Cara Menyediakan SEO untuk Video Youtube


Buat duit dengan YouTube bukanlah sesuatu yang baru. Telah ramai yang menjana pendapatan secara pasif dengan menggunakan YouTube. Secara teorinya, konsep menjana pendapatan dengan YouTube amat mudah. Kita hanya perlu muat naik video ke Channel YouTube kita dan duit akan masuk apabila iklan dipaparkan di sekitar video kita.

Walaubagaimana pun, jujur saya katakan bahawa ianya tidak semudah teori. Paling tidak, ianya tidak semudah yang saya jangkakan. Setakat hari ini, dalam channel Youtube saya ada beberapa video dan memberikan dalam lingkungan USD1 setiap bulan. Tanpa saya buat apa-apa.

Sebagaimana pentingnya Search Engine Optomization (SEO) untuk artikel, begitu jugalah pentingnya SEO untuk video kita. Walaubagaimana pun, perlu diingatkan bahawa engine carian tidak dapat 'memahami' kandungan video sebagaimana ia memahami artikel yang ditulis. Oleh itu, ada beberapa perkara yang perlu difahami berkaitan SEO untuk Youtube video sekiranya kita nak buat duit dengan  Youtube.

Jika anda ingin menjadikan video anda di muka hadapan carian video, ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan.

Kata Kunci Video

Pernah tak anda mencari sesuatu di Google dan hasil carian teratas terdiri daripada video-video berkaitan? Inilah yang saya maksudkan dengan kata kunci video. Kata kunci video adalah carian di mana, hasil carian video lebih relevant berbanding artikel atau gambar. Sebagai contoh, anda cari cara repair tayar.


Anda akan lihat bahawa 2 hasil carian teratas adalah daripada Youtube. Ini adalah kerana apabila orang mencari kata kunci 'cara repair tayar' dalam mindset orang itu mesti nak tengok video bukannya nak baca artikel. Google mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti katakunci sebegini. Sekiranya anda dapat kuasai teknik mencari kata kunci video, anda tiada masalah untuk buat duit dengan Youtube.


Buat Video Youtube Yang Menarik

Sudah pasti anda perlukan video untuk dimuatnaik ke Youtube. Secara logiknya, video yang menarik akan dapat menarik lebih banyak penonton. Sebaik manapun SEO video anda, tetapi jika video itu sendiri tidak menarik, pastinya tiada orang yang menontonnya. Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan video yang berkualiti tinggi bukanlah sesuatu yang mudah.

Mungkin ada yang mencadangkan anda untuk menggunakan Youtube Video Editor untuk membuat video anda daripada video orang lain. Tak faham? Tengok video di bawah ni.



Video ini biasanya adalah gabungan daripada pelbagai video yang mempunyai lesen Common Creative iaitu lesen yang membenarkan video tersebut digunakan semuala oleh orang lain. Anda boleh gunakan cara ini untuk menghasilkan video, tetapi pada saya video seperti ini tidak memberikan kredibiliti kepada Youtube Channel anda. 

Saya lebih cadangkan anda menggunakan perisian yang  boleh merakam skrin komputer anda dan anda bercerita disebalik apa yang anda lakukan. Inilah yang dilakukan oleh Youtuber Gamers. Perisian terbaik yang saya gunakan adalah Screencast-O-Matic. Ia boleh digunakan secara pecuma (dengan watermark) atau secara berbayar dengan harga USD15/tahun atau USD29/3 tahun. Saya ada ceritakan dengan lebih detail tentang cara menggunakannya perisian tersebut di dalam video di bawah.



Bagaimana anda menyediakan video itu mengikut pilihan anda, pada saya menggunakan Screencast-O-Matic adalah yang terbaik dan paling mudah untuk diri saya. Saya sendiri menggunakan langganan USD29/3 tahun. Sasaran saya sekurang-kurangnya untuk perolehi USD29 dalam masa 3 tahun dengan Youtube Video (balik modal).

Durasi untuk video anda pula dicadangkan sekurang-kurangnya antara 5 hingga 10 minit untuk permulaan, Ini adalah penting untuk memastikan kadar purata masa tontonan tidak terlalu rendah. Kadar masa tontonan adalah purata masa video anda ditonton. Jika video anda berdurasi 5 minit dan orang menonton hanya 1 minit, kadar masa tontonan adalah 20%. Jika dibandingkan dengan video berdurasi 10 minit hanyalah 10%. Lebih tinggi kadar masa tontonan akan memberikan signal kepada enjin carian bahawa video tersebut adalah video yang baik.

