikan ada rebat tunai sehingga 12%.Ini bermakna, setiap pembelian ada RM100 anda akan dapat balik RM12 ke dalam akaun Shopback anda. Shopback boleh disertai secara percuma.Â
Anda boleh mendaftar Shopback di sini.
Kod Baucer
Jika anda rajin melawat laman web Lazada dan menjadi emel subscriber, banyak kod baucer yang akan diberikan untuk anda. Ini bukan bermakna anda mesti gunakan kod baucer tersebut, tetapi jika tiba masa anda  perlu beli sesuatu, kod baucer tersebut amat berguna. Sebagai contoh, ketika saya nak beli Chromecast 2, kebanyakan harga di laman web adalah lebih daripada RM200, malah ada yang menjual hingga RM300!. Tetapi harga di Lazada hanyalah RM199. Setelah ditambah kod baucer, harga Chromecast 2 yang saya beli hanyalah RM179 sahaja.
Kod baucer terdiri daripada 2 jenis iaitu kod baucer umum, kod baucer mengikut kategori dan juga khas untuk aplikasi Lazada. Ada kod baucer yang boleh digunakan di aplikasi dan laman web, dan ada juga yang hanya boleh digunakan untuk aplikasi Lazada.
Cara paling mudah untuk mendapatkan kupon diskaun adalah dengan menjadi emel subscriber Lazada. Jika anda menjadi subscriber laman Lazada, anda akan diberikan kupon diskaun 15% (maksimum diskaun RM25).
Bank Promotion Lazada
Jika anda pemegang kad kredit atau kad debit, anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun tambahan kerana membeli menggunakan kad kredit atau kad debit. Sebagai contoh, setiap hari Jumaat, HSBC bank akan bekerjasama dengan Lazada untuk memberikan diskaun tambahan 5-10% untuk pembelian menggunakan kad kredit atau kad debit HSBC Bank.
Selain daripada itu, pihak Lazada juga ada membuat kerjasama dengan bank UOB, Maybank dan CIMB untuk promosi-promosi yang menarik dengan diskaun-diskaun yang membolehkan anda berbelanja secara atas talian dengan lebih jimat.
Menggunakan Aplikasi Lazada
Tahukah anda bahawa membeli menggunakan aplikasi Lazada akan mendapat diskaun yang lebih tinggi berbanding menggunakan laman web? Kebanyakan kupon dan promosi yang dijalankan di Lazada hanya dapat digunakan untuk pembelian menggunakan aplikasi Lazada. Jika anda belum memasang aplikasi Lazada, anda boleh berbuat demikian dengan memuat turun dan memasang aplikasi di sini.
Apabila anda buka aplikasi Lazada, anda akan dapat lihat kod promosi yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun sehingga 15% atau sehingga maksimum RM20. Kod ini tidak dipaparkan pada laman web Lazada.Â
Code KONGSI15 boleh digunakan untuk pembelian melalui aplikasi Lazada. |
Oh ya, jika anda belum pernah memasang dan menggunakan aplikasi Lazada, anda akan diberikan diskaun serta merta sebanyak RM15 untuk pembelian pertama anda! Saya memang sangat cadangkan anda membeli menggunakan aplikasi Lazada kerana lebih mudah dan jimat.
Anda boleh muatturun aplikasi Lazada di Google Play atau App Store.Â
Anda boleh muatturun aplikasi Lazada di Google Play atau App Store.Â
Muat turun dan guna aplikasi Lazada sekarang! |
Penghantaran Percuma
Walaupun pada laman web Lazada menyatakan bahawa penghantaran adalah percuma, tetapi sebenarnya tidak semua penghantaran adalah percuma. Sebahagian penghantaran adalah percuma untuk semenanjung sahaja dan ada juga yang memerlukan sedikit bayaran untuk proses penghantaran. Bagi mengetahui sama ada penghantaran adalah percuma atau tidak, anda hanya perlu masukkan poskod alamat anda di laman web atau aplikasi Lazada.
Kos penghantaran biasanya bergantung kepada saiz dan harga barang yang anda beli. Barang besar seperti LCD TV Â dan barangan dengan harga RM80 ke bawah berkemungkinan akan dikenakan kos penghantaran.
Jadi janganlah marah pihak Lazada jika tiba-tiba ada kos penghantaran untuk barang yang anda beli ;-) Mungkin kos penghantaran tersebut 'percuma' setelah anda masukkan kod baucer atau setelah ditolak diskaun.
Promosi Bermusim
Lazada juga biasanya ada membuat promosi jualan murah semasa musim perayaan dan juga hari-hari istimewa. Tetapi anda perlulah sentiasa memantau dan membuat perbandingan harga untuk memastikan bahawa harga selepas diskaun adalah betul betul murah dan bukannya 'nampak murah'. Cara paling mudah untuk membuat perbandingan harga adalah dengan melihat laman web e-commerce lain seperti 11 Street, Gemfive dan lain-lain untuk harga bagi barang yang anda ingin beli.Â
Baca Review BarangÂ
Sebelum anda membuat apa-apa pembelian di Lazada ataupun mana-mana laman web jualan online, pastikan anda membaca review barang tersebut daripada pembeli yang telah membeli barang tersebut.
Sebagai contoh, semasa saya ingin membeli LED Hisense 40 inci saya dapati harga tv tersebut kerap berubah berdasarkan komen dan review yang ditulis oleh pembeli. Perubahan harga inilah yang membolehkan kita membuat perbandingan dan keputusan bila masa terbaik untuk membuat pembelian.
Setelah membuat pemerhatian, saya dapat membeli LED Hisense 40 inci dengan harga RM799 sahaja berbanding harga runcit biasa RM900+ dan harga kedai elektrik boleh mencecah RM1000.
Ok?
Inilah antara cara membeli dengan lebih jimat di Lazada. Saya telah banyak membeli keperluan harian saya di Lazada dengan harga yang lebih murah berbanding harga di kedai mahupun di laman jualan online lain.
Apa yang lebih penting adalah, belilah barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu dan kehendak ;-)
Oh ya. Pada setiap 11 November setiap tahun, Lazada akan membuat promosi Lazada Online Revolution. Pelbagai jenis barangan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding hari biasa sehingga 95%!.
Oh ya. Pada setiap 11 November setiap tahun, Lazada akan membuat promosi Lazada Online Revolution. Pelbagai jenis barangan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding hari biasa sehingga 95%!.
Terima kasih kerana membaca Cara Membeli Lebih Jimat di Lazada Malaysia. Jika anda ada cara lain, bolehlah kongsikan diruangan komen :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan