Ads Top

Cara Menyediakan Tabung Kecemasan Untuk Perkara Yang Tidak Dijangka


Tabung atau simpanan kecemasan adalah tabungan yang sedia dikeluarkan pada bila-bila masa apabila berlalku sesuatu yang tidak disangka seperti bencana alam, kerosakan, kemalangan dan lain-lain. Ianya berbeza dengan simpanan untuk perkara-perkara yang berjadual seperti cukai jalan kenderaan, penyelenggaraan kereta ataupun 

Simpanan kecemasan sebenarnya sangat penting untuk memberikan kita sedikit persediaan untuk menghadapi perkara-perkara yang tidak diingini. Bukanlah bermakna kita meminta perkara yang tidak diingini berlaku, tetapi lebih kepada 'sediakan payung sebelum hujan'.

Berapa banyak simpanan kecemasan yang perlu disediakan?

Kebanyakan pakar kewangan menyarankan kita untuk menyimpan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Tempoh 3 hingga 6 bulan dipilih kerana sekiranya berlaku sesuatu musibah besar yang menyebabkan sumber pendapatan utama terputus, kita ada masa lebih kurang 3 hingga 6 bulan untuk 'survive' dan dalam masa yang sama mula mencari penyelesaian untuk masalah tersebut.

Proses menyimpan untuk dana kecemasan itu sendiri mirip kepada proses menyimpan untuk simpanan masa panjang. Tetapi yang penting, duit tersebut mudah untuk dikeluarkan tetapi tidak terlalu mudah untuk dibelanjakan.

Sebagai contoh, kita boleh membuat simpanan kecemasan di Tabung Haji. Dari segi pengeluaran duit, kita boleh keluarkan pada bila-bila masa, tetapi tidak terlalu mudah untuk dikeluarkan kerana tabung haji tidak mempunyai kad ATM (dengan syarat anda tidak linkkan dengan akaun simpanan anda yang lain).

Jika anda belum ada dana kecemasan, anda pelu sediakan bermula dari sekarang. Saya sendiri menyediakan simpanan kecemasan saya mengikut 2 peringkat dan bermula dari kosong.


Dana Kecemasan Bulanan

Setiap bulan saya sediakan RM100 tunai sebagai dana kecemasan sekiranya berlaku apa-apa seperti keperluan pergi ke klinik sama ada untuk diri sendiri atau keluarga dan sebagainya. Pada hujung bulan, sekiranya tiada sebarang kecemasan berlaku, duit ini akan dimasukkan ke dalam bank yang dikhaskan untuk akaun dana kecemasan. 

Dana Kecemasan Jangka Masa Panjang

Dalam masa yang sama, saya juga menetapkan RM100 lagi saya masukkan terus ke dalam akaun bank. Saya telah membuat simpanan dengan membuat potongan gaji. Nilai ini akan terus terkumpul selagi mana tiada kecemasan berlaku dan akan ditambahkan dengan dana kecemasan bulanan sekiranya tiada kecemasan berlaku.

Buat Akaun Berasingan Dengan Simpanan Lain

Saya cadangkan anda untuk menyediakan akaun simpanan kecemasan yang berlainan dari akaun simpanan atas tujuan lain. Ini adalah perlu untuk memudahkan anda memantau pergerakan duit anda dan tidak akan terguna dana kecemasan anda untuk perkara lain. Sebagai contoh, akaun simpanan di Bank A adalah untuk dana kecemasan. Akaun simpanan di Bank B adalah untuk dana persaraan, Akaun simpanan di Bank C adalah untuk perbelanjaan berkala. Begitulah seterusnya. Setiap kategori simpanan dan kegunaan saya cadangkan buat akaun yang berbeza. 

Bayar Hutang atau Dana Kecemasan

Dua-dua kena buat. Tetapi utamakan hutang anda dahulu terutamaya jika hutang anda adalah hutang tidak berjadual seperti kad kredit. Hutang rumah dan kereta biasanya tidak menjadi masalah kerana ianya telah ditetapkan setiap bulan. Walaupun anda ada hutang, mulakan juga dana kecemasan anda walaupun dengan RM10. Untuk jangka masa panjang, ia sangat berguna untuk anda. Jika anda terlalu kesempitan wang sekalipun, utamakan dana kecemasan dahulu berbanding simpanan lain.


Nak Simpan Di Mana?

Pada saya, Tabung Haji adalah yang terbaik. Dengan dividen yang agak baik setiap tahun, dana kecemasan kita akan lebih cepat berkembang. Anda sebenarnya mempunyai pilihan untuk menyimpan dana kecemasan anda di mana-mana bank pun. Yang penting, ia mudah untuk keluarkan apabila diperlukan. Lebih baik lagi dengan bank yang berhampiran dengan kediaman anda.

Ok.

Pada saya dana kecemasan adalah salah satu simpanan yang perlu disediakan. Tetapi anda tidak perlu terburu-buru untuk memenuhkan dana kecemasan anda. Cukup dengan mengisinya secara konsisten setiap bulan, insyaAllah apabila berlaku kecemasan, anda tidak terlalu bimbang dengan masalah kewangan. Bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih tenang 😊

Terima kasih kerana membaca Cara Menyediakan Tabung Kecemasan Untuk Perkara Yang Tidak Dijangka. Jangan lupa untuk like Facebook Wikicara.org, Follow Instagram dan juga Subscribe Youtube Channel saya. Sila berikan komen anda berkenaan artikel ini di ruangan komen ye.

1 ulasan:

  1. Malang tidak berbau. Maksudnya kita tidak dapat jangkakan apa2 yang akan terjadi.

    Bukan nak minta2.. tapi penting bagi kita untuk sentiasa bersedia bila ada waktu kecemasan kan..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.