Cara Promosikan Video dan Youtube Channel


Sebelum ini saya ada kongsikan tentang cara mudah buat video youtube dan juga cara menyediakan SEO untuk video Youtube. Artikel-artikel tersebut sebenarnya adalah berdasarkan percubaan dan pengalaman saya buat duit dengan Youtube. Jika anda rasa untuk mendapatkan panduan buat duit dengan Youtube agak mahal, anda boleh ikuti siri buat duit dengan Youtube di blog saya ini.

Sepertimana kita membuat blog, trafik adalah segala-galanya. Walau pun pada mereka yang tidak berniat untuk buat duit dengan blog atau video, trafik tetap akan memberikan kesan kepada blog dan video tersebut. Setidak-tidaknya ia akan memberikan sokongan moral kepada diri sendiri untuk terus menjadi blogger atau vlogger.

Untuk video yang kita muatnaik di Youtube, hanya bergantung kepada SEO untuk menarik trafik adalah sesuatu yang tidak digalakkan. Selain daripada SEO, kita sendiri perlu mencari penonton bagi video kita. 

Kali ini saya akan  kongsikan beberapa cara yang saya sendiri lakukan untuk menarik penonton supaya menonton video yang saya sediakan. Youtube Channel saya pun boleh dianggap baru (walaupun telah dibuat sejak 2011, tetapi baru mula aktif pada tahun 2016).

Sedikit statistik berkaitan Youtube Channel saya.


Ok.

Kembali kepada topik kita. Bagaimana nak promosikan video Youtube kita? Ini bukan panduan, tetapi lebih kepada perkongsian. 

Kongsikan Di Blog

Anda sendiri mungkin dah perasan yang saya banyak promosikan video yang saya buat dalam blog ni. Ini adalah salah satu cara yang paling kerap saya gunakan untuk dapatkan penonton video saya. Selain itu juga, video tersebut dapat membantu bounce rate blog ini sedikit menurun.


Kongsikan Di Media Sosial

Adakalanya saya juga kongsikan video yang saya buat di media sosial terutamanya Facebook. Facebook adalah media sosial yang paling sesuai untuk kita kongsikan video kerana tiada limit masa pada Facebook. Anda boleh juga kongsikan video pada Instagram tetapi terdapat limitasi masa iaitu hanya 1 minit dan anda tak boleh linkkan video tersebut ke Youtube secara terus dari Instagram. Jadi cadangan saya, promosikan di Facebook.

Forum

Forum telah menjadi salah satu dari cara saya mencari trafik untuk blog. Dan saya yakin ia boleh juga membantu untuk mencari trafik untuk video. Teknik ini belum saya cuba, tetapi dalam perancangan untuk cuba di masa akan datang. Antara forum yang boleh kita kongsikan adalah Wangcyber dan Lowyat.

Promosi Silang

Apabila anda dah selesai menyediakn video baru dan memuatnaik di Youtube, pastikan anda membuat promosi silang video-video anda yang lain yang berkaitan. Cara paling mudah adalah dengan menggunakan Annotation, End Screen ataupun Cards. Selain itu, pastikan anda minta penonton untuk subscribe Youtube Channel anda. Penonton akan lebih cenderung untuk subscribe apabila kita minta mereka subscribe. Kecuali jika video anda sangat sangat sangat bagus, barulah penonton akan subscribe tanpa anda perlu minta.

Nak tahu cara setkan Annotation, End Screen dan Cards, tengok video di bawah ni:



Sertai Youtube Community

Jika anda baru membuat Youtube Channel anda sendiri, anda boleh sertai Youtube Creator Community. Ini adalah forum untuk semua Youtuber. Mungkin ada perkara yang boleh anda belajar di sana. Selain itu, anda juga boleh mempromosikan Youtube Channel anda secara tidak langsung. Walau bagaimanapun, saya dapati tidak ramai (atau tiada) Youtuber Malaysia di dalam forum tersebut. Jika anda serta komuniti tersebut, jangan lupa 'say hi' pada saya di sana.

Thumbnail Yang Menarik

Video thumbnail juga memainkan peranan untuk menarik orang klik dan menonton video yang kita sediakan. Buat thumbnail anda sendiri dan jangan biarkan Youtube pilih thumbnail untuk video anda.


Suara Latar

Saya dapati juga, video yang mempunyai suara latar (bercerita) lebih mendapat perhatian berbanding video yang senyap sepi. Beranikan diri untuk sekurang-kurangnya menjadi suara latar untuk video anda. Saya sendiri masih belajar untuk menjadi suara latar yang baik. Jadi, sama-sama lah kita belajar ye.

Video Muzik

Satu lagi teknik yang saya gunakan untuk menarik subscriber dan trafik adalah dengan menyediakan video muzik dengan lirik. Walau bagaimanapun, video seperti ini tidak dapat memberikan anda duit kerana masalah hakcipta. Tetapi ia dapat menarik ramai subscriber sekiranya video anda berjaya viral dan ramai orang kongsikan video tersebut. Dengan cara inilah saya banyak mendapat subscriber untuk Youtube Channel saya.

Ok.

Itulah serba sedikit cara untuk kita menarik trafik untuk menonton video yang kita sediakan dan seterusnya mempromosikan video dan Youtube Channel kita. Jika anda ada cara lain, saya alu-alukan untuk anda kongsikan diruangan komen kerana saya sendiri pun masih belajar 😊

Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, jangan lupa untuk follow / subscribe blog dan Youtube Channel saya ye 😊


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Back To Top