Cara Embed Video Yang Responsive di Blog




Meletakkan video di dalam blogpost adalah salah satu teknik untuk menurunkan bounce rate. Walaubagaimanapun, sekiranya video yang diletakkan dalam blog sukar untuk ditonton, ini juga akan menyebabkan bounce rate meningkat.

Jika anda tertanya-tanya apa itu bounce rate, anda boleh baca artikel berkenaan cara menurunkan bounce rate. Di sana saya ada terangkan secara menyeluruh tentang bouce rate dan juga kepentingannya.

Pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk embed video di dalam blogpost dan video tersebut adalah responsive.

Apa yang dimaksudkan dengan video yang responsive?

Video yang responsive adalah video yang mana saiz video tersebut berubah mengikut kesesuaian peranti yang digunakan oleh pengunjung. Sebagai contoh, jika pengunjung blog anda datang ke blog anda menggunakan desktop, mereka akan dapat lihat video tersebut dengan saiz besar.

Tetapi apabila ada pengunjung yang datang dari peranti mudah alih seperti telefon pintar, video tersebut akan mengecil mengikut kesesuaian saiz skrin telefon pintar tersebut. Pengunjuna tidak perlu zoom in atau zoom out untuk melihat video tersebut.

Untuk lebih memahami apa yang saya katakan, anda boleh lihat video di bawah ini.




Ok. Cara Embed Video Yang Responsive di Blog sebenarnya sangat mudah.
  1. Pergi ke video Youtube yang anda nak kongsikan dalam blog.
  2. Kemudian, tekan butang 'Share'. Anda akan diberikan pilihan untuk Share, Embed atau Emel.
  3. Dalam keadaan biasa, anda boleh terus salin kod Embed yang diberikan oleh Youtube dan tampal pada blog anda. Tetapi embed kod tersebut tidak responsive.
  4. Untuk menjadikan ia responsive, anda perlu salin (copy) 'Share' link dan masukkan ke laman web http://embedresponsively.com/.
  5. Tampal URL video anda tadi dan tekan butang Embed. Satu kod baru akan diberikan kepada anda.
  6. Salin dan tampalkan pada blogpost anda.

Apa yang saya jelaskan di atas ada juga saya terangkan dalam video di atas. Cara ini bkan hanya boleh digunakan untuk embed video Youtube, tetapi ia juga boleh digunakan untuk embed video dari Vimeo, Dailymotion, Google Maps dan lain-lain lagi.

Mempunyai video yang responsive akan memudahkan pengguna untuk menonton dan juga menjadikan layout blogpost anda kelihatan lebih kemas.

Mudah bukan?

Selamat mencuba.

1 ulasan:

Back To Top