Cara Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Shopback


Cara Menjana Pendapatan Tambahan Dengan Shopback. Dalam dunia internet sekarang, macam-macam cara boleh bantu kita buat duit. Ada yang menggunakan blog, ada yang buat perniagaan online di Facebook dan Instagram dan lain-lain. Tujuannya sama iaitu untuk menjana pendapatan tambahan untuk menampung kos sara hidup yang semakin bertambah.

Saya juga banyak mencuba pelbagai cara buat duit dengan internet dan salah satunya adalah dengan melalui laman web Shopback. Saya sebenarnya pernah bercerita bekenaan laman web Shopback dalam artikel cara mendapatkan rebat tunia semasa online shopping, tetapi artikel kali ini akan lebih menjurus kepada bagaimana untuk menggunakan Shopback bukan sahaja untuk mendapatkan rebat tunai tetapi juga untuk menjana pendapatan tambahan.

Secara ringkas berkenaan Shopback.

Ia merupakan laman web yang menyenaraikan lebih dari 500 laman web online shopping seperti Lazada Malaysia, Zalora Malaysia, Agoda, Taobao dan lain-lain. Apabila kita mendaftar di laman web Shopback (percuma), kita berpeluang untuk mendapatkan rebat tunai terus ke akaun Shopback kita setiap kali kita melakukan pembelian di mana-mana laman web yang tersenarai.

Jangan risau. Hampir semua laman web yang pernah anda dengar ada disenaraikan. Setelah anda buat akaun di Shopback, anda hanya perlu tekan link laman web tersebut dan beli dari web tersebut seperti biasa.

Sebagai contoh, anda nak beli dari laman web Lazada Malaysia. Ikuti step di bawah:
  1. Daftar di Shopback
  2. Login di Shopback (selepas daftar)
  3. Tekan pada link Lazada Malaysia di laman web Shopback
  4. Anda akan dibawa ke laman web Lazada Malaysia
  5. Beli seperti biasa di Lazada Malaysia.
  6. Rebat masuk dalam akaun Shopback dalam masa 48 jam (biasanya masuk kurang dari 24 jam)
Masih belum jelas?

Tengok video ini.




Senang je kan? Senang cerita, dengan guna Shopback ni, kita berbelanja secara online dengan lebih jimat. Beli barang RM100, dapat rebat tunai 10% (RM10), jadi harga sebenar barang tu cuma RM90. Macam tu lah secara ringkas. Nak lagi terperinci, kena baca artikel cara dapatkan rebat tunai semasa online shopping. 😉

Ok.

Kalau kita beli untuk kegunaan sendiri memang boleh jimat.

Tapi bukan dapat tambah pendapatan.

Jadi macam mana trik nak guna Shopback untuk menjana pendapatan tambahan?

1. Lazada Malaysia Personal Shopper

Pernah dengar berkenaan Lazada Malaysia Personal Shopper? Sebelum saya terangkan, jom tengok gambar di bawah ni dulu.


Nampak tak berapa banyak yang respon dan komen? Dah nampak peluang tak? Faham tak macam mana nak ambil peluang ni?

Nak saya terangkan?

Baiklah. Saya terangkan konsepnya dengan lebih jelas.

Rupa-rupanya di Malaysia ni masih ramai yang belum pandai atau tak berani untuk membeli secara online seperti membeli di Lazada Malaysia. Mungkin takut ditipu atau sebab kekangan lain seperti tak ada kad kredit, kad debit dan lain-lain.

Jadi inilah sebabnya mereka perlukan Lazada Malaysia Personal Shopper. Kita akan jadi pembantu mereka untuk beli barang yang mereka nak di Lazada Malaysia. 

Apa yang diperlukan untuk jadi Lazada Malaysia Personal Shopper?
  • Akaun Shopback (WAJIB)
  • Akaun Lazada Malaysia
  • Kad kredit / Kad debit / Paypal
  • Akaun bank (kalau tak, duit nak masuk mana 😋)
  • Pengalaman luas beli barang di Lazada Malaysia

Ok. Sekarang, anda buat step pertama tu dulu..Daftar Akaun Shopback..

Dah belum?
.
.
.
.

Ye sekarang..
.
.
.
.
.

Nice!

Dalam banyak-banyak syarat, yang ke 5 tu paling penting 😁

Nak jadi Lazada Malaysia Personal Shopper mestilah kena pandai dan berpengalaman untuk membeli di Lazada Malaysia. 

Kalau anda nak jadi Lazada Malaysia Personal Shopper, anda perlu belajar membeli di Lazada terlebih dahulu.

Susah sangat nak belajar, boleh baca artikel saya cara beli barang di Lazada Malaysia atau..

Tengok je video ni kat bawah ni. Lepas 5 minit anda dah boleh beli barang anda yang pertama di Lazada Malaysia.


Ok. 

Saya bagi satu situasi bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan Shopback.

Katakan saya menjadi Lazada Malaysia Personal Shopper. Ada orang minta saya beli dari Lazada Malaysia barangan berharga RM200. Jadi pembeli tu akan bagi duit pada saya sama ada melalui bank transfer atau cash deposit. 

Saya pun login ke Shopback, tekan link ke Lazada Malaysia. Kemudian beli barang yang orang tu nak.

Eh?

Mana pendapatannya?

Pendapatannya adalah daripada rebat tunai yang saya akan dapat pada Shopback. Tolong beli barang orang dengan nilai RM200, jika rebat 10%, kan senang-senang dapat RM20. Tapi kena ingat lain barang, lain nilai rebat tunainya. Lagi mahal barang yang orang nak beli, lagi banyak pendapatan kita 😊 Mana la tau ada yang nak beli smartphone di Lazada Malaysia ke. 

Tapi mengikut Shopback, barang yang mempunyai nilai rebat tertinggi adalah dalam kategori fesyen iaitu sehingga 11%. 

Jika ada orang beli baju harga RM100, anda akan dapat RM11. 

Ini adalah peluang yang terbukan luas sekiranya anda memang suka online shopping.

Sebenarnya, cara ini bukan hanya boleh dilakukan dengan Lazada Malaysia, tetapi boleh dilakukan dengan mana-mana laman shopping online yang tersenarai dalam Shopback. Anda boleh jadi Zalora Malaysia Personal Shopper, Aliexpress Personal Shopper dan lain-lain. 

Lepas rebat yang terkumpul melebihi RM10 dah boleh cashout ke akaun bank kita ataupun boleh beli topup dengan rebat yang terkumpul tu.

Nak tau senarai penuh online shopping yang tersenarai boleh tengok di Shopback ye 😉

Promosi dalam bulan ini, jika anda mendaftar di Shopback bulan ini, anda akan dapat bonus RM5 ke dalam akaun anda. 

Mungkin juga pembelian barang pertama tu adalah untuk pelanggan anda 😁 Jika tak, beli barang sendiri pun boleh juga.

So..Ok tak?

Ini adalah satu cara untuk menjana pendapatan melalui Shopback. 

Baca seterusnya untuk cara ke dua.

2. Ajak Kawan-Kawan Guna Shopback

Sharing is caring. Apabila anda mendaftar di Shopback, anda boleh mempromosikan Shopback kepada kawan-kawan anda. Setiap kali kawan-kawan anda mendaftar di Shopback, anda berpeluang untuk dapat bonus RM5. Duit ni hanya akan dapat bila kawan anda tu membeli barang melalui Shopback dengan nilai sekurang-kurangnya RM25.

Bukan anda sahaja yang dapat RM5, kawan anda yang baru daftar tu pun akan dapat RM5. Contohnya, jika anda daftar Shopback guna link saya, saya dan anda akan dapat RM5 ke dalam akaun masing-masing. 

Ini namanya situasi menang-menang 😉

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk anda, anda boleh daftar di link Shopback ini. (Ya, saya dan anda akan dapat RM5).

Lagi ramai kawan yang anda ajak sertai Shopback, lagi banyak bonus yang anda akan dapat.

Ok.

Cukup 2 cara ini saya kongsikan cara untuk menjana pendapatan dengan Shopback. Terima kasih saya ucapkan kepada yang mendaftar dengan link Shopback saya. Tiada paksaan untuk anda. Yang penting anda dapat lebih jimat semasa berbelanja secara online dan juga dapat menjana pendapatan daripada Shopback.

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan di Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial supaya lebih ramai orang yang mendapat manfaat daripadanya.

Terima kasih sekali lagi kerana membaca cara buat duit dengan Shopback. Jangan lupa untuk follow Youtube Channel saya dan Facebook Page Wikicara.org.

2 ulasan:

  1. Bagus shopcash ni.. Sebab bila orang shopping guna platform ni, dia bukan saja bagi diskaun, dia bagi rebat juga..

    Rugi kalau shopping online tapi tak daftar dari shopcash

    BalasPadam
  2. Saya baru terbaca Artikel tuan...sayangnya sy dh melakukan pembelian di lazada minggu lepas dlm jumlah rm1560...apapun terima kasih atas artikel yg bermanfaat

    BalasPadam

Back To Top