Oh ya.

Pastikan juga nama video anda (raw) mempunyai kata kunci video anda.


Tulis Tajuk dan Description

Tajuk video anda mestilah mempunyai kata kunci yang anda sasarkan. Sebagai contoh, jika anda membuat video tentang cara membeli barang di Lazada, tuliskan tajuk video dengan kata kunci tersebut. Anda boleh tambah perkataan yang sesuai, tetapi kata kunci asas mesti diletakkan pada tajuk video anda.

Enjin carian akan mula faham tentang video anda melalui penerangan (decription) video anda. Sebaik-baiknya tulis penerangan video Youtube anda sekurang-kurangnya 250 patah perkataan. Sekiranya anda ada link untuk dikongsikan, letakkan pada ayat pertama dalam penerangan video anda. Pastikan juga kata kunci video anda terdapat dalam 25 patah perkataan pertama dalam penerangan video and dan letakkan 3 atau 4 kali kata kunci anda dalam penerangan video Youtube anda.



Video Tag

Video tag adalah ibarat label bagi blogpost. Ini akan memberikan isyarat kepada enjin carian berkaitan kategori video anda dan juga membantu video anda dipamerkan dengan video-video yang berkaitan.

Menurut pihak Youtube, maksimum karakter bagi tag adalah 500 aksara. Jadi anda boleh tagkan video anda dengan pelbagai tag termasuk dengan kata kunci video anda. Satu perkara yang saya baru belajar adalah, tagkan juga video yang anda buat dengan Youtube Channel yang berautoriti dengan niche video anda. Ini akan menyebabkan video anda akan terpapar sebagai video yang dicadangkan ditonton apabila orang menonton video pada Youtube Channel yang berautoriti tersebut.

Promosikan Video

Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan video Youtube. Saya cadangkan untuk mempromosikan video Youtube anda secara percuma sahaja. Saya ada terangkan cara untuk mempromosikan video dan Youtube Channel di satu artikel yang lain.

Artikel ini pun dah agak panjang dan mungkin anda penat nak membacanya sekiranya terlalu panjang.

Perlu diingatkan bahawa ini adalah pengalaman saya sendiri. Jika nak diikutkan, ilmu buat duit dengan Youtube sebegini boleh dijual dengan harga ratusan ringgit tetapi saya lebih suka untuk berkongsi pahit manis menjadi Youtuber dan buat duit dengan Youtube. Ini adalah kerana kebanyakan panduan yang ada kelihatan terlalu mudah untuk buat duit dengan Youtube. Hakikatnya, ia mungkin berbeza.

Ok.

Saya ucapkan terima kasih kerana membaca artikel saya yang agak panjang pada kali ini berkenaan cara buat duit dengan Youtube secara spesifiknya dengan tajuk SEO untuk video Youtube. Semoga bermanfaat. Berikan komen anda di bawah dan subsribe Youtube Channel saya dengan menekan butang Subsribe di kanan blog ini 👉 (atau scroll bawah jika anda view guna smartphone 👇).

7 ulasan:

  1. terbaik tuan..jie baru buat channel youtube..tlong subscribe tuan..

    Tapi video yang jie buat belum memuaskan hati..jie guna screencast o matic yg percuma seperti saranan tuan. Tuan save video dlm format apa dan upload dlm youtube..

    Link youtube jie.. https://www.youtube.com/channel/UCl6smcMTFiB5AkqBsUeB7LA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Done subscribe 😁
      Saya sendiri pun masih belum berpuas hati dengan video yg saya buat. Tapi itulah proses belajar kan 😋

      Jika rse dah ok dengan sceencast o matic nanti boleh gune full version pulak hehe

      Padam
    2. Format video biasanya saya save as mpeg4 atau avi. Dua dua pun boleh upload ke YouTube. 😁

      Padam
    3. huhu..thanks.. byk bleh bljr dlm channel tuan tu..

      Padam
    4. Sy pun masih dalam proses belajar :-)

      Padam
  2. Perkongsian yang bagus. Bukan blog dan website je perlukan SEO, rupanya video pun perlu guna SEO ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika serius nak buat duit dengan YouTube kne la ambil tahu pasal YouTube SEO hehe.

      Jangan Lupe subscribe YouTube channel saya ye :-)

      Padam

Back To Top